10 March 2011

Breakfast by the beach – Springbrook – Natural Bridge – Countryside (Road to Nerang)

Ikutkan perancangan awal masa hari ni, sebelah pagi hingga tengahari ialah shopping. Lepas tengahari, sampai ke petang, pegi ke springbrook national park and terus stay sana sampai ke malam untuk tengok glow worm.

Tapi tempat2 mall shopping (yakni pacific fair and harbor town) da pegi, so pagi tu kitorang bermalas2 je la bawak bekal picnic tepi pantai.

Lepas tu kitorang pun cam blur2 camner senarnya nak pegi tengok glow worm ni. Ade pakej yang dia promosi dalam brochure, nanti dorang akan pick-up petang tu dari hotel, malam tu hanta balik. Tapi kitorang pun da sewe kereta,so adekah harus lagi amek pekej ni?

Side track kejap: glow worm ni cam banyak la kat cave2 nationalpark gold coast tu. Aku rasa dia cam kunang2 kot. Cuma dia cacing. Haaa, cam mudah betul explanation ni, untuk orang cam aku yang tak penah tengok pun glow worm, haha.

So tghari tu belasah je bergerak ke springbrook. Aku rasa ade kot dalam 50 km lebih dari surfers paradise, memang ke dalam. Nak ke sprinbrook tu, kitorang ikut springbrook road, ni la jalan yang rasa similar2 gitu dengan nak naik fraser hill and Cameron highland.

Surprisingly, all the way up to, banyak gak umah2 orang and tanah persendirian. Aku cam piker, cam super jauh je orang2 ni nak pegi shopping2 kat town. Jalan da la senyap sunyik gitu.

Springbrook memang cantik la. Sejuk and nyaman je, mungkin sebab banyak pokok2 and da kat tanah tinggi. Kat sini ada a few lookout. Kiranya macam tempat yang ada best view. Dapat la tengok cam lembah2 yang cantik, air terjun semua.

Tak jauh dari situ, walaupun cam jauh gak sket (ape ayat aku ni?) ialah natural bridge national park. Sini adela cam air terjun yang besa sket. Aku da tau da kenapa sumer tempat2 ni bersih. Kat Malaysia mesti da jadi tempat orang2 mandi. Sini dia tak bagi orang mandi. Walaupun penat kaki nak tour keliling walkway natural bridge ni, siap kaki kene selumbar la bagai, tapi rasa berbaloi pergi.

Jadi akhirnya, tak jadi la nak tengok glow worm tu. Kalau nak stay sampai malam, cam da penat and da lapa. Plus nak drive turun balik sengsorang diri, cam scary je kat dalam utan2 ni kan. Nak kejar balik apartment lepas tu amik pick-up dorang naik balik tentu la da malas. Takper la, glow worm, len kali kite jmpa kay~~

Balik memang ikut jalan lain. Sebab nak avoid jalan yang fraser hill tadi. Memang lalu ladang2 lembu, kuda semua. Tapi cam taman mainan pun ada. Scenery countryside yang sangat cantik, speechless. Jalan ni jauh la sket nak menghala balik surfers paradise, tapi since tak rushing pun, so ok la.

Tak banyak aku leh ceritakan pasal day 4 ni, walaupun sampai letih2 kaki berjalan2. rasanya hanya gambar2 yang leh summarykan dengan lebih baik🙂

Tamat la day 4. Esok berguling2 ke brisbane~~~

0 Responses to “Gold Coast Trip Yang Bahagia – Day 4”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other followers


%d bloggers like this: