8 March 2011

Currumbin Wildlife Sanctuary – Palm Beach – QDeck (Q1 Tower) – Pacific Fair

Kalau da sampai area Australia tu, rasa cam tak soheh pulak kalau tak pegi tengok kangaroo and koala. Jadi ini la priority untuk day 2.

Aku rasa tempat ni, untuk sapa2 yang suka binatang, memang sesuai sangat pergi. Sebab kalau semata2 tengok koala kangaroo je, rasa cam tak berbaloi plak. Kiranya kalau korang suker bukit merah (animal park dia) and a’famosa (animal park dia), sesuai la pegi currumbin wildlife sanctuary.

Aku ngan nasir memang suker binatang, so ape lagi~~~ tak saba nak culik satu koala bawak balik!

Currumbin ni actually nama area tu. Kire cam kalau tiber2 kat segamat nak buat satu tempat camni, nama dia pun otomatik jd segamat wildlife sanctuary, hehe.

Kalau ngikut program flow dia, pepagi kul 8 tu da start feeding wild lorikeet. Tp sampai2 pun da kul 9. So sedey la jugak rasa sekejap. Sekali tengok masih ade lagi orang feeding lorikeet tu, yeay~!

Tapi kitorang tak bagi makan pun, just diri dekat2 situ je, and burung2 tu pun lepak je duk atas kepala dengan bahgia.

Kalau rerasa malas nak berjalan2, nek la train dia. Rasanya kalau nak jalan kaki and round sumer tempat, possible je. Tapi kalau nak catch show2 dia (refer sini), penat la pulak berjalan pegi balik kan, so leh la nek train.

Masa nak amek gambar ngan koala tu, tak saba nak peluk2 dia and posing sesedap rasa. Sekali orang tu suh letak dua tapak tangan buat alas bontot dia je, tak kasik peluk2. Aku rasa mesti ade kes orang peluk2 koala cam teddy bear sampai terkorban ke kot kan masa2 dulu, so orang currumbin ni pun trauma da nak bagi orang peluk koala sesedap rasa.

Tapi aku curik2 gak peluk sket, bluekk~~. Lembut and gebunya koala~~~ tak smelly pun~~~.

Yang smelly ialah kangaroo yer..haha. aku takut memula nak pegang kangaroo..sebab besar… so kebanyakkan gambar ialah nasir ngn kangaroo, gmbar aku ngn kangaroo sket secubit je.

Ade jugak gambar ngan buaya..tapi rupe2nyer anak buaya je..ni rasa cam aku darjah dua pun penah tangkap kat zoo Melaka, hihi. Itu pun aku geli geleman pegang ekor je. Haih, masa kecik2 sumer berani. Da tua Bangka sumer takut.

Kebetulan masa pegi ni, ade sekumpulan student dari jepun punyer rombongan pun datang melawat. Bagus rombongan dorang ni, sumer pakai baju uniform sekolah. So meriah sket la ari tu, rasa cam bukan gi aussie, cam gi Negara asia plak, haha.

Komen untuk lain2 show tu, hmm, cam aku cakap la, ade rasa familiar ngan show2 kat bukit merah and a famosa. Ade free flight bird show. Terbang2 sesedap rasa je atas kepala kitorang, besar2 plak tu burungnya. Ade reptile show jugak. Kalau takde show, dia ade talk. Kitorang tak dengar pun talk pasal koala sebab da bergambar ngan koala da. Talk on echidna pun menarek gak.

Tau tak ape echidna? Kalau tengok gambar, rasa cam adik bradek landak. Tapi rupa2nya family lain langsung. Dorang ni lagi similar ngan platypus. Sebab dua2 pun bertelur (macam reptilia) and menyusukan anak (macam mamalia).

Kat Sanctuary ni, dorang tengah berusaha untuk carik cara2 biakkan echidna ni. Echidna kat aussie ni takde la nak pupus pun, malahan berlambak2 je, mungkin leh terlanggar siap sebab dia suka lintas2 jalan raya. Tapi sedara echidna ni kat papua new guinea yang da nak pupus, so pihak currumbin ni berharap, kalau dorang leh Berjaya biakkan echidna ni kat sini, mungkin cara yang sama dapat di aplikasi kan untuk echidna di papua new guinea.

Aaa..sangat tulus murni kan usaha ni?

Berdekatan dengan currumbin tadi, ada satu pantai nama palm beach. Palm beach ni pun aku rasa cam adik bradek tallebudgera beach, sebab dia cam sesuai tuk family and kanak2. Pantai dia tak berombak pun, cam swimming pool. Plus ada cam playground kecik tuk budak2. Ni kalau bawak icad sini, mau melekat je kat playground tu, haha.

Pulang balik apartment untuk hal2 bese, then kitorang pergi ke Q1 Tower. Kira Q1 ni ialah bangunan paling tinggi kat surfers paradise ni (and aku rasa malahan di gold coast pun). Dekat atas sekali, tingkat 70+, ada satu tempat observation area yang dia panggil QDeck. Ala2 KL tower kot. Leh la tengok seluruh surfers paradise and gold coast dari sini.

Masa kat atas tu, leh Nampak pasir, pantai, laut, bangunan, rumah2 semua saujana mata memandang! Kalau ade coins, leh la tengok guna teropong untuk pemandangan lebih jelas. Tapi satu teropong yang dekat ngan pantai orang mandi tu tiber2 plak out of order. Aku wat kesimpulan mesti supaya orang tak leh skodeng orang tengah mandi manda pantai, wahaha.

Petang tu, kitorang pergi ke pacific fair. Ini adelah tempat shopping. Bagi aku, sangat cantik pacific fair ni, sebab rasa2 cam ala2 resort gitu. Dia ade sederetan kedai kat luar mall, cam ade walkway yang cantik tengah2 and kiri kanan ade kedai2. Rasa cam kat taman lain pun ada.

Kebetulan aku rasa, time kitorang pegi ni, mall2 kat sini (termasuk kat Brisbane) sumer tengah sale2. Tapi since duit dia pun da mahal, so hasrat hati nak shopping dengan meriah tu aku pendamkan je la. Tunggu je la mega sale balik Malaysia nanti, hoho.

Tamat la gitu day 2. Day 3 plak? Bergerak ke movie world~~~

0 Responses to “Gold Coast Trip Yang Bahagia – Day 2”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other followers


%d bloggers like this: