Apa perasaan berdua-duaan dengan encik suami?

walaupun tajuk entry cam hampeh, tapi bermaksud baik sebenarnya.

nasir da selamat sampai semalam (sabtu petang) tapi icad tak ikut. icad ditinggalkan dengan atuk nenek kat melaka.

nape? sebab mama icad ni tiber2 la plak kena gi miting kat kl selasa ni, so esok (ari senin) da kene fly balik kl balik.

penatnya, baru je rasa balik dari kl sebab attend wedding rumet selama 5 tahun kat utp (err..4 tahun setengah). tahniah rumet!

and sebab itu la pesan kat nasir tak payah bawak balik icad. bia la icad dapat manja2 kejap ngan atuk nenek, lagipun nanti mama dia leh bawak lik terus lepas abes miting =)

so kiranya, dapat la satu weekend berdua2an ngan encik suami, hoho. ada sket rasa teruja sebab rasa cam da 8 juta tahun tak berdua2an (err..da baper lame kawen ni??). haha..so ape prasaan dia?

mula2 memang teruja and excited. petang tu terus pegi makan2 Berdua, shopping Berdua, jalan Berdua. rasa cam pengantin baru plak, hehe.

tapi sekejap je perasaan tu. dalam kereta terus rasa cam aneh. trus cakap kat nasir ‘hmm…rasa pelik la. selalu ade je si nembam tu memanjat2 sana sini dalam kereta. tak pun duduk men sorang2 kat blakang sambil dengar dia berceloteh..’.

pastu time shopping, rasa cam fes time dalam idup…nampak babyyyyyy je kiri kanan. rasa cam park city mall tu penuhhh ngan baby je tetibe. bukan baby kecik..baby2 yang baya2 icad semuanya T_T pandang nasir, then dia senyum ‘rasa cam tiba2 je mane datang semua budak ni kan. dulu tak penah nampak pun’.

masa makan before tu pun, leh plak terserempak kawan nasir laki bini tengah makan, sambil bawak baby dorang. pastu tengah2 makan, masuk lagi sorang kawan nasir, bawak baby jugak…aaaaaa!!

oh penangan anak nembam sorang ni. walaupun jauh di  mata, rupanya dekat di hatii…

tapi memang di akui, rasa cam fun jugak dapat spend quality time berdua ngan nasir. shopping, makan ape sumer pun jadi cepat and mudah.

and tadi telah pegi massage berdua! aku boring sebenarnya, asal member2 datang bintulu je (err..kebiasaannya member lelaki) mesti komen ‘best la bintulu, byk tempat massage’.

aku duk sini da 2 tahun lebey pun tak penah pegi tempat2 tu. penah urut sekali je, urut tradisional. tu pun sebab saja, sempena da 100 hari abes pantang, mintak makcik tu urut2.

jadi sebab rasa cam tak boleh jadi ni, pegi la try tadi. banyak jugak tempat nak urut, cuma yang kami try tadi nama dia rainforest.

tempat dia cantik, memang ambience light, wallpaper, sofa, bilik ape sumer nampak relaxing je. harga pun ok la. sejam urut RM60. ade jugak pakej2 leh amik..urut ngan reflexology ke..child reflexology pun ade. (hehe..tak leh bayangkan kalau cakap kat dia, icad yang nak reflex =p )

cuma yang rasa susah sket, ialah pekerja2 dia dari China. so tokey je pandai cakap melayu. budak2 tu, english pun tak boleh sgt. seb bek la masa urut tu, diorang da di ajar ckp ‘OK?’, ‘not OK?’.

OK tak OK tu refer kepada kuat tak dia urut? first2 urut tu, aku pun tekejut ‘eh kuatnya’. dia  tanyer je, terus aku sepantas kilat ‘slow, slow’. then budak tu ‘slow? ok’, hehe, lepas tu baru rasa selesa da.

lepas abes urut, dihidangkan dengan secawan air barli panas. mmm….sedap and segar rasa badan.

(Note: tapi massage dia ni untuk orang yang leh tahan je la. memang abes disiku2nya belakang badan, kaki dilipat2 da ala2 orang buat yoga da aku rasa tadi)

oh kalau icad ade sini, tobat lagi sepuluh tahun pun tak dapat massage ngan nasir, haha. kene bergilir la kot kalau nak pun.

takper icad, sok petang da jumpa mama da. jgn luper jemput mama kt klia!

7 Responses to “Apa perasaan berdua-duaan dengan encik suami?”


  1. 1 momo January 23, 2011 at 8:27 pm

    yg member2 laki banyak cakap bes tu sbb ade “extra service”

    heheheh…

  2. 2 beluncas January 23, 2011 at 8:55 pm

    aik…macam berpengalaman je~~~ (“_)

  3. 3 momo January 23, 2011 at 11:31 pm

    pengalaman mendengar orang bercerita

  4. 4 beluncas January 30, 2011 at 12:13 pm

    Jgn riso, utk org laki, ada je tukang massage laki

  5. 5 Klise February 2, 2011 at 5:32 pm

    satu lagi bukan stakat ok dan not ok je diorang belajar. abes session slalunye akan tanya “do you want happy ending?”
    owh tu kat thailand bukan bintulu

  6. 6 beluncas February 3, 2011 at 9:41 am

    cess..makin lama makin aneh komen2 di sini..hahaha. oit arep..ape kite borak ritu, leh share ngn bib x?

  7. 7 Klise February 6, 2011 at 12:01 pm

    owh apa yang diborakkan?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other followers


%d bloggers like this: