Berjauhan Itu Bagus

ok…rephrase…berjauhan untuk sekejap2 itu bagus~

ter inspired untuk tulis sempena nasir balik training and icad golek2 ngan atuk nenek kat melaka (selama 1 minggu). dorang akan balik esok tghari, semoga slamat sampai~.

merindui dorang, bila berjauhan macam ni, macam put everything back into perspective. keje bertimbun2 ke, masalah merundum2 ke, macam2 kesusahan yang lain, semua nampak ringan sekarang. family jugak yang paling penting.

current MD/CEO aku cakap, masa engagement session ngan kitorang ritu ‘isteri2, kalau suami tu nak pergi berjauhan kejap, as long as tak lebih 3 bulan, biarkan dia pegi. lelaki ni, bila dia sorang2, berjauhan dari keluarga untuk seketika, dia akan rasa lebih menghargai keluarga’. (tapi jangan la 3 bulan tu tak call2 langsung, tu nanti jadik macam ‘ustat’ tertentu plak kang)

oh sepatutnya kene taruk amalan2 untuk pregnant mothers khas untuk aimi, tapi kene postpone dulu, sebab semalam buat first timenya, kat opis ade buat Motivational Day. kang da lama2 kang takut terlupa.

motivator yang pertama ialah pengurus rumah anak yatim. banyak betul point dia cakap semalam, yang pasal anak yatim tu toksah cerita la. memang melalak2 aku. da la tengah emosi kan.

tapi yang pasal suami isteri, dia ada promote prinsip ’10-1′ (sepuluh tolak satu).

kata dia, semua orang, termasuk pasangan kita ada keburukkan. kawen la ngan sape pun, brad pitt ke, tom cruise ke (napa sumer hero tua?), ashraff muslim ke (uhuk2~), sumer ada buruk nya. tapi kebaikkan pun mesti ada. so pasangan berkawen kene amalkan konsep ’10-1′ tadi. 10 kebaikkan pasangan kita, kita tolak 1 keburukkan dia kat mata kita.

jangan pulak amalkan prinsip ‘1-10’ (satu tolak sepuluh). dia cakap, ini la yang dia banyak witness dalam perkahwinan zaman sekarang. 1 keburukkan pasangan kita, da tak nampak da 10 kebaikkan dia yang lain.

contoh yang dia pernah jumpa, isteri mintak cerai dengan suami. ingatkan suami kaki pukul ke apa ke. sekali rupenyer sebab dia tak tahan. ‘saya picit ubat gigi dari bawah ke atas tuan. suami picit dari atas’. dengar pun macam kelakar and bodoh kan. tapi untuk si isteri td, sebab amal prinsip ‘1-10’, dia memang rasa itu masalah besar luar biasa.

contoh kedua, seorang warga emas, da de cicit da, bercerai. bila tanya, pakcik tua ni jawab ‘saya hari2 pegi berkebun. balik keje, secawan kopi pun tak mau buatkan’. motivator ni pun jawab la ‘da bini tu taknak buat, buat la sendiri….~~’. haha..ye la…kalau da prinsip ‘1-1o’, benda remeh pun rasa besar gajah.

rumah tangga mana la yang smooth sailing je, aman bahgia. sumer ada pasang surut. kalau macam aku, asal aku de rasa nak marah je (kat suami), biasanyaaaa..sedaya upayaaaanya, aku senyap dulu. walaupun hati rasa panas membara tahap nak meletup da.

pastu, setelah beberapa jam, bila hati da kurang panas, otak pun da start pikir rasional balik, and most of the time aku rasa ‘eh benda kecik je pun’. and da tak rasa nak mara2 pun.

katekan benda tu tak kecik, tapi kalau ada masa bertenang kejap, time ni baru boleh berpikir dengan elok. camner nak bincang baik2 dengan encik suami tuk carik solution.

kalau aku nampak dia pun tengah nak naik temper, pun aku senyap and biarkan. kasik dia cool.

tu cara aku la. tak tau la berkesan kat orang len ke tak. masa marah ni, syaitan je yang banyak dalam badan tu. takut kita terlepas cakap apa2 yang sebenarnya kita tak maksudkan.

most of the time berjaya, sesekali tu ada la jugak bom terletup on the spot. tapi aku usaha nak perbaiki diri. harap2 akan datang tahap kesabaran dapat di pertingkatkan.

motivator tu cakap, kalau anak buat salah pun, jangan terus lempang (haha..kelaka plak contoh ni). dia bagi contoh, satu hari cikgu mengadu kat kita ‘puan, anak puan mencurik kat skolah td’.

parents yang normal sumer tentu trus naik darah. dia cakap, itu la kesilapan banyak parents. balik rumah, sebab hati panas, trus sebat da budak tu.

sebat tu boleh. tapi selepas kita siasat apa berlaku. kasik kata2 nasihat macam ‘mencurik ni perbuatan tak baik..bla2…jangan ulang lagi…bla2’. lepas tu nak lempang, lempang la.

kalau da lempang dulu baru nak cakap2, budak tu da tengah menangis2, hati tengah sedih, sepatah nasihat pun dia tak dengar da.

hmm..rasanya hari ni paling teruk rasa rindu. selalu kalau weekdays, sebab pegi balik keje kan. balik mlm pun da penat, tido tergolek je. arini satu ari kat umah, nak cakap2 ngan kucing pun, kucing tau meow2 je.

oh btw, sape2 tau agent maid mana yang reliable and tidak terlalu pricey, tulung la bagi tahu yer =)

2 Responses to “Berjauhan Itu Bagus”


  1. 1 Farah mvlindv April 20, 2011 at 1:56 am

    Jamie!!
    dah lame x bukak blog ko.suddenly bc dah pregnant for 2nd baby. Congrats!!!! Happy for u.🙂 Terpk bile la aku nk berbaby ni. Hehe. Neways, menarik sggh post ko. Psl marah marah tu kan. Dulu bile rs marah je kan mmg rs nak meletop and settle and talk it over at the time itself. Tp mmg terbukti brings more damage than good coz hati tgh panas and probability unt jd irrational sgt tggi. So this one wise person usually will let me cool down for sometime, and discuss balik the issue. Mula2 rs geram la kan. Kenapa x nk settle trus the issue, x yah nak simpan2. but the cool down time tu actly needed for some self reflection. Bile pk balik,diri sendiri pun over react and diri sendiri pun ada jugak salah. So untk mengelakkan diri sendiri later, let’s do self reflection. Heeee. MasyaAllah Terbanyak pulak komen. Sekian dari saya. Take care Jamie! and hv a safe pregnancy🙂 Amin.

  2. 2 beluncas April 23, 2011 at 12:07 pm

    fara!!!! lamenyer tak dgr kaba berite!!! aa..sgt terharu ngn komen di atas.

    pasal marah2 tu, mmg org kene experience dulu. aku dulu pun asal mara je mesti nak meletop on the spot. tu yg lama2 sedar tu, tak mendtgkan asil pun.

    tq, smoga pregnancy kali ni slamat sejahtera je sampai sudah. aku da mula start morning sickness yang tak morning langsung. macam siang mlm je. tak saba nak tunggu sampai 3 months sok.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other followers


%d bloggers like this: