Icad Masuk Hospital

Jumaat Malam – 3/12/2010

Icad demam, batuk and sesema. tak rasa ape sgt sebab most likely berjangkit dari nasir yang tengah demam batuk jugak

sabtu pagi – 4/12/2010

pergi klinik kanak2 doktor Ho, and amek ubat

rabu pagi – 7/12/2010

da 5 ari da ni. bese kalau lom baik betul pun, akan kurang jugak. ni tengok sama je. bila siang badan kurang panas, bila malam je panas tinggi.

batuk memang super teruk, sampai icad tak boleh tido nyenyak tiap2 malam. nanti dia batuk, then muntah, then melalak.

suda berasa tidak best. bercadang bawak ke klinik pas keje nanti

rabu malam – 7/12/2010

bawak ke klinik lagi. and doktor Ho macam cakap mungkin sakit lain. and dia suruh pergi x-ray dekat hospital bintulu.

agak rasa tak best hati ni, tapi mungkin jugak tak ade pape. pergi hospital dengan hati yang degup2.

sampai sana, register kat kaunter kecemasan, and tunggu. lama jugak nak dipanggil pegi amik maklumat icad, then x-ray. icad sempat muntah sepam kat ayah dia. rasa sedey tengok si kecit yang tak bersemangat and lemah tu.

lepas x-ray da sudah, tunggu sekejap lagi, then jumpa doktor. lepas check2, doktor cakap, ‘dia kene tahan wad ni, ada lung infection. kamu tunggu sekejap, nanti nurse panggil tuk masuk wad’.

sementara tunggu, air mata keluar mencurah2 cam air paip. nasir pegang tangan and cakap ‘takper la..sabar kay’. wth is lung infection?? ape maksud?? serius ke tidak?? nasir pegang icad, aku takleh nak tengok pun muka icad time tuh. rasa sebak sangat.

lepas tu kene panggil pergi katil berdekatan (bukan wad lagi). dorang cakap nak suh icad pakai tiub kat idung tuk oksigen. aku da tak kosa nak banyak tanya, ikutkan je la.

masalahnya icad rimas and melalak lagi. si kecit ni da kuat, dia rentap je tiup tu setiap kali pakai. so pujuk2 sket bagi tertido, then masa tido pegangkan kat idung dia.

oh sempat plak tido menonggeng. sampai nurse and doktor gelak2 tengok dia tido. baru la aku dapat senyum and relax sket. rasa tense sangat sebelum tu.

masa ni da suh nasir balik amik baju, pampers, botol susu etc2 ape bagai. ngan selai baju aku. aku masih pakai baju keje lagi dari tadi.

bila ahirnya pegi ke wad kanak2, sengsara lagi tengok dorang amik darah icad. kalau sekali cucuk, dapat darah tak ape. ni smpai 5 6 kali cucuk. icad da meraung kesakitan da, meronta2 ngan ebat. aku sampai terpaksa cakap ‘kita cuba lagi esok pagi je la’ (tak sampai hati tengok).

‘tak boleh, nak amek sample darah untuk lab test. nak masukkan air lagi’. haih. bila darah da keluar, kene drip air plak. sian si tembam ni rimas,meradang la dia kejap. sepanjang duration kat hospital, selagi ade drip air tu memang dia asek ‘suruh’ tanggalkan je.

tapi alhamdulillah, masa sepanjang kat hospital, memang nampak batuk dia kurang banyak, especially lepas doktor bagi antibiotik (walaupun setiap kali bagi, icad meradang nangis2)

aku: nurse, sakit ke masuk antibiotik ni?
nurse: yang satu tu tak. yang satu lagi tu, isk, kita yang orang besar ni pun sakit, baby ape la lagi
aku: (padan la..)

icad langsung tak muntah. kat rumah aritu, ari2 muntah.

khamis – 9/12/2010

malam rabu tu, suhu badan dia 39. tapi ari kamis suhu turun perlahan2. tapi batuk masih batuk. selera makan belum ada, tapi da mula nak banyak sket minum susu. bila doktor datang pagi tu, dia tanya:

doktor: minum ade banyak?
aku: belum macam bese, sikit2 tu nak jugak
doktor: ada aktif, ada mau main?
aku: tak aktif, tak nak main
doktor: kencing ada, berak?
aku: ade kencing, berak belom

tapi menjelang malam tu, icad da mula nampak nak main, da seround jugak la dia tekedek2 round dalam wad.

jumaat pagi – 10/12/2010

doktor cakap icad da boleh keluar. nampak dia respond well to the antibiotic, most likely semua kuman tu da mati. cuma sebab da luka kat dalam, akan amik masa sikit nak baik, so batuk tu akan ade lagi sikit2 dalam seminggu lagi camtu (ini la the best yang aku boleh pahamkan dari ape doktor cakap)

tapi kat rumah kene tengok2 kan lagi icad, continue lagi bagi ubat. takperla..da 3 hari duduk wad, aku and nasir pun da rasa tak sabar nak keluar (eh eh, mak bapak yang tak selesa yer duk wad? =p )

memang la tak selesa…suda tentu tak boleh compare ngan hospital swasta. tapi alhamdulillah, semua staff baik2, peramah and very helpful. kekurangan macam tak ade katil khas nak tido (ada kerusi je), bilik air yang gitu2 je thp hygiene nya, and kene bawak sudu garpu mangkuk bagai sendiri, sumer tu aku leh paham and trima. (tapi cukup la 3 ari… kalau lebey lg, tak tau la camne)

jumaat petang, keluar hospital dengan riang. tapi rupanya, sangat sengsara kat rumah nak bagi icad ubat. oh ‘beruang kecit’ yang tak nak makan ubat T_T nasir kene pegang ngan jitu, sambil aku berusaha nak pastikan setiap drop dapat masuk. biar la icad benci aku pun pasni sebab paksa dia makan ubat ngan brutal tp dengar sini icad. ‘biar nangis skrg, jangan bagi mama nangis kalau icad masuk wad lagi’. kalau tak kuat semangat, memang akan stop separuh jalan bagi dia ubat tu, sebab kesian..

alhamdulillah…demam da tak ade, cuma batuk2 and sesema sket2 lagi. dia pun da selera susu and nak makan. ya Allah, tolong la sembuhkan icad sepenuhnya. sebab at least kat wad, ari2 doktor check, tengok condition, skrg kat umah, takut aku tak peka sama ada dia da baik btul or lom. takper, nanti pas ni jumpa doktor lagi.

kepada sape2 yang baca entry ni, mntak doakan icad cepat baik kay.

orait, itu aje. bawah2 ni cuma la gmbr2 and link2. bye.

to know more about lung infection (pneumonia) sila baca link ini:

1) http://en.wikipedia.org/wiki/Pneumonia

2) http://kidshealth.org/parent/infections/lung/pneumonia.html

1) kaki si kecit yang kene cucuk, uuu, sedeh

2) ini la wad tempat icad di asingkan! hehe, acah je, tak perlu pun asingkan icad. katil sumer penuh malam tu. tapi pagi esoknya bila ada kosong trus kene tendang pegi katil kat luar =c

3) tido ngan aman setelah sekian lama..

4) okay, mari angkat punggung~~

7 Responses to “Icad Masuk Hospital”


  1. 1 ulat gonggok December 13, 2010 at 11:22 am

    jme..lama x bersua..hehe..semoga icad yg tembam tu cepat sembuh yer..

  2. 2 Fairuz Yusof December 13, 2010 at 2:41 pm

    Icad, semoga cepat2 sembuh.

    Jamie & suami: Harap bersabar dgn dugaan, doa byk2. Semoga keadaan kembali ok.

  3. 3 icad December 13, 2010 at 10:56 pm

    ouh.. rambut da panjang. tp tak lebat..
    badan pun suda kurus..

  4. 4 icad December 13, 2010 at 10:58 pm

    opss lupe satu lagi… msti u tgh tulis karangan nih pun .. air mate mencurah2 cam pili bomba.. huhu

  5. 5 beluncas December 14, 2010 at 9:40 pm

    momo: jgn la tulis komen guna nama icad! eeee!

    fairuz: tq =)

    liha: makcik!!! rindu ko!!!! nak jmpa rayyan jugak!

    hmm..updet terkini (as of yesterday), blood test dia ckp positip h1n1. so mgkin tu yang nyebabkan pneumonia dia tu.

    tp alhamdulillah, nampak 2 3 arini makin baik and ceria. doktor ckp batuk and flu dia tu mmg akan take time nk baik tp at least dia stabil.

    lgpun parents aku ade kt umah, jd byk org nk melayan si kecit tu..dia pun hepi dimanja2 sumer org. cess..jd budak kecit mmg seronok.

  6. 6 ummisaeed December 17, 2010 at 2:20 pm

    aww sorry to hear that…alhamdulillah responded well to antibiotics.

    ‘aatikah’s was a bit worse. started from pneumonia, sampai kena buat surgery to drain out all the liquid, abscess etc. 17 days in the hospital…habis gone annual leave…hehe nasib baik bersalin right after that…dapat la cuti 2 bulan.

  7. 7 beluncas December 18, 2010 at 1:28 pm

    itu la, senang btul kan bebudak kecit ni sakit! skrg cam da trauma, rasa tak tau camne nk protect dia in future dr benda2 camni.

    smlm pegi check doctor, da x dgr ade liquid dr lung dia, alhamdulillah. just batuk2 bese.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other followers


%d bloggers like this: