apa ada dengan was was?

cuba bayangkan satu situasi imaginasi yang terlampau, di mana anda ragu ragu dengan status halal mcD, dan kemudian bertanya kepada kawan anda..

“beb, nape ko yakin dengan kehalalan mcD. aku was was sket la”

kecewa tak anda kalau kawan anda reply, “eh kalau ko was was, jgn makan. aku yakin je”.

anda pun kecewa..anda ingatkan kawan anda nak bagitahu nape dia yakin dengan mcD, supaya mana tau anda akan hilang was was anda.

ape aku nak tulis nih, takde kaitan pun dengan mcD,hoho.

serupa macam anda mengadu anda ade masalah was was dalam solat, asek ragu2 da brape rakaat. and kawan anda reply “ala, ko lebeykan je extra satu rakaat”.

sigh…jawapan camtu, dr darjah lima agaknya ustazah anda pun da bagitahu, kan bagus kalau ade sahabat sejati yang nasehat.. “oo, try ko solat tempat sunyik2, baca a’uzubillah… byk2 sket…tenangkan fikiran sblum solat etc2~~”

aku kecewa bila kadang2 jawapan yg berkaitan hal2 penting nih (contoh: halal haram sesuatu makanan tuh) aku dapat acuh tak acuh je.

di satu hari yang permai, aku makan di cafe, org depan aku (seorang non muslim) sedang makan X (nama samaran makanan). dia pun tiber2 promot, “kat bintulu nih, kedai paling sedap nak makan X ni..kat Restoran Y. try la mkn kt sana”.

puas aku igt kt mana Restoran Y nih, then tak silap aku, mcm kedai cina.

org depan aku menyambung “banyak melayu makan situ. rasanya boleh makan. tapi memang sgt sedap”.

aku pun pulang ke opis, dengan rasa truja. ingin kepastian dari rakan2 seagama dengan aku, jadi pastu leh makan X dgn hubby dekat situ, nyum2.

tapi bila aku tanya status kehalalan Restoran Y (dengan otak suci murni niat nak makan situ jugak), itu la jawapan aku dpt.

kak jue (obviously bkn nama sbenar): “ko was2 jangan makan. akak memang makan situ”

dalam hati aku – ye la kakjue oi…ape base keyakinan anda? share2 la dengan saya!

haih. encik romy pula berkata “isk..da banyak kali aku makan situ. sedap je”

haih…. sorang lagi…

then aku balik citer ngan nasir, then dia pun cakap “oo..em..camtu halal la ek? kalau betul sedap..nanti kite gi try”

nasib baik la tak try. sebab a few days later, ketika lepak dengan seorang kawan bukan seagama (kate la nama dia mei lin), dia tgh makan X, aku pun saja carik topik borak2:

“mei, budak2 ni cakap, nak makan X, sedap kt restoran Y”

“em.. tapi tu restoran cina….”

“aah, tau. tapi dengar kata banyak melayu makan situ”

“jamie, aku tak brani la nak rekemen kat ko makan situ. aku rasa macam tidak halal”

 …….

 so bye bye to restoran Y. bila mei lin sendiri da cakap mcm tu, langsung terbantut aku. mungkin jugak benar halal, tapi kali ni, dari was was 1% trus meningkat 99%.

so jamie..ko citer tak ape mei lin cakap kt ko dekat kak jue and encik romy?

oh tentula tidak. sebab da tau jawapan “jamie..ko was was toksah makan!” ataupun lebey truk… “jamie, ko jangan was2 kan kitorang, kitorang yakin”

mungkin kalau kak jue dan romy ialah seorang ustaz dan ustazah yg terhormat, aku tak pikir dua kali da. trus trima kot. tapi mereka cuma la macam aku, biasa2 saja.

teringat dolu2 masa dengar tazkirah, pemberi tazkirah cakap “kalau ragu2 luper rakaat mana, amik yg paling kurang, dan lebeykan. kalau yakin, tak perlu. tapi jgn plak sengaja yakin sebab malas nk extrakan 1 rakaat!”

7 Responses to “apa ada dengan was was?”


  1. 1 NaDiaH SiDeK December 23, 2009 at 8:26 am

    sy pun kdg2 pelik tgk melayu muslim gi mkn kat kedai cina..

  2. 2 fatihah December 23, 2009 at 10:45 pm

    jamie xmo kirim pape ke from japan?? =P

  3. 3 momo December 24, 2009 at 12:45 am

    hoho.. kalau i.. yakin aje! hohoho.. nyum2

  4. 4 enoll December 24, 2009 at 7:11 am

    aku suka perenggan last sekali.. sinis tapi mendalam, jgn la sbb malas terus meyakinkan je.🙂

  5. 5 [re-arrange] December 26, 2009 at 5:47 am

    jamie, base utk tak was-was makanan adalah cmne dia wat and camne dia hidang. kalau takde babi (segala jenis dari minyak smpi daging), tak masak dgn arak/wine/yg sewaktu and daging2 semua sembelih, maka halal lah tu. tu je.

    kene igt status halal tak keluar utk kedai kalau dia ada serve arak utk minum. contohnya tmpt2 sushi. tp sushi2 halal je as long as sushi2 tu takde campur arak/babi/daging2 tak sembelih.

    kalau makan aku ikot cmtu je🙂 psl tu yg aku paham.

  6. 6 beluncas December 27, 2009 at 10:35 am

    nadiah: em, ade kedai2 cina yang diyakini jugak kadang2. ade tu yg susah payah nak dapatkan status halal. tapi kedai yg Restoran Y ni, so far memang tak prasan ade tulis halal. nanti nak try seround lagi pastikan.

    fatihah: nak! =D daku gila sushi~~~ tapi sushi kat sini pun bulih. oleh itu…kimono barang selai dua lai pun bulih =D

    momo: kamu memang c ganjil deybab~~ tp kedai cina makan dumpling kt ampang tu ok kan? err..

    enol: haha..sbonarnyer…dolu2 ade gak aku meyakinkan diri sebab mls..haha. seb bek dengar tazkirah tuh

    adek: agak stuju. halal bukan sekadar pork free, mesti food tu bebas dr alcohol jugak dan di sembelih dengan sempurna. before this, issue aku dengan sushi king bukan sebab tak yakin sushi tu…dengan dia punyer kicap tu ha. ulasan panjang nanti la kite chatty2~~

    • 7 fananina January 28, 2010 at 11:53 pm

      hai mie. Kene faham basis kenapa org yg ‘kurang faham’ sket ttg agama ckp cmtu…

      it is based on Hadis 6 dalam Hadis 40 Imam Nawawi, basically bercakap tentang lebih baik mengelak perkara-perkara syubhah.(pegi la baca..kat internet banyak je)

      And this is applicable actually, kalau berkaitan dgn makan, kat mana2 especially kat tmpt yang susah nak dapat makanan halal..

      kata la da susah smpi kebulur, skali kau jumpa kedai sandwich, jual pork sandwich dgn seafood sandwich…kau nak makan ke x seafood sandwich? so mungkin kene pertimbangkan cara dia masak, campur bekas ke tak..betul2 asingkan vegetarian dgn non vegetarian…Ikut pengalaman aku so far, malaysia mmg hampeh bab-bab ni compare to western, so aku lebih senang x makan je. So benda2 macam ni ijtihad sendiri, xleh ikut org🙂 sbb ada org malas nak pk panjang, terus makan je…ikut keyakinan tanpa asas.

      kau da jadi ibu skarang, kene jaga halal haram makanan…penting untuk kemaslahatan keturunan..kata nak tgk irsyad kawen and dapat cucu (^ ^)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other followers


%d bloggers like this: