Sapelah aku untuk menjudge kau…

Kehidupan sangat busy lately. Bertukar position dan department( lagi), perlu belajar lagi benda baru and menyesuaikan diri lagi.

Bila kompeni optimize man power and buat shared2 services ni, yang bertambah, bukan pekerja, tapi workload pekerja.. semoga aku tabah…

Personal life pun masih terkontang kanting. Alhamdulillah, mabuk da hilang. Kurang satu penderitaan. Tapi biasa la, semakin bertambah usia kandungan, lain2 penyakit menimpa. Nak semayang macam normal da kurang selesa, aku adjust2 ikut suka je. Duduk lama sket, da sakit kaki and pinggang. Cramp2 kaki, senak2 perut , dan seribu satu macam lagi lumrah ibu mengandung.

Icad masih belum ade orang jaga. Nasib baik mak mertua masih sudi duduk bersama. Dia kalau boleh nak tunggu ade maid dulu…and da tengok maid tu ok, baru dia pulang. Bila la nak dapat maid ni yer.

Tapi risau jugak. Baru dua hari lepas, kawan aku nyer maid, lari dari rumah, tinggalkan macam tu je 3 orang anak kecik dia kat umah. Yang sulung baru umur 7 thn. Ya Allah,kejamnya..kot yer pun nak lari, lari la tengah malam. Jangan la menganiaya anak2 kecik yang tak bersalah.

Barang2 baby belum setat beli. Mungkin next entry aku akan listkan ape yang kene beli. Experience mengajar aku, tak sumer barang baby tu perlu pun. Tapi ade jugak yang aku rasa time Icad tak perlu, tapi untuk baby kedua ni da jd perlu. Save this story for update next time.

Yang aku nak update ialah berkaitan tajuk entry ni.

Aku memang tak sempurna…

Aurat tak tutup sepenuhnya.

Mulut kuat mengumpat and bergosip.

Hati kurang bersih.

Solat masih terumbang ambing.

Sape lah aku nak judge manusia lain… tapi itu jugak la yang terjadi. Mungkin sejahat2 aku, ada jugak yang aku berpantang buat.

Demi untuk position baru aku sekarang, aku perlu ke Labuan untuk training and engagement session.

Labuan bagi aku cantik and bersih. Kecik je, macam Bandar mainan pun ada aku rasa. Orang2 local Labuan and yang bekerja kat sana pun, so far aku jumpa semua baik2 and friendly, Alhamdulillah.

City of darkness

Seumur hidup aku, tak pernah aku dengar term ni pasal Labuan. Bila aku jejak kaki kat sana, baru aku dengar term ni. Dalam hati aku piker, kenapa pulak?

Bukan la aku tak pernah dengar pasal perempuan dan alcohol yang murah kat sana. Tapi tempat2 lain pun ade je dua menatang ni. Takkan sebab tu kot.

Duduk satu malam je aku da tau kenapa… yang gelap bukan la bandarnya..tapi hati pengunjung2nya. Orang2 luar, yang datang together ngan aku, segelintirnya (bukan semua) tak seperti yang aku kenal and sangka.

Ada yang background agama nya bagus, mengaji pun boleh, hokum hakam pun pandai, parent and partner yang Nampak penyayang and caring…tapi duk tunggang arak and ade affair..

This is the same group of people…yang aku gelar sahabat..yang selalu datang kat aku and ngumpat2 orang lain yang minum arak and kaki poya2, sampai Labuan jadi perangai serupa.

Ini jugak la orang2 nya yang.. ‘eh tak berani la aku nak makan secret recipe. Da konpem halal aritu baru aku makan balik’ and yang risau2 bila non muslim letak nasik lemak kat pantry ‘ye ke halal tu? Beli kat mana?’. Yang jelas nyata lagi bersuluh haram tu, ko teguk pulak.

Ini jugak la parent penyayang..yg i lap yu yang ngan spouse memasing, tapi dok poya2 lagi macam orang single ngn orang lain kat Labuan.

Tapi at the same time..mereka jugak kawan2 yang baik..and pekerja yang bagus and murah hati mengajar orang lain…*sigh*

Mungkin aku sangat culture shock, and sangat bersyukur aku duduk satu malam je. Walaupun Labuan dan penduduknya sangat baik, tapi orang lain yang membuat aku terkesima.

Keesokkan harinya, memang selera makan jadi kurang. Tido malam sebelumnya pun tak nyenyak. Sampai je bintulu, trus nangis2 carik nasir. Paksa dia janji jangan duk buat benda bukan2 ni belakang aku.

Sebab aku tau.. bila sampai sini, segelintir manusia ni tadi, trus berubah 360 degree depan family masing2..aku tak redha kalau nasir pun mcm tu…

Tapi..sape la aku nak judge dorang…. mungkin sempena bulan Ramadan ni..masing2 da bertaubat..aminn…

8 Responses to “Sapelah aku untuk menjudge kau…”


  1. 1 Aimi August 23, 2011 at 1:06 pm

    btol ape ko ckp tu jamie. ko br culture shock kn. aku ni ha, lameeeee dh rasa. pelik! aku x phm knape smpi bole bertukar 360 darjah. ko same la mcm aku. aku terus kol ali. tp time tu aku x kawin lg ngn ali. aku ckp aku x maafkn die if blakang aku die buat prangai terkutuk cmtu. even die bukan laki aku, die kene ingt die still ade mak bapak. huhuhu dunia ni scary sebenarnya jamie. dunia cabin crew aku dh tunjuk segala galanya. since that aku percaya. x semua org yg bercakap psl agama, smayang tonggang tonggek, bace al-quran tu baik2 belaka. n x semestinya yg x smayang x tutup aurat x mengaji tu jahat. kadang2 tu yg baik2 alim2 ni lg jahat dr yg sedia ada kite nmpk die x cukup ilmu. hhuhu

  2. 2 beluncas August 24, 2011 at 3:09 am

    Ye miii…sgt shock =c aku ni mmg la bkn angel. Tp dorang ni ialah org yg aku respek dulu.. Rasa mcm selama ni, dorang hidup dlm konkongan ke apa, jauh dr famili trus jd lain. Dah jd mak ni lg scary. Aku selalu doa anak2 aku terlindung dr sume pengaruh2 x baik ni

  3. 3 aibonlise August 28, 2011 at 9:18 am

    tapi tak semua kot yang camni… kecik ati zulbo kang. die kat labuan tu

    • 4 beluncas August 28, 2011 at 10:04 pm

      Btul, x semua, segelintir je. Org local labuan n yg keje sana (tmasuk zul) aku rasa ok je. Yg dtg skali skala ni haa~~ tp aku pun lemah iman kot. Aku x tego direct, tego perli2 je =/

  4. 5 choclairissa September 4, 2011 at 5:43 pm

    rumet…syaz pun sll kabo kt i tmpt2 kt labuan cmtu..sbb xde hiburan lain..i pun bukan sempurna gk..tapi syaz n ustaz mane ntah pernah ckp..kita bukan sempurna tapi xsemestinya kite x boleh tego org lain..huuu~~nanti smbg gosip rumet~

  5. 7 helmi September 16, 2011 at 10:25 am

    hye jaime, labu ni..heheh…good entry ah.explained a lot of labuan in a few paragraphs je..keep on writing!!

    • 8 beluncas September 24, 2011 at 12:06 am

      alamak labu. ni perli ke apa..wahaha. itu dia orang labuan da bersuara. eh jgn salah phm..org labuan ok, org bintulu yang sekali ngan aku ritu yang segelintirnya tak ok..haha


Leave a comment




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other subscribers