Bebelan Tanpa Arah Tuju

ingatkan bila da tua2 bangka ni, takde da nak homesick2. hoho, aku ni mak orang da pun.

tapi selain obviously rindu parents aku, adek bradek sumer, aku memang btul2 rindu rumah tu. padahal bukan membesar kat umah tu pun, kitorang pindah situ masa aku fes year kat utp.

so insyaAllah awal bulan nam ni akan balik melaka terchenta, yeay! ok2, untuk amek ati encik suami, jadi kite balik la gemas dulu =p

macam2 benda da aku listkan nak makan. hopefully, mabuk da kurang banyak la time tu, and selera menggunung tinggi, hoho.

sebut pasal mabuk, sekarang ni da tak muntah ari2, tapi kalau muntah, yang super teruk punyer. at one time tu, aku sampai nangis2 lepas muntah. sebab rasa cam sakitttttttt hatinyerrrrrrrrrrr, bad moodddddddd, emosiiiiiiiii, sumer bercampur aduk. rasa cam depress gila tak baik2 morning sickness ni.

kalau tak muntah tu, mabuk cam mabuk laut tu memang sentiasa menemani ngan penuh setia. ni kalau silap haribulan ni, sape2 wat hal mesti da kene sekeh2 da ngan aku (ok, mari doa ni tak kan terjadi =D )

eh balik pasal nak balik melaka tadi, sebenarnya patut tu tak balik pun, kitorang plan nak pegi KK. siap semangat da buat passport icad ni, sebab kene lalu brunei. lalu brunei? oh yerr, sebab bercita2 tinggi nak drive lebih kurang 12 jam dari bintulu ke KK. hoho.

kalau aku tak pregnant, rasanya memang proceed je ni. aritu pun masih positip kononnya arap2 time tu mabuk da ilang. tapi kalau x ilang? kan ke naya nanti sepanjang perjalanan. nak tengokkkan icad lg. so, walaupun sedey2 tak dapat pegi KK, tapi masih rasa super hepi sebab dapat balik umah, yuhu!

sebut pasal pregnancy plak, tah la, aku memang sentiasa risau2 selagi tak pegi next checkup. sebab cam tak tau apa status kesehatan aku and jugak baby. aku berharap, mabuk2 yang teruk ni melambangkan kesehatan baby yang ok.

senarnyer risau jugak, sebab aku takleh terlalu menjaga perut macam masa pregnant fes time dulu. sebab utama ialah icad. anak bujang ni berat dia da around 13-14 kg. kalau aku tak pregnant pun aku da menggelupur nak dukung. ni tgh pregnant lg la. memang senak2 perut aku time kene dukung icad skrg =c

nasir banyak tolong. tapi dia ade masa dia nak manjer ngan aku, dia nak aku je dokong. mak mane la sampai ati…budak da menggapai2 tangan panggil di dokong.

lepas tu dari aku belum pregnant ritu, hobi dia memang suker guling2 atas perut. buat2 macam nek kuda la, loncat2 la. salah aku la kot, time tu tak terpikir camner kalau pregnant nnt. so skrg bila2 dia suker, dia lanyak la perut aku tanpa warning. tak la seteruk mana sebab berjaya halang2, tapi senak2 tu ade la jugak. haishh..risaunya.

takper..positip2..lagi seminggu je lagi nak pegi 3rd checkup. insyaAllah sumer ok. sebab so far takde bleeding or sakit melampau kat rahim pun.

mak aku yang comey pun sibuk da belikan baju2 pregnant bagai. dalam pada marah2 aku mengandung lagi tu, tengok cam excited jugak =p senarnya sian parents aku. aku je la membekalkan cucu kat dia. patut da lame da dia ngan bapak aku ade cucu =c abang fes aku lom sampai jodoh. abang second aku da habis jodoh (alhamdulillah tak de anak, ade hikmah dia. kalau tak kesian anak tu mak bapak berpisah2).

adik aku plak kecik lagi. baru 22 tahun. hoh alamak! aku dulu kawen 23! ngeee..takleh2. aku sentiasa rasa dia kecik and budak2 lagi. susahnya nak terima hakikat kalau tiber2 dia kawen dalam masa terdekat ni. mesti aku simbah cat merah kat umah lelaki tu (terpengaruh ah long).

oh panjang jugak rupenyer bebelan yang takde arah tuju ni. oh pasal transfer itu ari, lepas da apply tu, pihak sana cam senyap sunyik seribu bahasa gitu. tak tau la ape maksudnya tu. nampak2 gaya ke arah negatif.

tapi negatif pun takper la. ade 5 tahun lagi nak abes utang ngan company, hopefully by that time, kalau tinggal terus kat bintulu sampai 5 thn lg pun masih ok kot. arap2 kesehatan parents aku and mak nasir sentiasa tip top,aminn.

ok, da tak tau nak bebel ape da. mari menamatkan bebelan~~

0 Responses to “Bebelan Tanpa Arah Tuju”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other followers


%d bloggers like this: