7 March 2011

Coolangatta – Kirra Beach – Tallebudgera Beach – Surfers Paradise – Robina

Sampai dekat Gold Coast Airport dalam pukul 8 pagi. Masa dalam flight, dekat2 nak sampai tu, first time aku experience gegaran langgar awan yang extreme. Da rasa cam usus melambung2. Ingatkan aku seko je takut, sekali aku dengar ade suara sorang pompuan terjerit takut.

Lepas tu bila plane bergegar kali kedua tiga, da ade suara2 jantan plak jerit2 ajuk pompuan yang jerit first tadi. Dalam hati aku: eh ingatkan budak2 mat rempit je yang tak betul, orang puteh pun sama je rupanya.

Gold coast airport kecik comey je, tapi kemas. Sampai2 je da kene beratur line panjang da tuk pemeriksaan kastam. Masa tu lane pecah tiga: 1 lane untuk orang Australia, 1 lane untuk orang Negara mana tah, new Zealand rasanya, satu lagi tu untuk Others. Time beratur ni, ramai la plak muka mat saleh kat line others. Ingatkan tadi asal orang putih dalam plane je, sumer aussie, hehe.

Pastu, kalau bawak food kene declare. So kitorang declare la, tick ‘bawak food’ kat form yang dorang bagi. Tapi dia tak check pun beg kitorang! Yeay! Lepas je macam tu. Trus nyesal tak bawak gula, garam, minyak segala bagai da (eh ni nak cuti ke nak masak?)

Kitorang sewa kereta sepanjang trip ni. Nama dia ialah “Alpha Car Rental”. Sesampai je, call dia, and satu shuttle kampeni dia akan amek kitorang dari coolangatta (gold coast airport).

Kampeni dia nearby dengan kirra beach. So dapat la tengok view laut first kitorang untuk trip ni. Trus mata disajikan dengan pemandangan sekumpulan wanita memakai swim suit. Encik suami mesti keciwa sebab semua pun makcik2 je, ngehehe.

Lepas da amek kereta, terus la drive ke area Surfers Paradise. Sebabnya kitorang da book apartment kat situ. Memandangkan taknak roaming sebab mahal and belum beli prepaid sana untuk tengok GPS kat iphone, so drive je la based on map yang amek2 kat airport tadi.

Alhamdulillah, map senang nak paham. Gold coast highway pun jalan straight je and signboard sumer very clear. Terus la tersinggah and lepak di tallebudgera Beach.

subhanAllah, cantik je. Dekat2 situ pun ade cam kawasan panggil tallebudgera creek. Ape menatang ek Creek? Muara sungai ke yer? Sebab Nampak pantai tu macam teluk je. So air laut dia jadi cam swimming pool semulajadi. Tenang and tak berombak. Nampak la ramai family and budak2 mandi sini.

Sepanjang perjalanan ke surfers paradise pun memang enjoyable. Makin lama start makin busy. Da penuh da jalan2 dengan motel2, hotel2, kedai2, kedai2 makan etc. tapi still rasa bersih je. Sampai ke surfers paradise, da mula lebih crowded da. Masa ni terkial2 sket tengok map sebab nak carik apartment kitorang book tu. Nama dia Costa D’Ora Apartment.

Memandangkan baru pukul 12 lebeh and check-in besenya pukul 2 pm, makcik apartment tu suruh kitorang gi minum2 dulu, sementara dia prepare bilik. Dengan rasa senang hati, kitorang pun keluar la sebab da kebulur tahap tak ingat dunia. Imagine dari last malam tadi tak makan apa2 sampai da tengahari, memang super lapa.

So jalan2 tu, jumpa la kedai ali kebab. Bese kalau gugel kedai halal kat surfers paradise, memang nama kedai ni akan keluar. Menurut adik kepada cik azlin tee, kebab kedai ni bese je, kat Adelaide lagi sedap. Tapi untuk aku, ni pun da sedap da, so sangat tak sabar nak pegi try kebab kat Adelaide! =D

Lepas tu beli la prepaid nombor sana, untuk buat calling2 anak nembam comey di Melaka. Then begerak balik ke apartment. Kalau tengok gambar kat web, rasa macam bughok je. Siap aircond pun takde, ade kipas je kot. Tapi sebab nak murah kan, hehe.
Tapi sampai2 je, apartment tu memang exceed expectation. Lagi cantik dari gambar and ade aircond plak tiber2! Channel ala2 astro sini (sana panggil foxtel) pun ada, so takde la dapat siaran tibi tak familiar. Lebey kurang je channel2 yang ada ngan astro (rasanya la, tp dorang mungkin banyak sikit).

(eh kejap, dr tadi baru day 1? Haha, adekah tengah tulis novel?)

Petang tu terus la berguling2 ke pantai. Pantai 50 meter je dari apartment, so guling2 pun bulih. Cuaca actually panas je, macam Malaysia. Tp sebab dekat ngan pantai ke kot, so cam sentiasa berangin. Tak sempat la ketiak nak berpeluh, hik2.

Pantai sini beza la dengan tallebudgera tadi. Memang Nampak la reason nape nama dia surfers paradise. Sebab pantai jenis2 berombak gitu. Sesuai nak bersurfing. Pantai dia pun ade life guard yang banyak sket, and ade system flag sepanjang pantai. Swimmers boleh swim dekat certain area je, surfers plak sepatutnya tak boleh terventure ke tempat orang swimming, kot2 benjol kepala orang kene board ko kan.

Kalau rasa malas nak kaki berpasir2 kat pantai, ade je area yang da berturap untuk orang duduk2 santai, nak berjemur situ ke, makan2 ke, tapi still leh menikmati view pantai and rasa angin laut yang best.

Petang tu jugak g shopping barang makanan untuk masak2. Itu la reason sbenar duk apartment, supaya jimat la sket duit untuk spend kat food (tapi still lapa jugak and beli jugak makanan luar walaupun da makan kat apartment, haha). Kiranya, 5 ari duk sana, lima2 ari makan nasik, cett.

Malam tu plak, berpusing2 la round2 nek kereta. Cantik rasa tengok tempat tu, dengan sumer bangunan berlip lap lampu di malam hari. So kitorang round la jauh sket, pegi ke Robina. Robina ni takde la ape pun, ade tempat shopping gak ‘Robina Town Centre’. Malam tu aku rasa da tutup da pun, tapi saja la pegi pusing2, hehe. Mall yang kitorang target nak pegi, mall lain.

Begitu la tamatnya Day 1. Day 2? Pergi tengok Koala, wuhu~~~

0 Responses to “Gold Coast Trip Yang Bahagia – Day 1”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other followers


%d bloggers like this: