Selamat Datang 2010~!

aku prasan ade beberapa rakan, da stat buat new year resolution entry, recap of 2009 and all that.

tapi byk2 entry yang memberi kesan, entry yang ini yg terkesan sekali untuk aku:

weve-gotto-live-like-were-dying

oh sedihnya. jadik puan jamie…mari la bersama2 carik ruang untuk improvement? sementara ade hayat lagi nih.

adakalanya, aku senang sangat sensitif bila orang komen tentang my weight. bukan, aku bukan insan tak sedar diri yang tak boleh terima hakikat aku gemuk. tapi kadang2 penyampaian komen2 itu, ade sedikit menyakitkan hati.

bila orang yang mengomen berada dalam kategori sejenis aku, aku mula terpikir perkara2 seperti “tuan hamba, tidak kah tuan hamba sedar tuan hamba jugak sama2 overweight?”

satu jari menuding orang lain, empat lagi pergi ke siapa? (tapi ibu jari macam menuding ke tepi tul tak? oklah..3 jari lagi pergi ke siapa?)

dan lagi satu, kalau anda orang yang semulajadik kurus, simpan lah komen2 itu kay. maksud semulajadi ialah:

anda makan la banyak mana pun, tidak akan naik

atau, anda tidak pernah bersenam, atau bersenam tidak tetap, tapi tetap jua kurus.

mengapa orang2 macam ini patut simpan komen mereka? sebab mereka tak pernah rasa ape itu gemok pun. dan tidak perlu jugak berusaha keras untuk kekal kurus! by gemok aku maksudkan, lebey dari ideal BMI. tak la semesti kene macam peserta biggest loser.

tapi seperti mana aku mahu kurus, aku juga paham perasaan rakan2 yang cuba nak gemok tapi tidak berjaya. nota untuk anda, takyah amik weight gain, laki aku da amek, tak berkesan pun T_T bagi rakan2 aku yang kategori ni, mesti sakit hati bila orang cakap ayat camni: “ko ni diet ke?”, “ko tak makan ker?” etc2. i feel you!

mungkin skrg boleh trima sket, sebab da 5 bulan melahirkan baby da pun. tapi masa dalam pantang, and bila orang datang tengok and cakap “eh berisiknya!”, rasa macam sungguh sedih.

it took me nine months untuk mengembang, dengan penuh ketidakselesaan dan perubahan hormon, dan saat2 aku perlu fokus pada baby, belajar kemahiran baru menjaga baby, menguruskan emosi meroyan, aku perlu jugak nak susah hati sebab aku gemok? haih..

ade tu, the same person yang cakap “eh mommy, makan banyak sikit, awak tu makan tuk berdua” masa aku pregnant, is the same person yang mulut paling cepat mengomen masa dlm pantang.

some mothers are so lucky, perut je membulat masa pregnant.
and aku tabik spring, kat member2 yang sungguh2 diet selepas bersalin, baby dia 3 bulan da kurus balik. (now i know the secret, dia cuma makan (err..ke minum?) sup saja, tak amik nasik langsung. thanks for sharing, tapi aku belum cukup tabah untuk tak amik nasik langsung, hehe)

aku appreciate kalau komen2 itu, dari orang yang macam kawan aku yang  makan sup je tadi, or dari along aku. at least these ppl, mereka pernah berada di tempat aku, and ade usaha2 yang mereka buat untuk kurus dan kendian berasil!

along aku, gemok tahap peserta biggest loser untuk beberapa tahun kay. and his weight turun naik sepanjang skolah menengah dan uni. tapi skrg, dia la paling slim dalam family, he eats healthily (occasionally melantak bila balik melaka) and bersenam dengan kerap.

oh tapi takper. skrg nak kutuk aku gemok da boleh da. hahaha. tadi cuma la luahan tuk dua bulan pertama hayat daniyal irsyad.

cuma nak cakap, manusia (termasuk la aku ni kdg2) bleh jd tak sensitif sgt2. tu belom komen2 masa aku pregnant lg! tp the best person to sum this feeling would be puan fatin:  im-not-fat-im-pregnant

so walaupun, benda yang aku nak sangat2 saat ini ialah menjadik slim melim, tapi tidak mahu jadik kan new year resolution. kalau dapat kurus dalam 2010, biar lah menjadik bonus. yang penting, aku nk ubah sedikit2 perkara2 dalam idup aku. mcm kurangkan minum air manis, banyak kan air kosong/or jus buah, sayur, mkn buah. setat senam (oh Tuhan, tolong la aku dalam part senam ini!) jadik orang yang lebey penyabar, dan lebey penyayang dan considerate pada family member. fuh, pelan2 kayuh! (pehal suker sgt phrase ni skrg pun aku tak tau)

on the subject of berat badan nih, aku tersenyum sorang2 baca entry ini:  women-and-obsessions-for-getting-skinny

hehe, macam2 pendapat! tapi lelaki memang camner2 pun takleh nak paham kot. nasir pun kalau aku tanya, jawab tanpa pikir pun, sigh.

“by, besar tak peha i?”

“em besar”.. sambil continue tengok tibi T_T oh suami!

akhir sekali, apa2 pun azam kawan2 aku untuk 2010, semoga berjaya, ameen. yang penting, amalkan 3M:

1) mulakan dengan diri sendiri
2) mulakan dengan benda yang kecil
3) mulakan dari sekarang

7 Responses to “Selamat Datang 2010~!”


  1. 1 fananina December 28, 2009 at 2:05 am

    aku tau aku gemuk jugak…walaupun xde anak lagi..miahahaha…

    takpe la asalkan ada org sayang ^^

  2. 2 momo December 28, 2009 at 8:52 am

    peha ayam kfc.. kkdg dapat besar kkdg dapat kici..
    (hoh.. nase dapat besar)

    mara i ye ngate u gamok.. u mmg c gamom yg nombam nombim tapi comey.. huhu

    takkan nk panggil u c kurusey pula.. tak ryhme langsung =p

    uit2.. bes gile jadi rombongan tunang =o. (tah ape yg bes pung tatau)

  3. 3 beluncas December 28, 2009 at 7:33 pm

    fana: oh tak ape. metabolisme ko yg belum pregnant..pasti cpt je dpt di jana balik tuk pengurusan

    mo: gemoknyer ckp i peha kfc besa!! cess… mane gmbr baca? upload la..nk tgk.

  4. 4 cikfadhilah December 31, 2009 at 10:54 am

    jamie..ko gemok ke..?

    berisi tu stended la kan sbb ko ade baby..

    xde la gemok pon..xnmpk ape yg gemok…bg aku cm bese je..aku agree dgn fana..”asal ade org syg dh ok dah..”

  5. 5 beluncas January 1, 2010 at 9:17 am

    mm…ape yg aku nk smpaikan..ialah cuba la bersensitif bila melawat n memberi komen pada org baru pas bersalin, hehe. eh cop…bkn sensitip time ni je..bila2 pun la sbenarnyer (reminder untuk aku sendiri, berati2 dlm berckp)

    kdg2 org ckp dgn nada gurau2.. just sebab ade tambah gelak2 tepok tampar sket “ko gemok la,hehehehe” tidak menjadikkan benda tu ok.

    cam aku..kaki aku yg bengkak masa pregnant, water retention la ape sumer tu kan… dekat sebulan baru nk ilang. ade org…seminggu da x bengkak da kaki.

    sbenarnyer sedap mulut je ckp org taksensitip..aku yg sensitip x bertempat..miahahaha. takper, sape la aku nk judge niat manusia, bersangka baik lg bagus.

  6. 6 amanda January 1, 2010 at 4:32 pm

    hehe. dy tak tau perasaan org yg mengata org len gemok tu, tapi sangat setuju dgn jamie bab kurus tu. sangat kecik hati bila ada org kata, “eh, kau ni kurus sgt la..tak cukup mkn ke?” “Eh..kau tak payah la diet2..bkn cantik sgt pun kurus gitu”

    pergh..menyirap..ingt org nak sgt ke kurus sgt2..klau dah mkn berkali2 pun tak gemok nak buat cmna..klau ye pun org yg ckp tu gemok jgn la dengki org kurus smpai hina2 gitu kan mie.

    sekali dua, actually takdala kecik ati mana, take it as compliment maybe..hehe,tapi klau jd bhn ejekan, “si kurus” perasaan nya sama je dgn ejekan “si gemok”😉

  7. 7 beluncas January 1, 2010 at 5:33 pm

    takper dy..biar kurus, tapi sehat! cuma kdg2 org kurus nih kolesterol tinggi,tu yg buat riso tuh.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other followers


%d bloggers like this: