Week 11: Doktor Yang Saspen

ari ni masuk 11 minggu 4 ari gitu pregnancy aku. and arini pegi 3rd checkup.

alhamdulillah, berat aku da jadi X kg balik (refer tab ‘pregnancy progress’) and baby pun sihat sama.

doktor cakap, baby membesar seiring ngan sepatutnya, legaa..

tadi jugak ade amek darah sket and by 4rd checkup dia akan bgtau kalau ade pape result tak best dari blood test tu.

a little bit about this doctor…:

doctor ni (doktor lelaki) satu2nya gynae kat spital swasta yang aku pegi ni. masa pregnant kan icad dulu, aku pegi specialist lain, dr lau (perempuan).

aku memang camner2 pun kalau bleh, memang nak doktor perempuan. even masa nak balik bersalin kat melaka pun, aku book doktor perempuan.

tapi sekarang doktor lau tu, da bukak klinik baru and klinik baru belom di cover ING. nak claim pun tak boleh sebab ING nanti cakap, sape suh hang tak pegi doktor ING, hoho.

1st checkup ritu je da kene RM100++ da. kopak makcik tiap2 bulan camni.

so doktor kat opis rekemen doctor laki ni. so aku decide untuk pegi 2nd checkup kat doctor ni. in case aku rasa tak selesa, aku blah and balik ke klinik doktor lau.

surprisingly, aku selesa ngan doktor ni! sebab dia ialah pakcik2 tua yang sungguh kebapaan. slow motion gitu. kalau type kat kibod pun selai2 jari gitu, hoho.

cuma yang tak best nya, cakap pun selai2 (sepatah2) jugak. and susunan ayat kengkadang tunggang terbalik sket.

so tadi sambil tengah men scan perut aku, dengan tulus, nikmat, bahagia dan berhati lapang dia ckp:

“Your baby down syndrome”.

aku rasa macam aku da mati kejap time ni. aku terkebil2, and baru je aku nak suh dia ulang, dia sambung cakap:

‘….if the neck thickness is more than bla2… but your baby neck is normal range, meaning your baby… is normal…” (dengan sepatah2 jugak rate dia ckp)

sangat horror nyer. seb bek la ko doktor yang bagus and da tua, kalau tak aku da silambam da tadi. aku tengok muka nasir pun cam frozen kejap tadi.

tapi pastu dalam keta kitorang gelak2 cam orang giler sebab tringat kejadian saspen ni. takper la…alhamdulilah baby ok. hopefully ok and sehat sampai bila2, aminn.

ok doktor, jumpa lagi sebulan~~~ jangan buat ai saspen2 lg!

Note: tadi nampak masa scan, this baby bergerak2. goyang2 kaki ngan tangan. rasa sangat hepi cam nak nanges. lepas tu tengok icad, ‘nampak adik x?’, icad cuma sengeh wat muka comey. hoho, dak kecik yang da nak jadik abang ni!

6 Responses to “Week 11: Doktor Yang Saspen”


  1. 1 choclairissa May 29, 2011 at 8:15 pm

    rumet..dokter mu cm comey je..tapi kelakar..

  2. 2 beluncas May 29, 2011 at 11:24 pm

    Doktor tua rumett~~ tp tak tau la, i selesa checkup kt situ. Haha, cuma lps ni x leh cpt panik, kene tggu dia abes ckp =p

  3. 3 mogong June 2, 2011 at 10:02 pm

    adakah siri bideo icad akan tamat pada “bercakap2 dalam stroller” sahaja.. uu keciannye icad.. akan diabai tidak lama lagi..

    • 4 beluncas June 3, 2011 at 10:04 pm

      Mogong? Singkatan bg gomok dugong ke =p

      Vid icad byk. Mndi swimming pool btul, pool tipu, men keta mainan ngn awek comey, tp sume dlm iphone naser. Ai sgt mlss ngapload~~

  4. 5 gomong June 4, 2011 at 7:50 pm

    icad sgt besar kepalenye.. same besar ngn u da.. hoho.. c giant kecik

    oit.. kate tak bawak die gi wedding..

    • 6 beluncas June 5, 2011 at 4:09 pm

      Momking, pehal x komen kt fb je? Aaa, skrg rmbut da gunting. Dr blkg cam abu bkr elah da =c

      Mmg x nk bawak punn. Tp dia sgt ebat skrg. Da tau org nk keluar, dia melekat je x nk lpas. Pasni klu jln jauh, kene bwk la jawabnyer


Leave a reply to mogong Cancel reply




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other subscribers