A cat’s tale

masa aku baru lahir, adela dalam dua tiga bulan gitu, tuan aku encik paci da malas membela aku. so dia pun offer2 kat kawan2 dia, ade sape2 tak nak amek kucing2 dia (mak aku dan adik bradik aku). ahirnya, ade seorang tuan nasir sudi menerima aku.

hari pertama aku datang rumah tuan nasir (dekat abf housing), aku melalak sesungguh hati. ‘i want mommy..i want mommy!’ tapi yang tuan nasir dan puan jamie dengar cuma la ‘meoowwwww…meowwwwww!’

mesti dorang sakit jiwa. aku pun sakit jiwa gak. sedey btul, aku nak mak aku, adik2 aku…uuuu..

pashtu aku geram..aku kencing kat sofa dorang. nah! amek korang!

tapi dorang sungguh sabar. walaupun adela seround keliling rumah jugak tuan nasir hambat aku, tapi dorang still kasik aku tido dalam.

then aku kene kurung seminggu dua dalam bilik air, untuk ajar aku buang air kat tandas. dorang ingat aku bodo sgt kot. aku tau la nak buang kat tandas,aritu tu aku dendam je, huhu.

lama2, aku rasa best jugak duk sini. makan cukup, dapat tido kat sofa, tuan aku pun rajen main2 and belai2 aku.

pashtu aku di upgrade naik tarap tido kat bilik tido. walaupun puan jamie tengah ngndung, tiap2 malam dia bagi aku tido atas perut dia. em, lembut, cam sofa gemok.

ahirnya, tiba la saat keremajaan aku menjadi anak dara rebutan. masa tu bese la, cam anak remaja lain yang liar, seminggu aku tak balik rumah, gi menggatal.

aku ade je dekat2 situ, nyorok2. aku dengar tuan nasir and puan jamie dok round nek moto (moto ni kepunyaan kawan dorang, en hafiz) sambil jerit2 panggil nama aku. tapi aku buat donno. aku lom nk balik. alaa..sibuk je tuan2 aku nih.

yang aku tak tau, puan jamie punyer la melalak berhari2. mak tuan nasir cakap, kalau kucing lama tak balik tu, bese da mati. isk, aku kan idup sehat ni.

so lama2 sebab da bosan berpoya2, aku pun balik umah. seb bek dorang lom bela kucing baru, muahaha. tapi aku x balik ngan tangan kosong, aku bawak cucu untuk dorang. aku da bunting!

ahirnya tiba la saat aku nak melahirkan. patut la aku moody semacam. tak nk makan lagi. masa tu tuan nasir and puan jamie tengah sibuk packing barang nak pindah rumah baru (signature park). nak cepat pindah sebab lagi seminggu tu puan jamie da nak balik cuti maternity and balik melaka.

tengah dorang sibuk2 tu, stop la kejap nak nyambut aku beranak. sakit rupenyer beranak ni, da la fes time. aku tengok puan plak lebey2 nangis sambut anak aku. eleh, bajet macam ko plak tengah beranak.

lepas tu, tiber2 muncul replika tuan nasir and puan jamie, tapi tiny version. mahluk ni selalu merangkak2 kat aku, mula2 dulu ingat kucing len, tapi takde bulu.

suka plak tu tarik2 ekor aku, kaco aku nak makan, tarik2 bulu aku. oo..lama2 baru tau, ni tuan nombor tiga, tuan icad.

senang citer, idup aku bahgia la ngan tuan2 aku ni. sampai la dorang pindah umah skrg (beverly hill), aku and anak aku tommy tetap setia di heret bersama.

aku pun hari2, tiap2 petang akan sambut dorang balik keje.. tiap2 ari tau. tiap2 ari….tiap2 ari…

sampai aku mati kene lenyek secara tak sengaja sebab meluru kat kereta dorang. maka mati la aku dalam iman. sekian.

note: di tulis sempena mengingati pemergian kucing tersayang, adek aka paci. tak tau kucing kalau da mati pegi mana, arap2 ade syurga kucing yang indah permai untuk adek.

8 Responses to “A cat’s tale”


  1. 1 zaza November 13, 2010 at 8:21 pm

    T_T teringat2 time dia kecit kat housing dulu

  2. 2 Serr November 13, 2010 at 8:44 pm

    aiiihh… so sweet and klako. last2 sedih😦

  3. 3 beluncas November 14, 2010 at 12:13 pm

    ye korang.. malam kene langgar tu ade la sejam kot aku melalak sekali T_T

  4. 4 Klise November 15, 2010 at 10:04 pm

    Ko yang langgar Ke? Guilty xD

  5. 6 icad November 16, 2010 at 11:23 pm

    uuu pi uuu! bye nyau~

  6. 7 beluncas November 17, 2010 at 8:09 am

    bengong momo. siap guna nama icad, cet. aaa…sedey….icad da x dpt buli nyau2

  7. 8 icad November 23, 2010 at 11:54 pm

    i bukan momo ah.. i icad..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other followers


%d bloggers like this: