Week 13: Bleeding

tengahari semalam, masa kat toilet opis, aku notice setompokan coklat cair. dalam ati berasa ragu2 ‘darah ke ni?’.

tapi perasaan ragu2 di abaikan. siap da terlupa langsung kot. malam tu bila da kat rumah, notice 2 3 tompokan coklat yang da makin pekat. kaler ni aku cam sangat ni. kaler cam aku selalu dapat bila awal2 period.

hati da berasa tak best. nasir tanya nak pegi jumpa doktor ke. memandangkan aku nak doktor clarence jugak, and malam2 sure clinic dia da tutup, aku kate pegi esok je.

so pagi tadi buat appointment ngan dia and dalam kul 11 lebih tu sampai spital.

masa dia nak scan perut, buat pertama kali seumur idup aku sepanjang checkup baby, aku tak tengok langsung monitor pc dia. aku takut nak pandang, takut ternampak pape yang bukan2 or tak best.

sejurus je doktor cakap ‘the heart is still beating strongly’, baru aku berani tengok monitor. and lega sket nampak baby gerakk2an tangan.

so doktor cakap dia nak buat pap smear dengan check dendalam tu. ya Allah, kesakitan masa doktor hanisah masukkan jari time nak check bukaan pintu rahim (time nak beranakkan icad dulu) pun aku lom leh luperkan, ni nak check2 lagi? =c

hmm…tapi rasa bagus plak lagi doktor ni dari doktor dulu, sebab walaupun sakit, aku rasa dulu lagi sakit. ke aku da lupa2 kot?

lepas penderitaan pap smear berlalu. doktor masuk jari lagi, nak check pintu tertutup ke terbukak. lega, pintu masih tertutup.

result pap smear tahu lagi seminggu. in the mean time, doktor bagi aku 3 hari MC dengan reason ‘threathen miscarriage’, suh rehat banyak2 and dia jugak bagi sejenis ubat. duphaston kot. sumting cam pil hormon yang dorang selalu bagi untuk kes2 macam aku.

apekah punca semua ini?

doktor actually kate aku tak perlu risau sangat. cuma kalau tiber2 ade bleeding lagi and perut cramp, trus pegi jumpa dia. dia tanya, banyak ke aku jalan2 time kat opis?

‘saya duk je doktor depan pc, gemokkan badan~’. (ini adelah jawapan nak mintak penampar).

jadi jawapan sebenar aku ialah, banyak traveling balik kampung ritu.

memang btul pun. memandangkan last minute cancel trip pegi KK, last minute jugak kitorang purchase ticket flight. flight dari bintulu da jadi super super mahal, so kitorang purchase ticket from Sibu.

sibu bintulu ni, aku rasa kalau jalan cantik and 4 lane (2 kiri, 2 kanan), 2 jam je leh sampai kot. tapi jalan dia sangat horror =c memang melambung2 aku dalam keta, sket2 masuk lobang. da la lori bkn main banyak.

sampai sibu je da penat and sakit2 badan. lepas tu da sampai KL, traveling lagi dari KL balik gemas plak. kat melaka jalan sakan sana sini lagi.

lagi satu, aku agak stress benda len gak.

aku baru discover, orang yang jaga icad tu, tengah pregnant jugak…..

jahatnya hati aku ni, patutnyer aku happy dia pregnant, murah rezeki pe sumer, tapi yang aku leh pikir ialah nasib badan sendiri je ‘ko anak da 5 orang pun tak nak tutup2 kilang ke??’ (ini adelah bisikan hati jahat on the spot. skrg da taubat and rasa bersalah terpikir mcm tu)

icad baru nak masuk 2 tahun. da la dia aku tak sure due bila, tapi for sure before aku la. akak tu dalam pantang nanti sape nak jaga icad? da la icad nak kat dia je, ngan mak dia tak nak, adik dia tak nak.

lepas tu, masa nasir cakap aku pregnant kat dia, sepatah haram dia tak bagitau pun dia pun pregnant. kitorang tau pun sebab perut dia makin menonjol. lepas tu dengan konpiden leh cakap, nanti baby kecik pun anta la kt dia.

aku tau kakak tu yakin dia leh jaga baby nombor dua ni nanti. masalahnyaaa…aku yang tak yakin. dulu reason nape aku pilih dia untuk jaga icad ialah sebab dia tak ada jaga baby lain and anak dia yang bongsu da berusia 2 thn.

sekarang ni, kalau dia cakap, dia leh jaga icad yang tengah lasak and sekaligus jaga dua orang baby kecik (anak dia and anak aku), konpem2 la aku tak yakin.

sebab tu aku susah hati. takkan nak anta icad umah dia, baby kecik umah lain. icad plak da sayang giler ngan anak bongsu akak tu. memang very the bespren. cam sedih plak nak pisah2kan.

seribu macam benda la aku pikir. siap da ternangis sket da satu hari. benda2 camni la buat aku rasa sedeh keje jauh. walaupun aku sangat suka bintulu, tapi aku tak ada support system yang baik kat sini biler benda2 adhoc begini =c

eh bukan ke sepatutnya kene guling2 rehat. senarnya baru bangun tido and rasa segar bugar sket. harus la updet blog, kalau tak, mgkin tak ter rekod langsung kesah ini. okay~~ mari sambung rehat lagi~~

5 Responses to “Week 13: Bleeding”


  1. 1 choclairissa June 10, 2011 at 9:47 pm

    rumet~ semoga mu xde paper..rasenye baby mu nk suruh mak die rehat banyak2 tgk tibi~

  2. 3 Aimi June 22, 2011 at 3:34 pm

    bnyk2 berehat ye Pn ulat. haha bace cerita hang ni buat kan aku teringat pada cerita mak mertua ku. die kate die pregnant dulu dr usia pregnancy sebulan lebih smpi ke 9 bulan, darah keluar mcm period hari2. masalah ngn rahim die la. tp baby semua selamat. doc ckp rahim die x kuat. tp in ur case, rsnye insyaAllah x de pape. maybe sbb hang bnyk travel je kot.

    alang2 dh kt page hang. nk tanye ni. aku ni br 15 weeks preggy. tp harini aku pelik la. breast aku sebelah je belah kiri asik kluar liquid kaler putih. keluar mcm setitik je. pastu x de jap. after a few minutes, kluar lg. ni biasa ke? ke pelik? kene jumpa dokter ke? tanye ngn hang dulu kot2 hang pun pernah experient benda nih. hihihi

    • 4 beluncas June 22, 2011 at 6:19 pm

      Mie, aku x prnah mengalami lg, tp selalu dgr org pregnant da de susu keluar. Mgkin gk tu susu, tp rasanya masa next checkup nnt baru ko konpemkan pun ok, hehe.

      Wah, aimi nk masuk 4 bln da! X lama lg leh rasa baby tendang2 perut! Yeay~

      • 5 Aimi July 1, 2011 at 3:51 pm

        itu la psl!!!! ni baru masuk 4 bulan. Sebulan lg bole la rasa baby kick2. x sabar! hihihi

        psl soalan aku tu, x pe. nnt nect check up aku cuba kompem balik dgn dokter tgk ape pulak die ckp. huhu


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other followers


%d bloggers like this: