week 33: Produk Review dan apa2 lagi rempetan

Produk Review No 1: Shaklee Energizing Soy Protein a.k.a ESP

Masa ramadhan yang lepas, ade kegusaran hati jugak takut tak dapat berpuasa dengan sempurna. so Puan Zaza yang comey suggest amek Shaklee Performance Drink.

alhamdulillah, rasa nak pengsan masa 1st day puasa je, lepas2 tu dapat berpuasa dengan sempurna, jadi da terlupa pasal Performance Drink tu.

tapi lepas abes ramadhan, and mungkin sebab penat jaga toddler cergas aktip bernama icad and jugak kandungan yang da semakin sarat, penatnya badaaannnn..TUhan je tau.

dengan keje opis lagi, balik keje tu..cam rasa penat, ngantuk, and x de semangat nak layan2 icad. lama2 camni, tu yang rasa takleh jadi.

so message la kawan utp, iffah anuar yang banyak promote produk SHaklee kt fb. dia suggest untuk cuba ESP

Ini bukan testimoni yer, tapi produk review mengikut pengalaman sendiri. so akan senaraikan pro and con produk ni

Pro:

– diperbuat dari kacang soya, so sangat la suka sebab aku tak suka susu
– tak manis, so bagus la untuk orang2 macam aku yang tengah nak avoid kencing manis time pregnant and leh dicampur dengan milo ke ape ke minuman len sesedap rasa
– memang tak sepenat dulu, alhamdulillah. sgt impress dengan kesan yang ni. macam dikatakan, dia provide constant source of energy that lasts for hours.
– kalau ari bkerja senin sampai jumaat, aku amek ESP ni sekali sehari je. time petang. dalam kul 3 or 4, buat secawan.. petang tu balik umah, takde la mcm mayat idup and tak la rasa nak tergolek tido je.
– kalau ari sabtu ahad, buat time pagi, dalam kul 10 lebih camtu, and lagi sekali time petang. bese la, sabtu ahad kan tenaga kerahan super mak kene di keluarkan =D
– takde la macam lepas minum nescafe or kopi. tenaga yang dibekalkan cam terlebih2 sampai tangan jadi menggigil2 kengkadang. and walaupun betul bertenaga, tapi rasa tak natural, rasa cam hyperactive semacam.
– aku rasa kulit muka cam jadi cantik. memang selalu dengar soya bagus tuk kulit yang cantik…tp tah la… ke aku perasan sendiri pun mungkin gak. sebab at the same time tengah pakai produk muka baru gak (refer produk review ke-2)
– bila tanya nasir:

aku: by, kulit muka i macam makin elok. cuba tgk, nampak tak (sambil beriyer pegang pipi)
nasir: tak prasan plak..sebab da hari2 tengok (tuan2 dan puan2, jujur kan encik suami sorang ni T_T)
aku: ……….
nasir: (dgn segera) eh tapi dari dulu pun cantik!

isk2.

Con:

– tak leh buat guna air panas.. kene air suam2 kuku tak lebih 40 C gitu. aku ni..kalau minum2an camni, suker buat panas2
– dia cam berketul2 sket bila campur dalam air, so kene mengacau jitu gitu
– tenaga yang dibekalkan tak sesegera lepas minum. meaning, camner nak explain ek. sebab tu aku amek dalam kul 3 and 4 ptg kat opis. sebab katekan kul 5 or 6 kat umah, aku still penat, setat sejam lepas tu baru cam tenaga tu slowly datang. tapi ni mungkin badan aku je. tapi sebab aku da notice macam tu, tu yang aku amek sejam dua jam awal.
– mahal..~~ T_T makcik ni da la tengah berjimat cermat gitu. mekap pun da stop beli branded2. dulu pantang g klcc ko~~ abes aku ronda sumer kaunter mekap kat parkson tu.

kesimpulan: memang akan beli lagi, sebab rasa pro dia lebih banyak and tujuan utama memang tak nak jadi mak lembik malas ngantuk tak bertenaga. tq to iffah yang memperkenalkan. tapi iffah, terpaksa berpaling tadah lari pegi kt hafsah (FB: Hafsah Mardhiah). hehe, bukan sebab apa, sebab hafsah kat bintulu =) leh dia pas2 kat husband dia je and husband dia leh pas kat nasir (satu opis gitu).

Produk Review Number 2: Bio Essence Tanaka White

bila baca blog kak di (http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/) rasa nak try Olay Regenerist. bila baca blog Lady Noe (http://perempuanjomblo.blogspot.com/) rasa nak try Safi Rania. lepas tu rasa nak try Mary Kay jugakk..

tujuan utama ialah handmade cream yang makcik mana tah kat melaka buat tu, da lama abes, and lama lagi nak tunggu mak aku datang (pas da bersalin nanti). takkan la plak tak berkrim yer tak. tapi tah camner tah, masa gi guardian, teramik tanaka white plak.

Pro:

– tak berminyak. tak tau la sebab kulit aku sekarang da tak oily tapi da jadi dry skin plak (simtom penuaan la tu).
– lepas pakai tu, nampak muka macam pakai make-up base da. kalau malas nak pakai bedak lagi pun aku rasa ok.
– kulit muka tak la jadi tona sekata seperti yang dikatakan, tapi bahgian2 yang itam2 berbelak tak sama tu banyak gak kurangnya.

Con:

– mahall <- sorry la..makcik memang kedekut sekarang..wahahah. senarnya banyak duit abes lately ni untuk prepare barang baby dalam perut ni
– rasa krim makcik melaka buat tu lagi hebat.

kesimpulan: ok laa… tapi lepas abes botol ni, aku akan berpaling tadah cuba2 try produk len lagi kot. wahaha

Perihal nama si kecik

keburukkan melahirkan anak pada ujung tahun ialah, nama2 yang dipilih untuk adik icad, da dua kali kawan2 yang melahirkan dulu dari aku da curik T_T

masa bulan 8 ritu, anak member lahir. nama dia tak la exactly sama, tapi yang word pertama tu memang sama. blakang je lain T_T so sangat tawar ati da nak pakai nama tu.

alhamdulilah terjumpa buku nama2 dalam islam, nama tu walaupun meaning dia baik, tapi kalau ikut ejaan betul dia, ade hamzah kat belakang.

contoh kalau nama tu lina…tapi by right, di sebut linak.

so aku pun happy la balik. sebab aku nak nama yang senang ejaan arab dia supaya senang jugak orang sebut.

bila da carik nama lain, ade la plak kawan yang lain beranak, nama yang tu jugak buh kat anak dia…uwaaa…. tapi kali ni aku da tak larat nak carik nama lain da. (tapi ni nama baby girl yer, kalau tiber2 keluar boboy, gigih la aku mencarik nama lagi). ha..pasal hal girl ke boy ni…… (sambung bawah)

Perihal Baby Cot

da beli Baby Cot da last week. lepas menimbang baik and buruk nya, ahirnya pegi la beli jugak. masa gi beli tu, pilih kaler pink. and tokey kedai cakap akan hanta the next day nya.

malam tu kat umah nasir cakap “kalau tiber2 kuar boy, cat je la biru katil tu”.

tengok2 bila orang tokey tu hanta, yang sampai kaler blue! hehehe..apekah petanda ini?

laki pompuan, aku terima dengan berlapang dada. yang penting sihat walafiat and jadi anak yang baik, amin.

ok~~ mau lari pegi makan~~ pai~~

3 Responses to “week 33: Produk Review dan apa2 lagi rempetan”


  1. 1 choclairissa October 27, 2011 at 8:06 pm

    i rase rumet..yg penting kadar disiplin diri harus dipertingkatkan utk memastikan penggunaan produk kecantikan membuahkan hasil..tapi kan i musykil krim makcik melaka mu tu..mesti sangat tradisional pembuatannye..mu suruhla makcik tu kembangkan bisnes ke peringkat global rumet..oreder online ke..

    psl baby cot tu..mu bertabahla ye..mungkin pakcik kedai kelupaan lalu menghantar yg salah..tp boy pun ok jgk..mu makin kurus lepas branak nnt menjaga due jejake 🙂

  2. 2 hazcze October 27, 2011 at 11:30 pm

    idop lagi belog ko ni! 🙂

  3. 3 beluncas October 28, 2011 at 3:21 am

    Rumet: krim tu bkn stakat musykil, penererangan bahan2 pun xde =D mmg saspen la kirenye. Yang ai pasti, bahan utama ialah dr buah tomato~~

    Krim tanaka tu skrg pakai mmg sbb ade spf. Btu ni panas bkn men, kang ade rentung muka tebakar

    Cze: haha, masih idup walaupun sgt jrg hapdet. Aku mc sok oi, guling2 kt umah


Leave a comment




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other subscribers