lesson learnt from last pregnancy

some lesson learnt masa pregnantkan icad dulu, smoga pregnancy kali ni lebih maju and jaya~

1) minum byk susu

masa pregnantkan icad dulu, mungkin sebab kekurangan kalsium kot, satu gigi telah reput. lepas beranak, terus tinggal separuh gigi je. lepas tu telah cabut baki gigi bulan dua ritu. sakitnya Allah saje la yang tahu. ingatkan gigi da reput ni senang, rupenyer akar gigi masih sangat super kuat -_-

orang cakap kaki cramp malam2 tu memang normal. especially bila da berat ujung2 tu. tapi kalau kerap sangat, mungkin jugak tanda kalsium tak cukup. tak pasti betul ke tak. ape yang pasti, cramp memalam tu sgt sakit! trauma2

2) guna ubat gigi khas untuk pregnant mom

tak pasti jugak la sebab kalsium ke tak. just in case bukan, mungkin jugak gigi aku jenis sensitip masa pregnant, so sebagai langkah keselamatan, telah beli ubat gigi yang khas untuk pregnant mom (brand pureen)

3) Mengawal pemakanan

so far cuba jugak kontrol2 makan. tapi susah betul duduk department yang 10 langkah dari kantin. dikelilingi plak orang2 kurus yang cepat lapa tapi makan camner pun tak gemok, cess.

reason utama nak control pemakanan ialah sebab time preg icad dulu, total naik berat badan ialah 17kg! fuh… tak kesah naik 17 kg time pregnant tu, sebab rasa cam perasan comey gebu gitu. tapi sebenarnya, kaki sangat sakit menampung badan =c

mungkin tu la punca, da dekat sebulan dalam pantang pun, bengkak dekat kaki tak surut2.

4) bersenam/aktif

mm…masa preg icad actually rasa macam super woman gak. time tu lom ade cleaner datang tolong. tapi mata rasa sakit tengok umah tak berkemas. sekali mengemas, menyental lantai, mop bagai, memang aku pun rasa kesian kat diri sendiri.

tapi for mothers, selagi tak keterlaluan, and rasa mampu, elok la aktif2 gak. jangan asek tido. kang dapat baby malas kang.

minggu ni nasir takde, so aku terpaksa drive gi keje..memang parking super jauh, sebab parking yang jauh ni bese x de orang, so konpiden sikit nak parking (eh kesiannya kat diri sendiri lagi. masih bodo driving setelah sekian lama). tapi ade hikmah, dpat jalan jauh sket, siap kene turun naik tangga bagai.

cuma skrg ni kene hati2 gak la, kadang2 macam aritu, penat sangat diri kat dapo sebab masak2, sampai rasa tak best kat perut. trus aku tinggal dapo dengan penuh keadaan sepah ribut taupan, and tengok mickey mouse ngan icad.

5) berpikiran positip and ceria

memang masa pregnant ni..sebab hormon kot..kalau tak rasa nak marah2, rasa nak nangis2. mlm tadi tengok glee pun nanges. aku pun pelik ngan diri sendiri, tah ape mende yang sedeh tah pun tak tau.

tapi kene cepat2 mengucap and tenang kan diri balik. kalau nak mara pun kene pendam2 sket. takmo la melahirkan baby yang pemarah. time pregnant icad dlu, kemuncak tahap emo paling teruk ialah apabila pegi mara boss -_- seb bek boss ialah lelaki and ade 5 orang anak (so dia paham la emo ibu pregnant). dgn hati terbuka dia memaapkan.

sekarang ni kalau stress pun, cam tak tau la..cepat2 bertenang balik.

6) kontrol gula

ni cam bese la. selalu da mention pasal aku serik time pregnant dulu aku diabetic. masih jugak minum manis2, tapi setiap kali pun cam 1/4 gelas je kot. lepas tu balas dengan segelas air masak. aku still percaya, kalau avoid terus, tu yang lagi teringin tu.

nasib baik terjumpa minuman coklat sedap tanpa gula kat watson, nyum2~ boleh minum segelas besa tanpa rasa berdosa, hihu~

orang cakap da de anmum baru jugak tanpa gula. nanti la pegi check btul ke ada.

7) berdoa extra banyak

dulu time pregnant icad, memang banyak berdoa kesejahteraan baby, baby sempurna, jadi anak yang baik nanti, mudahkan bersalin etc

tapi time pregnant, tak banyak  berdoa untuk zaman selepas kelahiran baby. mungkin tu yang depress awal2 dalam pantang dulu. tekejut. ye la, first time ade baby. patut aku doakan aku leh menyusukan bayi dengan mudah, doa supaya senang jaga baby, tak stress etc2.

nak doa jugak, mudah2an kali ni dapat susukan adik icad lama sikit. dulu banyak sangat terpengaruh dengan term2 yang merendahkan usaha ibu2 seperti menyusu secara eksklusip la ape la. tu yang bila produk susu aku da berkurang, and aku da start campur formula, aku da rasa down nak terus kan.ye la, da tak eksklusip kannn….

kali ni taknak obsess and dengar banyak sangat cakap2 merepek orang2 keliling. kene sedar kemampuan diri sendiri. bak kate akak dekat klinik opis ‘continue je menyusu baby, malam2 balik keje pun takpa. siang dia nak susu formula pun biar la. asal kan ada susu awak jugak’. tq akak yang banyak memberi semangat and support.

kalau baca sesetengah laman internet ‘eh ibu2, kamu kene menyusu dan mengepam sebanyak sejuta stok yer. kesian anak bla2’. tak pikir langsung perasaan and limitation ibu2 macam aku ni. kalau boleh kira brapa kali aku amik pil hormon untuk boost susu dulu, haih..

tapi ye la..dulu dhaif. rasa macam kalau da tak boleh tu, gibab trus. sekarang ni aku harap, by the time aku campur formula pun, aku dapat bagi gak susu ibu. yang penting kene usaha.

sebab tu asal terbaca je blog2 ibu yang ade masalah pasal nak breastfeed, pasti akan komen ngan kata2 semangat and support. Allah maha mengetahui usaha kita kan.

ape2 pun, semoga berjaya menempuh lagi 35 minggu dengan jaya. sekarang baru nak masuk week 5 =)

6 Responses to “lesson learnt from last pregnancy”


  1. 1 choclairissa April 13, 2011 at 11:08 pm

    rumet~usaha tangge kejayaan~i doakan mu~doakan i sekali..muah muah rumet~

  2. 2 habibah_yasmin April 14, 2011 at 10:43 am

    erk… baru tau ada ubat gigi khas untuk ibu mengandung… haha… by the way, congratez mie!!! planning to call u but doesn’t find the suitable time yet. hopefully semuanya sihat ye ^_____^

  3. 3 beluncas April 14, 2011 at 6:41 pm

    rumet: ku kenang mu dalam doa ku~~ hehe…aminn..kita berdoa bersama2!

    bib: haha, takper bib. rasa ubat gigi tu pun x best sebenarnya. sedap lagi colgate (err..aku makan ke colgate?). tq bib!!! itu laaa….gosip panjang kite tak habis lagi. banyakkkkk lagiii aku nak korek2 dari ko nih. ehem2

  4. 4 Aimi April 15, 2011 at 6:25 pm

    jamie. kamu dpt baby lg? wow seronoknye!!! bg sikit nasehat2. doa2 ke zikir2 ke ape2 je la. aimi br 6 minggu nih. huhuhu

  5. 6 Aimi April 15, 2011 at 8:07 pm

    okeh. dh siap entry roger aku k🙂 tq mama jamie🙂


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other followers


%d bloggers like this: