Mama Icad membebel~

oh sgt penat. malam tadi baru tiba dari kuching, sgt gembira and tak saba2 nak balik bintulu, haha. sebab da seminggu kat kuching, walaupun seronot jalan2, tapi sgt lega dpt berehat kt rumah sendiri.

tapi hari ni nak story mory pasal post-pregnancy myth (at least untuk aku la).icad da ampir setahun, so sronot jugak mengimbas kembali.

myth number 1: lepas beranak, dah tak ada period pain.

sebenarnyer, ada je lagi. tapiiiiii…… somehow, rasa sakit tu more tolerable. sebab da tau contraction masa beranak lagi super duper triple sakit, so nak compare ngan time period, memang mcm sikiiit je la. tapi still ade je lagi. and aku rasa, pas da 2 3 tahun, da lupa sakit branak mcm mana, mesti rasa period pain ni akan jadik macam hebat balik.

myth number 2: tak perlu beli baby stroller

ni kawan aku la nasehat nih. dia cakap budak bukan nak sgt pun duk stroller, pashtu nanti nak kene berdukung gak.

seb baik la kitorang beli gak stroller, murah je, RM99, hoho. sgt berguna nak bawak icad yang semangat sopping2. skrg stroller tu mmg tinggal trus dalam kereta. mmg la dia x nak duduk situ all the time, tp at least boleh la nak letak kejap2, tidorkan dia dalam tu, bg susu dalam tuh. sgt berguna!

sgt berguna smpai kan kitorang purchase lagi satu stroller yang ringan and boleh lipat2 jd cam payung untuk purpose traveling jejauh nek flight.

myth number 3: pacifier menyebabkan gigi joe

ni sumer org ckp.. and aku pun percaya.. siap masa mula2 dulu menentang keras tak bagi icad pakai. tapi sebab dia suka nak menyonyot, so bagi la. malahan dia da besa ni..lg sgt perlu pacifier. sebab icad akan masuk sumer mende dalam mulut dia, sgt bahya. ada pacifier ni, at least dia akan main2 je benda2 tu tapi x masukkan dalam mulut.

truth is, gigi susu dia memang x lawa, hehe. tapi x la joe. so ok la kot. kalau gigi kekal sok joe, kene la ayah dia blanjer pakai kan braces, miahaha.

katil baby.

oh yang ini bukan myth, tapi pasal katil baby. kitorang x beli katil baby pun.. sebab akhirnya memang rasa unsecure nak jugak dia tido sebelah (masa dia kecik la). skrg ni da besa..mana2 pun dia leh tido tergolek.

beg sandang

kalau untuk ibu2 yang sentiasa akan travel berdua.. (sama ada dgn suami, ibu, siblings, bibik etc), tak perlu sgt kot beg sandang nih. betul ke beg sandang nama dia ek? ala, beg cam budak sekolah pakai tuh.

untuk ibu2 yang mcm aku, kdg2 travel sorang diri, nak kene mendukung baby lg, mmg nak minimize sbyk mgkin beg, and nak freekan tangan.

da la anak hero bertuah aku ni takmo duk dalam baby carrier, kene la mak dia dukung je. and tgn kene la free2kan tanpa ade extra  benda nak di bawak. so susu2 dia, pampers, baby wipe segala macam brg2 baby, terpaksa la aku pakai beg sandang. handbag pun aku sumbat dalam tuh. sgt berguna gak, sebab senang nk capai botol susu dr kiri kanan beg. compare ngn bawak beg baby yang satu tali kene sangkut kat sebelah bahu, beg sandang lg berguna and mudah.

kandang baby

bunyik macam zalim pulak kandang,hehe. tapi yang ni la life saver nombor satu aku. dulu selalu risau icad akan merangkak2, bergolek2 jejauh kalau leka… skrg ade kandang baby ni, at least dia ade ruang yang luas tuk bermain and jugak tuk mengurung dia tanpa dia rasa rimas.

tp ade keburukkan jugak. bila bawak icad rumah org, even balik kampung, kene extra mengawal dia..sbb selalu mcm relax sket ade kandang. smpai tempat orang yang tak ade, rasa mcm kene double alert tengokkkan dia.

buai

ni pun sama la nih, benda2 yang aku menentang penggunaannya, hoho. (tp beli jugak). skrg x pakai da (tapi nenek dia mmg x leh tidokan icad kalau x de buai, begitu jugak org yg jaga dia). so icad masih pakai buai kalau balik kampung or kt umah penjaga dia. sbenarnyer nasir adelah pakar penido icad. kalau aku da givap, mmg pas kat bapak dia je =D

jd terpulang la nak beli ke tak. tapi kalau x pakai buai..mmg extra effort tuk tidokan baby. mmg penat, aku siap da ade lagu lullaby nasyid ciptaan sendiri da. mcm2 cara nak tidokan icad, kene nyanyi2, bribe dgn susu, usap2 kepala, tepuk2 peha/bontot…kdg2 da terlelap, then tiba2 terjaga balik and segar bugar…fuhh..mmg perlukan kesabaran tahap tinggi.

air-cond

icad tak leh survive takde air-cond. at least kalau nak tido kene ade. tertanya2 ade lagi tak baby zaman kini yang boleh survive takde air-cond, huhu.

smpaikan last week, masa kat umah mertua aku, tengah malam tu terpaksa kitorang keluar check-in hotel, sebab dia melalak2 kepanasan tak boleh tido..isk2.

halia (ini untuk ibu, bukan baby yer)

halia is super duper good. tapi bukan untuk menguruskan bdn sebab aku x kurus2 pun dok sapu losyen halia tu,haha. tapi bagus tuk buang angin, tuk melawaskan pembuangan dan surprisingly bagus tuk kesehatan dalaman wanita.

lepas abes ubat2 dalam pantang aku..aku memang putus jamu trus, only recently baru aku start amik jamu. in the mean time tu..mmg aku banyak makan halia. alhamdulillah, mmg aku dpt rasa perubahan. malahan rasa mcm lebey bagus and sehat dari before beranak (kaum2 ibu yang ingin bertanya lanjut, bole tanyer directly, nak tulis detail dalam blog mcm susah, kang org ckp cerita2 terlampau plak)

itu sajala… yang penting, len baby, len kerenah and ragam dia. every baby is unique, sama la ngn kita sumer ni. ade method yang suit certain baby, ade yang x. yang penting, once da dpt pattern baby kita, stick to it.

8 Responses to “Mama Icad membebel~”


  1. 1 madol June 13, 2010 at 12:15 pm

    jamie, next month aku gi kuching!!!! yahoo!!! kalo ko ade sana leh aku nk tgk baby..hehehe

  2. 2 beluncas June 13, 2010 at 4:08 pm

    ngap2… kalau ko singgah bintulu leh la jmpa baby… bintulu-kuching tu adela dekat 8 jam kot kalau nk drive..agagaga ko wat per kt kuching??

  3. 3 momo June 13, 2010 at 10:57 pm

    mama icad gemouk~

  4. 5 madol June 14, 2010 at 3:13 pm

    wahahaa..jauh gilee kot!! saje jalan2 makan hangin b4 melarikan diri ke Ulu Klang..hahahaha

    • 6 beluncas June 14, 2010 at 7:39 pm

      sila2…ape menarek ek kuching..kuching waterfront ok la kot.. gi pasar satok kalau nk shopping ikan trubuk..tp since aku x makan ikan tuh, lalu2 je kt area situ. gi kampung boyan (village baruk nama kedai tuh) kalau nk makan seafood, tapi seafood melaka lagi terbaek kot.

      shopping mall paling besau ialah the spring..ok gak gi situ. lg senang leh sewa keta je kot..sng nk jenjalan.

  5. 7 nadxoxo June 14, 2010 at 8:21 pm

    tenkiu jamie atas nasihat berguna!

  6. 8 beluncas June 19, 2010 at 10:03 am

    aaa nad..ape result check gula ritu??


Leave a comment




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other subscribers