9 March 2011

Movie World – Harbour Town – Anzac Pier – Night Market (Surfers Paradise)

Dekat gold coast ni rasa ade empat theme park yang main: Movie World, Dreamland, Sea World and Water World. Kalau berminat nak pegi more than 1 theme park, memang ada pakej yang murah tiket dia. Tiket untuk pergi banyak kali dalam setahun pun ada, tapi tah2 aku pun seumur idup pegi sekali je gold coast, buat apa nak beli long-term ticket, ye tak. Nak beli tiket dari internet pun bulih.

Kitorang pergi Movie World (MW) satu theme park ni je. MW ni bukak kul 10 pagi, so sempat la pagi tu nak lenggang kangkung bagai. Sampai2 situ, parking lot pun kosong je lagi, orang local sumer tido lagi kot =p

Tapi betul la pun kul 10 tu awal jugak. Ade certain kedai2 dalam tu, tak bukak pun lagi, kul 11 lebih baru bukak. So kitorang terus la round dulu mengikut kaki melangkah ke mana.

Tempat first kitorang pegi ialah ScoobyDoo Spooky Ride. Langsung takde seko umat pun beratur nak masuk, so terus la try situ dulu. Aku ingatkan dia jenis2 cam ghost ride gitu, yang ade orang tekejut2kan ko sumer. Nama pun spooky ride. Sekali rupenyer ride yang sakit perut gitu, ke atas ke bawah, ke kiri ke kanan, reverse terbalik dari tempat tinggi pun ada. Aku siyes tutuuuuuuuuup je mata, nasir cakap2 ngan aku pun tak leh nak reply, ter bisu terus! Wahaha.

Tapi ni kira skala 1 je la untuk ride yang takut, ride2 len lagi takuttt. Ada jugak ride yang cam dalam boat kayu kecik. Aku luper nama ride ni. Tapi as compared ngan spooky ride tadi, ni Nampak cam x de takut sangat . boat ni tadi akan naik satu bukit tinggi, and dari puncak bukit tu, dia turun menjunam jatuh balik dalam tasik, haha. Aku tak naik sebab malas nak basah2 baju (alasan).

Then bila patah balik jalan tadi, orang da queue panjang nak nek ScoobyDoo ride. Seb bek la kami awal tadi. Next stop ialah Hollywood Stunt Driver. Sampai2 situ je show da nak start, so just nice je timing.

Bagi aku, ini adelah feveret part aku kat MW. Aku ni nyampah je tengok citer2 rempit2 muvi tu, rempit keta pun nyampah gak, melainkan orang putih nya movie. Tapi aku sangat enjoy show ni sebab ye la..real je ko drift, lumba2, pusing2 tempat sempit depan audience! Siap ade letupan2 yang panas dia sampai kene muka aku, and kereta terbelah dua la, kereta gerak dengan dua roda je la, camner dorang buat pun aku tak tau.

Awal2 tu dorang cam ade amek a few audience untuk test shoot some scene, rupanya last sekali nanti dia akan masukkan scene2 ni as part of the movie. (bila aku cakap movie, actually dia ada separate screen untuk part2 lakonan, tapi all the stunt action memang buat depan audience, bukan rakaman).

Lepas tu kitorang bergerak ke section yang sesuai sket untuk kanak2 kecik.taxi kecik la, train kecik la, sumer yang cumil2 and cute2 untuk budak2. Ni kalau bawak icad ni mesti satu hari suntuk kat section ni je, hihi.

Kat sini ade jugak satu roller coaster ride, looney tune ride nama dia. Tapi nama kiut2 pun, scary la jugak. Aku rasa aku berani nek benda ni, sebab yang ni cam yang sama size kat genting punya. (ok..aku visit genting Zaman skolah menengah dulu, so aku x tau la mcm mana skrg. At that time, da ade da yang big roller coaster berpusing2 bagai tu kat situ, and ada satu smaller one yang kurang scary tapi still scary tu. Haa..looney tune ni sama yang cam kurang scary tapi scary tu. Kalau tak paham aku tulis apa, takper, sbb aku pun mcm da x paham)

Tapi tak naik gak la =p at the same time, satu show kat tengah2 MW ni da start. Ni bese parents and anak2 memang suka tengok. Sebab ade mascot tweety, rabbit apa sumer yang warner bros punyer karakter nyanyi2 and nari2. Dorang ni di accompany jugak sekumpulan gadis2 pakai macam princess, gown2 kembang nari2 and nyanyi ngan bahgia.

Lepas tu kitorang bergerak ke 4D punyer show. Tayangan muvi dia ialah Journey to the Centre of the Earth (yang ada Brandon fraser berlakon tu). Aku da tengok muvi ni so aku rasa cam, eh takkan la dua jam lebih dalam tu nak tengok muvi sama.

Tapi curious jugak sebab 4D la kan kunun2. 3D muvi pun aku tak pernah tengok so 4D ni lagi la aku takleh bayang macam mana.  Queue pun panjang, so Nampak cam sambutan hangat je.

Rupa2nya takde la dia tayang the whole muvi tu balik. Dia amek part2 penting, and aku rasa ni dorang da rakam balik. Dkt MW nyer version ni, adelah suara Brandon Fraser cam jadi pencerita, ulas balik apa dia buat semua. Tapi takut gak la, bila volcano tu meletup, kerusi2 audience pun bergegar2.

Air liur dinosaur menitik kat muka hero, muka audience pun basah, ewww. Tapi aku paling takut part ade pokok gergasi nak cekik and paut hero and heroin. Tiba2 ade benda raba2 bawah kaki kitorang, sumer orang jerit, haha.

Lepas tu, last sekali kitorang pegi masuk batman adventure ride. Nampak cam berani, haha, tapi kebetulan time kitorang, ade separate show yang motionless ride, untuk orang yang tak berani. So aku la orang first jump pegi queue motionless tu, haha.

Sangat menarik dia punyer muvi visual effect. Walaupun seat kitorang tak bergerak2 sekali, tapi keluar tu pun aku da pening2 pala. Rasa macam aku plak yang gi tembak2 orang jahat tu. So aku imagine yang ride sebenar sure lagi best and rasa real.

Yang lain2 tu aku tengok je la..tour. batman powershot tu similar cam solero shot tu kot. Then ade dua big ride lg. by big I mean biggg.. satu superman ride. Escape ride kot nama. Tengok dari jauh da rasa sakit perut. Sekali blakang dia, ade satu lagi yang lagi scary okk.. lethal weapon ride. Ni yang jenis, seat tu hanging je sambil dia ber coaster riang up down pusing2 sumer. Aku tengok dari observation area pun rasa nak pengsan gitu.

Lepas da abes sumer visit2, kitorang pun bergerak pulang menuju ke harbor town. Harbor town ni on the way je kalau da menghala balik ke surfers paradise. Malangnya, tak ada sekeping gambar pun tangkap kat sini sebab da penat cam siput kering, and da super lapar.

Dalam MW tu ada satu kedai makan halal, tapi satu kepala AUD25 la pulak. Sebab rasa mahal then makan nandos je kat harbor town. Aku tak tau la kot2 sumer nandos kat aussie ni halal ke ape ke, tapi this one halal. And dekat south bank, Brisbane tu pun halal jugak. Pashtu aku Nampak iklan nandos dalam sukkaba muslim time yang distribute free kat sini, so cam tak tau la.

Lepas makan, baru la dapat tenaga yang sepatutnya untuk pusing2 harbor town. Cam aku pernah mention, memang tengah sale giler2. Tapi aku still rasa mahal la, walaupun untuk brand tu mungkin da murah. Jadi tour kosong aje la, sambil grocery shopping sket kat coles/woolsworth supermarket.(da lupe which one yang ade kt harbor town ni)

Aku rasa mana2 super market kat sini, either dua place ni je la. Even yang kat stesen minyak pun dua major store ni jugak. Tapi barang2, murah la kalau compare ngan mini mart kat luar2. Lepas tu siap ade kaunter untuk self payment. Jakun la kejap, haha. Kat Bintulu tak jumpa lagi camni.

Lepas tu bila nak balik apartment, singgah la satu pantai yang masa on the way pegi MW tadi kitorang da target nak pegi. Nama dia Anzac Pier. Kat sini leh tengok banyak boat2 berlabuh riang. Siap Nampak ketam2 kecik warna biru jenjalan! <- excited tengok ketam, apekah perangai ini?

Malam tu, kitorang kuar lg. nak pergi tengok surfers paradise night market. Kalau mengikut pembacaan, night market dia ni ada 2 kali je seminggu, rabu mlm ngn jumaat mlm. So kitorang pegi la malam tu.

Kat night market ni, takde la jual barang2 souvenir koala ke apa, actually, cam pelbagai hasil kraftangan kot. Ada Kristal, frame, lukisan, potret, accessories etc. and tak besar sgt pun.

Gitu la tamat day 3. Esok? Jenjalan ke springbrook!

0 Responses to “Gold Coast Trip Yang Bahagia – Day 3”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other followers


%d bloggers like this: