The art of positive thinking and some other random thoughts

kerja dengan ikhlas?

– work has been tough lately. super tough. aku rasa aku still leh bertabah kalau kerja tu tak mengganggu time personal life aku, contohnya malam2 or weekend.

– kesabaran aku macam terbang bila after office hour pun aku kene dok entertain hal keja.

– paham. bukan aku sorang je macam tu. bukan aku je sorang2 mak yang bekerja dalam dunia ni. orang lain pun, lepas office hour, nak spend time ngan family. takde pun dorang complaint ye x?

– tu dorang la. bagi aku, aku kene meluah perasaan aku, lepas da luah2 baru la lega sket =)

– tiap2 pagi sblum stat keje, mesti aku niat mcm ni dalam hati, “ya Allah, sahaja aku bekerja hari ini kerana mu ya Allah. ikhlas kan hati ku dan mudahkan la urusanku”

– masalahnya aku rasa aku ikhlas. aku bagi 100%. aku x monteng dalam bekerja. aku buat sedaya mampu kudrat yang aku ada.

– tapi mungkin jugak aku tak minat, and yes… kerja aku sekarang banyak sgt nak kene follow-up and banyak sgt guideline and procedure yang memeningkan kepala =c

– encik suami cakap..sabar la..ini la tempat mencarik rezki.

– jadi malam ni sbg usaha untuk aku bersaba and berpositif, aku nak listkan perkara2 yang aku rasa bagus dalam bekerja.. (sblum kene buat report on weekend yang perlu siap by monday morning..sigh)

Perkara2 yang saya suker dalam bekerja di kampeni ini (kamon jamie…mesti ada punyer):

– medical benefit. setiap kali checkup baby, masa nak sign bill, mesti jantung aku cam tegezut gitu. mahalnya la haih… aku yakin, positip dan pasti sekali, kalau kampeni tak kaver, memang aku checkup baby 3 bulan sekali je kot =D

– ada topik perbualan ngan encik suami. mcm boring giler kalau dengar laki bini pun borak2 pasal kerja. tp i beg to differ. aku rasa kalau aku suri rumah spenuh masa, ape agaknya aku borak ngan nasir ek? skrg ni, ade topik kerja, and luckily, kitorang kerja sama kampeni, with the same faces jugak. rasa cam ilmiah la gitu. pashtu aku masih leh borak2 gak topik pasal anak2, pasal nak masak apa, pasal hal rumah. dengan bekerja, rasa macam enriching sket communication suami istri

– mengelakkan aku dari tido siang yang lama. dan bila tido siang masa wiken, baru la terasa nikmat duniawinya.

– membantu ekonomi rumah tangga. ada orang bangga bila dalam perbelanjaan rumah tangga tu, suami dia yang bayar lebih. duit gaji dia untuk peprbelanjaan personal sendiri. tapi itu masing2 la. aku hepi dapat menyumbang skali. lagipun ni la masa untuk aku saving duit and tolong nasir, sblum target untuk berhenti another few years. lepas tu da solely bebanan ekonomi kt bahu nasir da.

– ade rakan2 nak berborak and bergosip di opis. kalau kat umah, borak2 ngan icad comey je la kot. (which is nice jugak… eh tapi skrg tgh nak positipkan diri pasal kerja, harus luperkan keseronokkan di rumah, hihu)

– bekerja di bintulu yang aman damai. gi keje leh nek keta, tu pun nasir yang drive. bini dia ni da cam fobia plak drive skrg. lebih teruk dari dulu, hoho. da takde da kepahitan zaman di klcc menaiki komuter and lrt yang sesak and asek rosak.

– eh ape lagi ek? hahahaha..mati akal da.

– camner2 pun, memang la asek tersimpan hasrat nak jadi full time housewife. apekah sebabnya? malas keje? aku x la rasa aku malas sgt. tapi aku yang lemah dan x berdaya. bila kat opis, otak pikir benda2 kat umah. bila kat umah, pk masalah opis. aku tak dapat fokus. jaga anak bkn senang yer.. kemas umah pun bukan x penat yer.. stiap pilihan idup ni, ade cabaran tersendiri. ibu2 bekerja jangan la pandang ringan suri rumah full time. suri rumah full time pun jangan la cakap macam2 kat ibu bekerja. kita takkan dapat sepenuhnya dalam kehidupan ni, kene ade pengorbanan and give n take.

7 month preggy..and counting the days to meet new baby

– toksah nak cakap la betapa sarat aku rasa sekarang. actually baby aku kecik 1 week dari sepatutnya, tapi doktor cakap tak perlu risau sangat sebab baby sehat. lagipun berdasarkan history icad yang keluar masa 38 week pun, 2.5 kg je, and aku pun kurang tinggi (tak nak ngaku pendek, hokayy), and mak aku pun beranak dulu, anak2 sumer memang tak lebih 3 kg, jadi aku positip.

– doktor cakap baby adelah gegirl =) girl ke boy ke, aku hepi je. lagipun lambat lagi pun dia nak pakai gown2 bagai. ni aku tengah gigih selongkar kotak baju baby icad, huhu.

– takmo banyak membazir, mana2 barang icad yang leh recycle, akan di recycle tuk adik dia nanti (mama bukan tak sayang adik, tapi berjimat cermat adelah amalan mulia. adik da besa nanti da tak boleh pakai baju abang da, kene beli baju gegirl comey2)

– da start mengorder produk shaklee dari iffa, gang kat utp. aku sangat penat lately. mgkin tekanan kerja and tekanan pregnancy da sarat and tekanan menjaga 2 year old toddler yang aktip

– juga da mula terasa seram nak bersalin. lagi takut dari masa time icad dulu. sebabnya time icad dulu, leh nak positip2 lagi, kot2 x sakit sgt ke ape ke kan. tapi skrg da penaaah rasaaa sakittt tuuu…uuuu…

– oh bercakap topik bersalin, aku memang suker baca or dengar cerita2 pengalaman orang mengandung, labor pain, bersalin. bagi aku setiap individu ada cerita masing2, and stiap pengalaman tu sangat personal and best

– tapi ade jugak orang yang tah pape, suker mengompare cara beranak. ‘alaa..dia tu operate, mana sama ngan beranak normal’…’alaa…dia tu amik epidural, mana sama ngan normal betul’.

– plis la, bkn ke Tuhan takkan bebankan hamba Nya melebihi kesanggupan? tah2 kalau orang tu tak operate, tak epidural, mati dia time beranak. semua benda ade hikmahnya. ko ape tau?

– ingat seronok sangat ke beranak normal x de epidural? sampai 3 4 ari tangan aku menggigil2 pegang icad, sbb masa meneran berpaut kuat sangat kt palang katil. lepas tu dapat 6 jahitan lagi kt bawah tu sebab x pandai meneran, campur da sakit sgt. igt seronok?

– lepas tu yang beranak operate pun ade jugakkkk nak berlagak tu. ni true story jadi kat aku. masa masuk opis dulu, dua makciks ni cakap kt aku: “eh you beranak normal yer? patut la bontot kembang. tengok kitorang anak da 4 pun bontot maintain lagi, sebab operate”.  amboiii..seko2 tak sayang mulut. sib baik la aku ni laser kat blog je, cuba kalau depan2 tu aku reply “eh ye ke, tapi akak tak cantik pun walaupun bontot tak kembang’, kang tanjat boboi seko2.

– eh jauh melalut. btw, aku lom betul2 prepare brg2 baby ni.. bila yer nk stat…hmm.. and sekarang ni, betul2 aku treasure tido malam aku. icad da lama da tido lena time malam, tapi lepas baby lahir nanti, bermula la balik kene bangun malam2 setiap brape jam. jd mari la mengenjoy time tido skrg dengan jayanya.

Syawal 2011

– raya kali ni banyak kat melaka, so sebagai bini yang gila kose, mesti la beta happy, wahahah

– hehe..tak la..senarnya aku siap da buat kalendar pembahagian hari yang adil untuk raya melaka and gemas.

– tapi nasir yang ubah cakap biar banyak hari kat melaka. reasonnya: hehe..mak mertua ai kan duk ngan ai da…. so dia da hari2 jumpa mak dia siang malam, kasik la can kat ai plak~~

– tapi raya memang penat. and malam and pagi raya tetap kat gemas, sebab still kene ikut turn. dah tu, masa malam raya tu aku je plak tu menantu yang ada kat umah tu. selalu memang aku bermalas2an kasik menantu2 lain menyapu masak bagai. tapi da aku je seko2, jd la aku superwoman malam tu.

– and pagi raya pun sibuk jugak sebab ada aku je seko2 ngan icad, nasir teman mak dia g smyg raya. kemas2, hidangkan food raya, lepas tu ke kubur plak. lepas tu raya sket2 umah orang. lepas tu nak balik segamat lagi. lepas tu..mcm2 lepas tu la. ahirnya, takde pun gambar famili masa first day raya..uwaaa..sangat sedih. cuma ada satu gambar ni je yang encik suami sempat snap. sedih gitu:

tapi setelah dua tahun x dpt cuti raya lama, tahun ni kira puas hati and bersyukur gak la. terigt pesanan puan intan choclairissa tuk orang single mingle. supaya raya sepenuh hati ngan family sblum kawen. aku sangat sokong. sekarang ni memandangkan kitorang duk jauh, cuti pun bkn leh lama.. mmg tak sempat nak jumpa semua sedara mara. sedih plak dulu kalau ayah ajak beraya sana sini, rasa malas2, sekarang sendiri pulak terindu2 sedara mara.

Ke arah mencapai misi ‘no make-up’.

– tajuk tah pape. senarnya ape aku nak cakap ialah, ade sape2 ade suggestion skin care ape yang tak mahal sangat tapi bagus ek? especially eye cream sebab mata aku da macam nenek da.

– dan impian aku ialah, ingin mendapat kulit muka yang tak payah da keluar umah nak kene tepek bedak. senang… lepas angkat wudu’ keluar mana2, tak payah da nak touch-up bagai kalau kulit da cantik..

– aku memang x de jerawat, tapi kulit muka kusam oiii… memang selalu je keluar umah tak berbedak..tapi ade la rasa rendah diri gitu as compared ngan kalau berbedak.

– sekarang ni aku pakai pencuci muka thailand-tak-tau-brand-ape-tah2-ade-hydroquinone-racun-tikus-bagai and jugak krim muka hand-made-buatan-makcik-mane-tah-di-melaka. gila bunyik cam high risk gitu, tapi aku tengok mak aku and adik aku pakai skin jd elok.

– so aku cuba. kulit masih kusam. tapi dulu kulit aku sangat kasar menggerutu, dekat hidung and dagu. member aku, pn fatin liyana cakap, itu sebab resdung, which make sense jugak sebab resdung aku memang teruk. so now da x kasar da.

– cuma tu la. hati tak tenteram je, mana tau sebab banyak acid ke yang menghakis kulit muka aku, wahaha. so kalau ade skin care lain yang berdaftar, dan bagus jugak at the same time, aku akan consider bertuka.

oh dan seribu satu macam cerita lagi..

– terpaksa tamatkan entry di sini, sebab da panjang melalut, and kene buat report, hoho.

– tapi memang sebab lama tak ber blog, banyak lagi benda nak tulis menulis..hmm..

– takper la.. len kali je la. tq sarawak sebab cuti ari ni (friday), so dapat la aku berehat2 sket. tatariena~

4 Responses to “The art of positive thinking and some other random thoughts”


  1. 1 mou September 24, 2011 at 12:12 am

    hahaha.. lame tak bukak.. rupenye lame juge yiu tak post! dan2 je bukak arini ade post baru..

    time kasih kerana wat statement “tanjat boboi kan”, it suddenly triggered my laughing switch.. tp cam org gile lak gelak kuat2 kul 12 malam..

    bai mok

    • 2 beluncas September 24, 2011 at 12:24 am

      haha..lame x hapdet blog. nak hapdet dari hp, sumpah leh satu perenggan je kot. kecik sgt, haha.

      btw, makciks tu cantik je, tp sbb dengki and sakit ati, saje ckp mcm tu, haha

  2. 3 choclairissa September 24, 2011 at 8:36 pm

    Rumet..mu bertabahlah..

    I paham perasaan mu..cube harapnye mu dpt comparekn diri mu dgn org lain spt I..I selalu je diganggu org call termasuklah mlm2 I nk tdo n hari raya..pastu mu pk kan yg tuhan menduga mu sbb die adiahkn mu baby gegirl yg comey..

    Psl mekap tu plak ritu I gune simplysiti utk blushkn pipi kendian syaz kate bulu/span blusher die perisa babi..jd I putus asa nk suggest mu..:)

    P/s : I dh jrg bergosip dgn mu skrg.. 😦

    • 4 beluncas September 24, 2011 at 8:51 pm

      Tula, i nk gosip2 kt opis ngn mu pun da x smpat.. Sgt menciii..

      Eh rumet, aritu masuk sukkaba da, da clear x de perisa babi. Mu leh sambung guna. I rasa org nk pitnah siti je tu. I pakai berus dr bodishop, menurut akak tu, di buat dr nylon ke ape tah. Arap2 i tak di dustai~~

      Aaa, kene kaco mlm2 tgh tido lg x bes. Tp kene kaco time raya tu i da mengalami. I x mara org yg kaco tu, sbb tau dia wat keje je. Tp i geram kt nature keje i tu sndiri, sob2.


Leave a comment




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other subscribers