My Beautiful, Wonderful Consultant

(This is not Mother’s Day, but I wish to dedicate this Entry to my beloved Mother)

Hubungan aku dengan mak aku, sepanjang aku membesar, boleh la aku simpulkan sebagai tidak serapat mana.

andai kata pernah dulu mak ayah aku decide untuk berpisah ke, pasti sangat mudah tuk aku buat decision, dengan siapa aku nak tinggal. tentu aku pilih ayah.

aku selalu rasa tak cukup disayangi, selalu kene marah untuk benda remeh temeh, selalu kene buat something sebab kene suruh oleh mak.

and apetah lagi, mak orangnya panas baran. aku pulak jenis yang memendam rasa.

dari kecik sampai besar, aku tak boleh nak ingat, berapa juta kali aku nangis senyap2, malam hari. banyak sangat makan hati dengan mak.

bila aku zaman remaja, aku da start rebellious sikit. aku rasa macam masa ni la aku da brani nak melawan balik. tapi kesudahan anak derhaka memang tak bahgia. aku rasa macam timun. gelek durian pun aku yang teruk. di gelek pun teruk.

and aku tak boleh nak paham, nape mak orang len macam kawan ngn anak dorang. mak aku takde pun cam bespren aku?

tapi bila aku masuk uni, da nak bekerja, mak mula berubah.

semakin berusia, mak kurang marah2, walaupun kadang2 masih ada. and mak da mula merapatkan diri dengan aku, cuba ambil tahu lebih banyak pasal anak dia nih.

tapi aku yang ego. bayangkan betrayal yang aku rasa selama 20 tahun, suddenly nak dilenyapkan dengan effort beberapa tahun kebelakangan ni je? bagi aku: WHY NOW?

tapi ego kan memakan diri je. dalam perit proses nak menerima perubahan mak, aku tersedar, aku pun patut berubah.

ini kan mak aku. orang yang bersusah payah besarkan aku. hidup mak bukan senang. mak tak keje. ayah gaji nak menyaport anak empat orang. dalam sedar tak sedar, aku tau sebenarnya, setiap sen mak dapat dari ayah, ahirnya habis kat anak2 dan keluarga balik.

kadang2 sempit2 tak ada duit, mak curik2 pinjam dari nenek, tak bagi tahu ayah. sepanjang aku ingat, setiap pergaduhan mak ngan ayah, mesti sebab anak2.

mak bukan cam pompuan typical, jenis merajuk2 orang lupa besday ke, tak romantik2 ngn dia ke. kalau dia merajuk tu memang ade la hal besa..yang besenya, mesti hal anak2..

5 tahun kat skolah asrama, mak yang basuhkan semua baju2 aku setiap wiken, siap bergosok cantik.

kalau anak2 da lama x balik tiba2 balik, mula la mak masak sedap2. nasi tomato, nasi mustika, laksa, or lauk2 feveret anak2 dia. empat anak, empat tekak, empat selera.

and mak pandai bercerita. kalau cerita seram, or citer hal2 teladan, siap dengan suara, mimik muka. selalu terhibur dengan cerita dia.

jadi sape cakap mak2 mesti kene jadi bespren ngan anak2? bergosip cam kawan2 remaja? bila aku kawen ngan nasir, aku semakin sayang mak aku, sebab aku tengok cara nasir sayang mak dia.

kalau dengar nasir borak ngan mak dia..mmg hal remeh. hal kucing2, hal jiran2, pokok2 cili, kebun2, kucing balik.

kadang2 macam sama je stiap kali. tapi dorang enjoy berborak sesama sendiri. takde pun kene amik tau hal2 personal?

kadang2 sibuk membanding mak orang lain dengan mak sendiri, tak nampak keistimewaan mak sendiri.

kalau ade sape2 berdarah seni dalam kuarga aku, mak je la sorang kot. mak pandai sketch. nanti anta tempah baju raya anak2, mak siap sketch kan cantik2 tuk tukang jahit tu senang paham.

and aku percaya kan mata mak. sebab tu masa wedding aku, aku banyak involvekan mak. mak yang pilik kaler theme wedding aku. aku ikutkan aje. dr kaler tu, aku pilih nak baju design mcm mana. sama2 pikir. memang ni wedding aku, tapi ni jugak majlis pertama mak buat, nape nak ego sangat ikut kepala aku je? bukan ke parents yang paling excited anak nak kawen? bukan ke parents tau ape yang terbaik untuk anak2?

and skrg, da kawen. aku sibuk tepon mak. “mak macam mane ni, ade ramai kawan nak datang. tak geti bajet nak beli barang banyak mana, nk masak ape??”

nanti mak ngan bijaksana. “berapa orang tu. cuba try beli banyak ni dulu. cuba masak ni… ke? senang je nih”

asal tak tau resepi, akan lari ke mak dulu, baru menggoogle. tekak johor mak, mesti la sama ngan anak dia nih.

bukan resepi je, hal2 umah, hal2 baby, macam2 la, mesti tepon mak… sampai nasir ajuk “haa, nak pegi tepon Consultant Melaka dia la tuh”. cesss.

memang. mak memang Consultant terbaik aku. aku menyesal tak menghargai mak sepenuhnya selama nih. aku bersyukur aku dapat berubah dan bukak mata skrg, drpada menunggu mak da menutup mata.

semua orang (termasuk mak2) ade kekurangan. skrg bila mak marah, aku senyap and berlapang dada. aku da paham, mak kdg2 mara mgkin tekanan benda lain. mak aku bukan pegi parenting class ape bagai, dia belajar, sama macam aku..along the way.

kalau mak masih dalam proses belajar menjadi mak, aku yang da jadi mak orang ni pun, tentu boleh belajar cara nak jd anak yg lebih baik..aminn.

aku sayang mak.

p/s: hoho…ok..da 2 ari x tepon mak. berguling tuk calling2 dulu~~

4 Responses to “My Beautiful, Wonderful Consultant”


  1. 1 momo October 22, 2010 at 10:31 am

    kamu mmg sangat pelik.. hohoho.. isu nih da lame da..skang baru selesa ye..

    nih msti kes tade je2 kat TA ABF nih.. ade mase pula nk wat story mory..

    ah, cite kamu menusuk ati ah.. nk gi panggil mak kamu bace ah camni.. =o-

    • 2 beluncas October 22, 2010 at 6:02 pm

      haha..selesa ke selesai mo? selesa or selesai..dua2 pun btul.
      btul kan, mmg da sgt lame. igt lg nangis2 kt cafe v3 dulu time citer pasal nih, huhu. takmo da kecik2 ati, makan2 ati lg ngn mak, sob2.

      hehe…ni karangan malam, masa suami tak balik TA lagi, jeng2

  2. 3 momo October 23, 2010 at 12:03 am

    i pun baru nk tulis balik “selesa or selesai” pun same je meaning die.. huh!

    so, yg untung ialah icad ah.. tade ah die makan ati ngn mak die yg da termakan ati nih..

    hohoo.. gambar raya tu cam notty aje icad.. cam senyum nakal n mau tolak kamu jauh2 =D

  3. 4 beluncas October 23, 2010 at 8:43 am

    haha..sumer gmbr raya dia cmtuh. yg gmbr raya satu famili tu tgk x? dia tgh tendang angah, truk btul,haha


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other followers


%d bloggers like this: