Hari Ibu Yang Penuh Nostalgia

tajuk tak melambangkan content. senarnya lebih kepada hari ibu yang penuh misteri.

dari ari jumaat ngan ari ni penuh kat FB orang wish Mother’s Day. err, bukan esok ek? (ahad).

camner2 pun sebagai langkah keselamatan, semalam telah telepon mak aku. dalam pada berborak2 tu sempat menyampaikan mesej separa sedar kat dia ‘eh mak, mother’s day ahad kan?’..so dia pun iyerkan je =p

bestnya kalau dapat balik and celebrate ngan mak. weekend ni adik bradik aku pun ade kat melaka sumer. mak aku hepi2 kasik tau along aku blanjer dia beli sofa baru. elok la..sofa kuning tu dari aku umur 18 tahun kot tak bertuka2. nak salin kusyen pun tak leh sebab jenis kulit.

yang baru ni mak citer, dia jenis beli yang leh salin kusyen, sampai kan ke alas2 bawah (bukan bantal je) leh salin cuci kalau kotor. elok la. camtu gak la kat umah aku. sebab da tau ade budak kecik, banyak mende konpem selalu ter tumpah, hoho.

rasa sayu gak sebab semakin menjadik2 plak mabuk teruk aku ni. sepanjang pregnant ni baru dua kali je aku masak. senarnya rasa leh tahan lagi bau2 menumis dan memotong2  daging tu. yang aku tak tahan ialah dapur aku ventilation udara tak bagus sangat, so pas 2 3 jam, mula la aku pening bau asap2 terperangkap tu.

and aku tak dapat nak rasa properly =c aku rasa cam tak sedaaap je. pashtu aku cam konpius, memang kurang rasa ke or tekak aku tak betul. sebab bila panggil nasir suh rasa, dia cakap da cukup da masin, manis apa sumer. lepas tu aku yang teringin nak makan benda aku masak tu, last2 aku makan sikit je =c

aku cam da ingat2 lupe. teruk camni ke dulu masa pregnant kan icad ek? memang ade mabuk and muntah2, tapi aku rasa..tak la tiap2 ari aku muntah. ni memang tiap2 ari, and lebih dari sekali plak tu. lepas muntah je terus rasa cam wajib tergolek sebab penat lesu tahap super ayam.

ari2 muka aku je tido kat surau opis. mahluk2 surau pun notice sebab before ni, aku tak de pun selalu tido surau.

arap2 aku susah ngandung ni, senang la aku beranak sok. dulu masa kat dayabumi, ade satu hamba Allah ni, teruk gila masa pregnant. yang aku seriau tu, dia memang teruk sampai 9 bulan terus. tapi dia cakap, dia bersalin mudah giler. teran 2 3 kali, keluar. takyah epidural takyah apa.tak sampai setengah jam pun.

kakak sorang lagi citer, dia plak ngandung penuh hepi bahgia, tapi beranak susah. kalau dari awal tau memang nak kene operate takper, ni da sakit labor pain beberapa lama pun lobang tak nak bukak2, kene operate plak. last2 dapat dua sakit. sakit contraction, sakit lepas bedah. kalau orang yang dari awal tau nak operate tu, memang dorang awal sket akan pilih tarikh, sebelum sakit beranak natural datang.

mak aku cam bese la..penuh teori konspirasi bila aku cakap dia aku mabuk teruk. terus je dia cakap ‘anak pompuan la tuh’. amboi, x habes2. tapi aku tau kalau cucu laki lagi pun dia x kesah, hehe. saje dia jeles tengok kawan dia dapat dress up cucu perempuan comey2.

semoga stiap kesakitan ni menghapuskan la serba sikit dosa2 aku. bese la aku..time2 pregnant baru nak insap pengorbanan mak bapak, wahaha.

happy mother’s day to all mothers. sesapa yang tak ada ibu da pun takper, yang penting doa and ayat suci al-quran, mesti sedekahkan. yang masih ada, time2 ni la nak berbakti kepada dorang kay~

1 Response to “Hari Ibu Yang Penuh Nostalgia”


  1. 1 choclairissa May 14, 2011 at 11:51 pm

    take care rumet~i mendoakan mu…jangan lupe doakan i skali..ohhh epi belated mother’s day🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other followers


%d bloggers like this: