Week..err..week brape ni?

haha..teruknya…mungkin da second time pregnant..jd sudah tak brape istiqamah nak kira2 da braper week. tapi actually ialah week 23.

jantina pun senarnya da tau. cuma aku je yang belum nak percaya betul. so nak tunggu next checkup lagi untuk kepastian yang lebih jitu. last pegi ritu baby tutup kaki la pulak.

nama je berkonflik lagi. macam pernah cakap dulu, tah mengapa nama semua carik pun yang girl. mungkin sebab mak aku and nasir prefer girl tuk second baby. tapi so far, nama yang aku berkenan, mak aku reject. reasonnya, sebab nama sama ngan kucing dia plak kat rumah Melaka.

mak aku: Eh jangan la buh nama kucing kat baby!
aku: eh..mak la yang bubuh nama orang kat kucing!

haha. ye…kucing2 kat umah mak aku memang majority nya nama orang. susah btul. lepas tu nama untuk second baby, nasir nak samakan initial ngan icad plak. nama icad ialah Daniyal Irsyad, so initial ialah urup D ngn I.

susahnya aku rasa urup D ngn I. cam tak banyak option. bese la..aku camner2 pun nak nama ade meaning. da ade yang aku ok, ejaan dia plak aku tak berkenan. tapi kalau tukar2 ejaan kasik power sket, da takde makna plak.

by the way..(ni kesah aritu), dalam kelelahan menjaga icad and kemabukkan pregnant yang masih tak pegi2 walaupun da lebih 4 bulan, aku cakap kat nasir.

aku: cukup la yer 2 orang anak je..
nasir: em..ok.

baru je aku nak sambung golek2 balik, dia cakap lagi.

nasir: nanti 4, 5 tahun lagi pas you da benti keja, baru la kite sambung lagi 2 orang anak plak.
aku: ……

tapi aritu..time dia plak penat jaga icad..dia plak cakap aku,cukup la 2 orang anak je..haha.

masa 1 july aritu, genap umur icad 2 tahun. alhamdulillah.. kejap je da 2 tahun. tiber2 je aku sayu and bagitau nasir.. ‘nanti tau2 je da umur 20 tahun..uwaa..sedihh..’.

sorry la icad..mama merancang birthday party icad dua bulan sebelum tu lagi kot. cadang nak buat makan2 kat umah and baca doa selamat. tiket tuk parents and adik aku datang pun beli awal2 da.

malangnya..sebab kemabukkan yang tak ilang2 ni, plus mak aku pun risau aku buat keja berat2 kalau ramai orang datang umah, maka tak jadi la nak proceed. pegi makan2 kat encik hotel saja sudahnya bersama family~

sekarang ni, sebab akak yang jaga icad da bersalin, maka sementara tak ade encik helper, mak nasir duduk ngan kitorang dulu. so kitorang amek cleaner je la untuk hal2 mop2, kemas umah, pengsan plak mak mertua aku nak buat semua keje umah. jaga icad pun da mencabar aku rasa.

hmm… nampak gayanya..baby kali ni akan bersalin kat sini je kot. rasa cam tak larat plak nak balik beranak kat melaka. semoga kandungan aku ni selamat terpelihara selamanya, aminn. bleeding da stop da. tapi bese la…bukan senang rupenyer pregnant biler kita ade anak kecik len. aku masih kene dokong2 icad. sekejap2 tu ok la. aku pun rindu nak dokong dia kalau tak dokong lama.

tapi kalau da lebih 5 menet tu..mak ai.. 13 kg oi….bukan 3 kg~~

ujian pap smear ritu pun takde pape. sumer nampak normal. dari urine test pun..takde la kelebihan gula dalam urine tu. so far doktor tak suruh aku gi minum air gula lagi. please la jangan. malasnya aku nak kene kencing manis lagi.

tapi kalau mengikut corak pemakanan aku..memang langsung tak sehat. haha, cita2 je lebih. abes ape nak buat..tekak aku masih tak best. aku nak kene seteguk air gas jugak sket. teh ais or teh tarik pun hari2 kot order -_- uuu..kalau tak kencing manis, sure gemok cam kucing manis.

masa nak start pose ritu, dilema jugak..bisakah aku berpuasa ramadan ni? =c arap2 bisa la. so far belum ade hari yang ponteng. cuma katakan ade hari yang aku akan termiss bangun sahur (mntak dijauhkan), mmg aku x kan pose la aritu. kesian baby dalam perut nnt.

okkeh~ tata titi tutu dulu..lame giler tak hapdet blog. sekali hapdet panjang berjela. akan updet jugak kt pregnancy progress.

0 Responses to “Week..err..week brape ni?”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other followers


%d bloggers like this: