Mood Rojak

lama sangat tak update blog. tak ade mood barangkali. jangan continue baca sebab kat bawah ni, mostly emo je. lagipun da jemu plak malam ni men FB. update blog la pulak.

Arini pun, mood bercampur baur. aku agak sedeh sebab mak mertua aku sakit and ade kat spital. nasir dan icad da balik pergi tengok dia. kalau keadaan masih teruk or bertambah teruk, aku akan menyusul balik.semoga mak cepat baik dan sembuh cepat. lemah je suara dia bila call tengahari tadi.

meronta2 rasa hati ni takmo duduk sini. balik keje petang tadi dengan longlai, sebab kat rumah tak ade orang. aku memang penakut, aku mengaku. tapi rasa sunyi lebih tidak best rupanya dari rasa takut..hmm..

dalam masa yang sama, sedikit happy bila dapat tahu, adik aku berjaya jadik 7 finalist cuti2 malaysia tajaan MAS (refer entry sebelum ni). happy jugak sebab teman baik yang comey dan sweet sentiasa, da selamat melahirkan baby girl yang super comey and chantek, macam nama dia jugak. selamat datang baby syaura! nanti aunty dengan icad pegi miri lawat2 syaura and mama kay.

agak sayu jugak sebab banyak teman2 kat kampeni, akan transfer balik semenanjung. tah biler dapat jumpa2 dorang lagi. dalam ati terpikir, bila pula aku nak balik semenanjung.

tak ade ape yang aku benci kat bintulu nih. semuanya okay. orang2 sini sumer baik2. kedai makan pun da tau mane yang sedap mane yang tak. rumah yang duduk sekarang, walaupun serba sederhana, tapi cukup sempurna da untuk keluarga kecik aku. yang tak bagusnya, bila hal2 emergency macam ni, kami jauh nak balik. at least kalau kat semenanjung jugak, bulih la nak drive sepanjang malam ke bagai (assuming kalau duduk kat perlis nak balik melaka).

mungkin yang aku tak brape bahgia ialah dengan kampeni sekarang nih. bagus kampeni nih. dan aku tak pernah salahkan boss2 ke ape ke untuk ketidakbestan prasaan ati kat kampeni nih. cuma aku tak tahan dengan policy nya kot.

staff2 kene outstanding. banyak cakap. banyak join company activity yang tak work related. kenapa aku tak boleh duk diam2 buat keje aku je? kenapa aku kene join itu ini di luar office hour aku.kene banyak buat initiative?

8-5 kat opis. balik opis, amik baby. itu ini tau2 da kul 8 9 malam. baby pun tido da. kualiti time aku pun tak ade. pashtu weekend yang berharga kene korbankan join aktiviti2 ini.

bukan aku anti social. aku pegi jugak ape. cuma dont expect me to go to ALLLLLL event tuh… and make it a criteria to determine my performance rating. (kalau da cakap omputih ni meaning da marah la ni, haha). and compare me to orang bujang single mingle yang banyak masa or mak2 yang ade maid, or yang duduk sekalik ataupun dekat2 ngan mak/mertua dorang (meaning keja rumah ade orang membantu, nak tengok kan anak masa weekend kejap2 pun ade orang. aku? ade sape? hanya ade aku, and suami je)

what to do… aku menunggu bulan enam je sebagai detik penentuan. semoga berite yang baik diura2kan tu, akan betul2 terjadi. jika tak jadi, then aku sendiri kene pikirkan ape aku nak dalam idup aku.

tak ade rahsia pun yang aku memang nak jadik suri rumah. sentiasa nak. sentiasa nak. cuma tak tau da mampu tak ekonomi keluarga. orang cakap aku malas nak keje. ape dorang ingat jadik suri rumah tak kerja ke? lepas pantang and sebelum start balik masuk keje, aku da rasa da jadik suri rumah. tak ade pun dapat tido ke smpai tengari, golek2 riang. banyak je keja nak buat.

orang cakap gak, aku kate malas nak join event2 kampeni sumer ni,alasan je. padahal aku memang tak aktif pun dari dulu lagi. memang betul. sangat betul. kalau kat sekolah dengan kat utp pun aku tak aktif sebab aku tak minaat, nape aku kene start sekarang semata2 nak tunjuk aku pekerja berdedikasi?

ape yang aku rasa, so far di capture dalam movie “Marley & Me” je. (sape sayang binatang jangan tengok. dua2 kali tengok, dalam gap selang seminggu je pun, dua2 kali melalak sampai bengkak2 mata, hahaha).

jennifer aniston AKA heroin AKA mak dalam citer tu cakap lebih kurang macam ni “bila i kat opis, i ingat hal2 rumah. and bila i kat rumah, i ingat hal2 opis”. (tp dalam citer tu dia benti keje bila pregnant anak kedua la.. hehe…anak pertama masih bertahan lg).

oh agak happy sebab anak kucing aku yang da remaja (nama dia tommy) da pandai lompat pagar jalan2 kat luar. dulu dia tak sampai nak lompat, asek nangis je kalau mak dia tinggalkan dia jalan2…heee.

icad pun baru2 ni aku da memperkenalkan meow2 ni kat dia. dulu tak bagi kucing masuk sebab takut bulu dan sebagainya. sekarang nak ajar dia sayangkan meow2. biar ikut prangai mak ayah dia, hoho

ok la..penat merepek. nak pergi call nasir mengcek keadaan beliau.

2 Responses to “Mood Rojak”


  1. 1 momo March 17, 2010 at 10:36 pm

    ” you must be visible ” .. sume pun camtu ler.. nak keje yg tak kaco orang.. n tak dikaco.. iPerintis (kut)haha..

    kalau tak kejar rating 2.. ok je kut wat kije je.. n skali sekala datang event.. dapat laa 3..

    kalau da 3M.. benti je2 jela.. ade jawatan kosong as suri rumah kat rumah en. nase tu..

  2. 2 beluncas March 17, 2010 at 11:45 pm

    demm..ai pun terpikir iPerintis! haha.

    sekali sekala datang event mo? haih…tak mencukupi kot… tahun lepas kene tunjuk muka..tahun ni cakap, tak memadai tunjuk muka or participating, kene jadik team leader. tahun depan agaknyer? haha…kalau sempat tahun depan la.

    ai memang nak pun jadik oswife..tapi rasa tak mampu lagi la… at least nak abes bayarkan keta ayah dulu kot. takper, pape pun decision ai nanti, ai inform yu.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other followers


%d bloggers like this: