Warna Warni Julai, Ogos dan September 2010

selamat hari raya semua! setelah berminggu2 tidak apdet blog sendiri mahupun berpeluang berkunjung ke blog dan facebook rakan2, akhirnya dapat jugak buat entry ni.

agak sibuk dan kebetulan internet diputuskan dan baru di sambungkan kembali. henpon tidak canggih (sprti henpon suami yang curik2 dibeli di belakang bini, opps) jadik tidak seronok nak ber fb.

secara pantas:

sambutan kecil birthday icad

sambutan dibuat lambat sikit, menunggu weekend. ade la beli seketul kecik kek and buatkan topi besday. tapi baby^icad moody plak baru bangun tido jd gmbar yang ada pun tak seceria mana, hehe

berpindah ke rumah baru

selamat tinggal Signature Park. skrg da bertuka address jd Beverly Hill (nama taman yang tak menahan). rumah baru lebih selesa kerana besar sikit dari rumah lama and ade halaman sikit (walaupun banyak lalang dari rumput). berpindah masa beberapa ari sebelum puasa, jadi sangat la penat nak mengemas rumah sbb da puasa.

mula2 masuk memang horror. da lama tak di duduk orang, biasa la. skrg suda molek sikit rupa cuma masih ade beberapa benda lom sempat buat.

sayangkan bini tinggal2kan

(tapi jangan la tinggal terus, hoho). buat pertama kalinya, ditinggalkan suami untuk pergi training selama seminggu lebih. eh silap…bukan pertama kali ditinggalkan, selama ni kalau tinggal pun sorang2, tapi kali ni ade icad sekali.

selalunya, kalau salah seorang ade training, mesti bawak icad balik KL supaya leh jumpa nenek dia.

tapi anak hero seorang ini sudah semakin besar (berat boleh tahan, lasak pun boleh tahan) and da tak berapa daya da kalau seorang diri nak bawak dia nek plane.

rupa2nya, bila tinggal berdua dgn icad, aku lagi takut drpd biasa (walaupun bulan puasa tak ada momok). sekejap2 risau, terpikir mcm mana kalau ade kecemasan, apa2 jadi kat icad or aku, nasir pulak tak ada. lepas tu pikir kalau orang masuk rumah, mcm mana la aku nk protect diri sementara nak protect icad lg. at least kalau duk sorang2, ape2 jadi pun aku je yg menghadapi, icad selamat.

sakit itu ujian, semoga lebey kuat mengingati Tuhan

dikejutkan sekejap gak ngan berita ex opismet yang sakit masuk spital. walaupun tak tau ujung pangkal and full story, tapi riso jugak ati di buatnya. jadik sempena raya yang mulia ni, aku telah sms warning supaya berpada2 dalam bermakan2 (kepada yang berkenaan sila amik pratian, hehe).

mengingatkan diri sendiri jugak. raya ni terlalu byk makan daging, sayur pulak kurang yang amat. eksesais cuma la naik tangga tuk ke bilik tido dan turun tangga tuk tengok tibi, hohoho.

gaya idup sihat, kamon!

balek kampong ooo balek kampong

di atas sebab2 yang tidak boleh di elakkan, cuti raya aku cuma smpai raya ketiga. raya keempat da bekerja. mintak maap kerana tak mampu nak menyambut rakan2 yang nak datang beraya di melaka mahupun berkunjung ke rumah korang.

itu sebab aku tak cakap2 kat orang aku ade kat melaka masa raya ritu. sebab dalam 2 hari je, aku kene beraya di melaka, balik segamat rumah nenek, balik gemas rumah mertua, balik melaka balik tuk packing and sampai bintulu pun da malam hari ari ahad raya ketiga, ari isnin suda masuk opis.

macam mane pun, selamat ari raya maap zahir batin untuk semua. ni bukan sekadar ucapan cliche…memang jujur tulus dari hati. aku pun sama. memaapkan dengan ikhlas, insyaAllah.

buah ati pengarang jantung

baby icad skrg mungkin bukan baby sgt da. macam da jadik toddler kot. mulut sangat petah ‘berckp’ walaupun tak paham. tapi kuat la dia mengomel. kadang2 buat latihan vokal dengan jeritan penuh prasaan tapi tak nangis pun, riang je. berjalan pun da makin kuat. ada masa lepas la 6 7 langkah tanpa pegang apa2.

kuat jugak manja dia. dengan orang baru jumpa biasanya tak mau di pegang, da lama sikit baru nak.

tapi konpem icad memang anak ayah, cess. sungguh cemburu.

itu saja la. gambar2 di bawah adelah summary untuk entry di atas. papai~~

This slideshow requires JavaScript.

5 Responses to “Warna Warni Julai, Ogos dan September 2010”


  1. 1 azlin September 30, 2010 at 8:39 am

    makcik, dah berbulan baru mau updet ka???? cantik nye rumah ko mie!! selamat hari raya maap zahir batin juge. sguh lama x dgr kabar berita!!

  2. 2 beluncas September 30, 2010 at 6:56 pm

    hehe..itu la……….sibuk pindah2 ritu, aku mmg x sempat nk ngapdet blog. linnnn~~~~~~~~~~~~~~~~ aku pun lama x dgr kaba brite!! rindunya nk gosip2 ngn korang!

  3. 3 [re-arrange] October 1, 2010 at 11:28 am

    hohohoho. lawa umah! jeles! đŸ˜€

  4. 4 momo October 1, 2010 at 5:46 pm

    anak kamu makan friskies gak ke? gaya amek tu macam mau masuk mulut da (kalau ade screen shot seterusnye.. agak2 camne bentuk gambar tu ek?)

  5. 5 beluncas October 2, 2010 at 8:49 am

    adek: haha..tunggu. next post nanti aku tunjuk kan ape yg disembunyikkan dari gambar2 di atas

    mo: haha. dia x makan. tp hobi dia ialah dengki kucing dgn tuang air minum kucing dalam bekas biskut.


Leave a reply to [re-arrange] Cancel reply




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other subscribers