11 March 2011

Brisbane (South Bank – CityCat Ride along the river – Myer Centre – Queen Street)

Memang dari Malaysia lagi da memasang angan untuk habiskan 1 hari dekat Brisbane. Sebab bila baca2 tu, orang cakap, dalam lebih kurang sejam je drive ke Brisbane dari Gold Coast.

Betul la tuh. Memang tak jauh pun. Jalan pun smooth je. Cuma ada jam sket petang tu bila nak balik dari Brisbane ke gold coast. Mungkin serempak dengan waktu orang abis keje kot.

Bila da masuk je area Brisbane, da rasa super excited da. Dari jauh da Nampak kebesaran Bandar dia and banyak da bangunan besar2 tinggi. Kitorang terus menuju ke destinasi pertama, iaitu south bank.

South bank ni, dari kitorang kat gold coast, owner kedai makan tu da promote da pegi sini. Sangat cantik dia cakap. Masa tanya2 orang pun, banyak yang pesan pegi sini. Dalam tu cam ade taman tepi tasik, siap ada cam pantai buatan manusia lagi.

Huahuahua. Keciwa. Under construction la pulak. Sikit hari tu kan dorang banjir besar kan, mungkin masih mengemas kini membaik pulih this area kot.

Tapi still ade kedai2 makan, tempat2 nak bersantai berpicnic tepi2 sungai tu. So ok la =)

Punya la bersih aku rasa, and orang confident takde najis2 binatang ke ape ke kat rumput, orang2 situ lepak je duduk2 atas rumput tu berpiknik. Yang baring2 pun ada. Takde alas tikar pun tau.

Lepas tu kat sepanjang sungai tu ade banyak jetty2 kecik. Jetty2 ni kira similar cam hentian bus kat jalan raya. Tapi busnya ialah boat2 and ferry2 kat sungai. Ade jugak boleh pilih cruise (ala2 cam cruise kat Kuching Water front), tapi nak murah kitorang nek CityCat je, boat kecik cam bus yang akan pusing2 keliling river tu gak.

Aku rasa cam da banyak da gak tu jetty or hentian boat. Tapi bila baca kat notice board tepi, still banyak lagi jetty2 yang ditutup sebab flood ritu.

Cruising sungai tu memang best la. Sebab sungai dia besar and pemandangan kiri kanan pun cantik. Nampak rumah2 mewah lagi yang ade tempat parking private boat.

Lagipun kitorang malas nak drive da cross bridge pergi other side of Brisbane. Ade toll. Toll pun pelik. Lepas cross tu nanti call satu nombor ni and bayar within 3 days. Tak tau la camner dorang trace kereta yang tak bayar, ade camera kot?

Lepas tu kitorang turun dekat hentian nama eagle street river front. Sebab dari jauh Nampak cam best je, cam tempat shopping2 gitu. Tapi bila turun, rasanya takde la meriah sangat. So kitorang jalan ke dalam lagi.

Target adelah nak pegi Queen Street. Hasil pembacaan brochure cakap ni antara tempat wajib pegi kalau ke Brisbane. Tapi tengah2 jalan2 tu, terserempak satu shopping centre, nama dia Myer Centre.

Selain kedai Myer yang besar gabak dalam tu, dia ade wayang, kedai makan, kedai2 lain sumer la. Memang da high time aku masuk Mall ni sebab tengah carik toilet. Tapi sedikit keciwa sebab toilet ade kat 2 floor je and ramai plak queue, cess. Mungkin sebab tgh Sale so cam penuh orang sopping. Dalam ati aku piker, tak keje ke sumer orang ni or sumer ni tourist?

Kat satu kedai tu ade promosi underwear. Tapi size2 dia tak familiar plak. Dorang guna 8, 10, 12, ape sumer. Nak Tanya promoter tu tapi da terlupa bila Nampak baju2 baby. Tapi yang betul2 murah sumer tak brape comey, so cam tak jadi la beli.

Lepas da abes pusing Myer Centre tu (tak besa pun), akhirnya sampai la ke Queen Street. Waa…. Jalan ni memang best. Sepanjang2 jalan penuh ngan aneka kedai2, cam dalam shopping mall tapi kat luar.

And memang untuk pejalan kaki je la, kereta tak leh lalu pun. Masa ni kitorang beli souvenir je, sebab Nampak cam lagi murah dari yang kat surfers paradise and ada jugak yang tak Nampak kt surfers paradise. Ternampak jugak dua tiga souvenir dengan gambar2 ‘ganjel’.  Harmoni betul, sekali sekedai je ko jual dengan teddy bear, koala kangaroo comey2 sumer kann.

Kat sini beli la satu patung kangaroo size2 sedang untuk Icad, yang akhirnya dia cium sekali je pastu campak tepi..cett.

Lepas tu bila nak patah balik to the other side tu, kitorang jalan kaki je cross bridge. Sebab dia ade buat laluan khas untuk pejalan kaki, so ok la. Rasanya lama gak la kat Brisbane ni, dari pagi kul 9 camtu, tau2 da kul 5 da. Baru nak bergerak balik ke gold coast.

Nasir ckp “rasa macam buat jogathon hari ni”, hahaha.

Tu yang ade serempak traffic jam sket tu, sebab da kul 5 kan. Tapi jam2 pun, bergerak la. Highway dia pun, 3 lane. Kadang2 jadi 4 lane, 5 lane kejap pun ada. Aku pun tak paham.

Sampai apartment ngan hati yang sedikit sayu. Malam ni malam terakhir holiday, huhu. Hati ni memang rindu icad. Tapi ade gak bersyukur tak bawak icad. Flight 8 jam, cam kesian plak kat dia. Dalam flight balik Malaysia pun, asek dengar suara baby melalak je. Rimas kot da duduk lama2 dalam plane.

Maka tamat la day 5… and tamat la percutian gold coast kami….yippie yippie~~

Gegambar selain kat blog ni, ade kat fesbuk (fesbuk Nasir).

0 Responses to “Gold Coast Trip Yang Bahagia – Day 5”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other followers


%d bloggers like this: