Manusia merancang, Tuhan menentukan

Bulan ini memang bulan yang bercelaru. semua yang dirancang tak menjadik. bukan aku mengeluh, sebenarnyer lebih kepada kagum dengan kuasa Allah. semua perancangan bertukar 360 degree trus! subhanAllah.

dari awal, semua plan nampak perfect. balik melaka 3hb june lepas kerja, then cuti sampai 7hb june melawat ibu bapa, then fly ke kuching sampai ujung minggunya.

kemudian…. kami dikejutkan dengan beberapa peristiwa:

mula2 berita kematian ibu seorang rakan..

then aku nak kene fly balik KL untuk meeting pada 20hb May. (agak mengang sebab last minute tau and agak mengang sebab bukan ke lagi 2 minggunya da nak balik da)

selepas berdiskusi dengan suami, aku decide pegi je meeting tu (macam la boleh kalau tak nak pegi pun, ehek), balik rumah parents aku for the weekend, tinggalkan icad dengan mak ayah. reason nombor 1 tinggalkan icad “sebab da nak balik da x lama lagi, kesian dia turun nek flight”. Reason nombor 2, “dapat la berdating2 dengan suami!”

(tapi sebagai ibu yang berhati nurani lemah, aku tetap jugak beli tiket flight balik untuk icad, mana la tau kot2 berubah pikiran kemudian)

alang2 da kat rumah, ari sabtu bersamaan 22hb May, ingat nak melawat rakan aku yang baru kehilangan ibunya tuh. tup tup..

nasir telepon cakap ayah mertua aku (aku panggil sebagai ‘abah’) masuk ICU…

jadi sabtu tu melawat abah di hospital segamat

keadaan abah.

pada ketika anda membaca berita ni, abah da pun meninggal dunia, seminggu lebey jugak la dia terlantar di ICU. pada ari pertama aku melawat dia tuh, abah masih sedar dan abah mintak nak tengok icad.

mula2 nurse tak kasik, sebab kanak2 and bayi memang tak boleh masuk. takut jangkitan kuman dan sbgnya.

kemudian nurse bagi jugak, dengan sifat ehsan, sebab menurut hospital, abah da di kira nazak.

hati mana la tak sayu tengok abah pegang tangan icad and usap2 dia. nak cium doktor tak bagi, lagipun abah pakai oxygen mask..

ya Allah, terima kasih sebab bagi abah peluang jumpa icad dalam keadaan mindanya masih sedar. keesokkan arinya je, abah da x kenal orang, dan perlahan2 da tak boleh bercakap…

semalam sempat la aku menghadiri tahlil malam pertama. wangi bau abah yang da siap dimandikan. semoga Allah melindungi abah dari seksaan kubur dan api neraka, aminn.

hari ni (1 june) aku da fly balik ke bintulu sebab kamis ni kene kerja (nasir je yang tinggal sana). minggu lepas ngn minggu ni sikit da emergency leave, yang ari kamis ni je bos tak bagi cuti sebab tak ade orang kt opis.

tak ape la.

petang kamis ni jugak akan fly balik smnnjung, sebab tiket sumer da beli siap2, kan ritu rancang konon2 nak balik riang 3 june tuh. minggu depan kami akan tetap bercuti la macam biasa..biar la orang nak cakap, 3 minggu tak masuk opis.

tapi penat jugak. pegi balik pegi balik. kalau boleh membakar kalori nek flight kan bagus. sebaliknya kalori plak bertambah, hoho.

arini sampai rumah, tengok kucing2 sumer kelaparan. nasir ade pesan kat kawan kitorang suh campak2 biskut dr tembok blakang. trima kasih la.. memang x sempat aritu nasir nak uruskan. dia rush nak balik. amek flight pun terpaksa dari miri sebab dr bintulu flight da petang.

begitula ceritera perancangan yang haru biru jadinya. memang penat spjg 2 minggu ni. rasa insaf sekejap. rasa saspen pun ada..tah ape kejadian yang tak disangka2 yang boleh tiba2 menimpa agaknya minggu depan nih. malahan lagi sesaat ni pun kita x tau n x boleh nak agak =)

6 Responses to “Manusia merancang, Tuhan menentukan”


  1. 3 rama_rama June 1, 2010 at 9:37 pm

    penat pegi balik pegi balik x pe Umm Icad.. aslkn sempat abah kmu jumpe n tgk icad kali terakhir~~ al-fatihah.

  2. 5 zaza azlan June 2, 2010 at 3:48 am

    sedeynya baca..nasib baik icad sempat jumpa atok..
    haritu naser ada mintak tolong anta gi epot miyi, tapi lan2 gi offshore pulak..nasib baik terjumpa zak kat epot..murah rezeki dia.

    jme! gi kuscing watpe, jalan2 eh. bila ko free? aku nak gi mintulu nih hehe..mish yu n icad n lan2 mish nace too [sebab takkan ai mish nace plak. tapi kalo tak sebut mish nace, kang nace kecit ati hoho susah2 je]

  3. 6 beluncas June 2, 2010 at 11:55 am

    g kuscing ngikut naser ade training. tp ritu telah memaksa dia stay lebih satu ari supaya dpt la berjalan2 sket, hehe.

    ai malik mintulu mgkin (eh nape sumer start ngn urup M?!) 12 or 13 june. tapi rasa nak memujuk naser suh amik flight trus dr kucing ke miri, leh amik keta trus nnt. kalau ai yang gi miri, mesti la nk singgah umah yu cubit2 pipi syaura! pape ai kabo nanti.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other followers


%d bloggers like this: