Aku sedikit emosi

Entry kali ni adelah luahan rasa. mungkin panjang berjela dan membosankan. tapi aku perlu tulis jugak.

entry ni ditulis khas berkisar kepada kejadian siang tadi. seorang rakan seofis aku yang agak baru, menangis tadi. secara serba ringkasnya, dia nangis mungkin kerana rasa tertekan. semuanya pasal work pressure.

pernah tak aku nangis pasal kerja. haha, mesti la pernahh~~! by now, mesti sumer igt aku ni senang je nak nangis, stress sket nangis, stress sket nangis. tapi aku nangis pasal kerja, bukan di public =) masa tu tahaaaannnn saja…. lepas tu bila da sorang2 baru menangis. aku rasa mcm lemah bila aku menangis di hadapan orang lain (tapi aku x pernah memandang lemah kat orang len yg nangis openly kay..cuma untuk diri sendiri je aku tak suka).

member aku tadi, nangis mungkin kerana ni first time dia berhadapan dengan tekanan yg sebegini hebat. memandangkan aku penah berada dlm situasi dia dulu, jd aku sgt phmm.. awal2 masuk keja, aku penah kena marahh yg truk, masa tu muka menten je, tapi lepas da habis kena marah, baru perasan tangan menggigil. kemungkinan besar menggigil mungkin sebab takut? or sgt marah tapi kene tahan dr jd kurang ajar balik?

itu kena marah dlm bilik. kene marah during discussion depan ramai org pun pernaahh.. rasa macam takde maruah je, haha. masa tu down yg super sgt. masa tu kawan sekerja pun pujuk “takper la..sape2 pun mesti down klu kena macam tuh”.

eyp, ini bukan pelemah semangat kepada rakan2 yg baru mula bekerja! aku tau dak2 yg baru abes medic tengah nk mula kerja skrg. student engineering kat obesi pun byk yg baru mula kerja. and tak lupa jugak kat azreen yg baru jugak keja. cuma aku nak igtkan, hidup ade ups and down nyer. mcm tu jugak working life. bila happyy..happy =) bila down..down.

aku nak sgt ckp kat kawan aku tadi, takper. lepas ni sure dia jd lebey kuat lg. aku rasa, sebab aku da kena sebegitu truk, aku macam rasa takde per lg yg aku takleh endure da. orang kata kulit da tebal. skrg baru aku paham dulu, bila aku tanya senior exec aku, dia tak rasa sedeh ke kena mara truk mcm tuh. jawapan dia “akak da kerja lamaa sangat da jamie. macam2 dah kena. tipu la kalau tak sedeh. tp my “skin” is already this thick da (sambil buat isyarat dgn tgn). takde pe da leh hurt me as much as masa mula2 kerja dulu”.

and igt, kadang2 kita dpt superior yg gila2 tak hengat la bila nk sound kita. tapi based from aku nyer observation, this type of superior tak bermuka2. tak la depan kita mulut manis, blakang kite mengumpat2. kdg2 dorang backing jugak “anak2 didik” dorang. lebey baik kan drpd dpt superior yg baik manis muka sumer, blakang tikam blakang? =) depan kite ckp “ok, your work is good”, tapi rating kita truk2.

member aku tadi, risau kalau boss dia nk jmpa dia sound pasal “hal” yg buat dia sampai menangis tuh. aku cakap kat dia, senang je. trus terang dgn boss dia. cakap ape sebenarnya yg berlaku, tapi cakap elok2 la. boss2 pun manusia jugak. kdg2 kalau kite tak explain, dia pun tak tau hal sebenar, btul tak.

aku harap sumer rakan2 yg berdepan rintangan di tempat kerja akan tabah sentiasa, kamon2! mungkin bleh amek iktibar dr pemilik blog http://miss2mrs.wordpress.com/ . aku igt lagi dulu, dia cerita, mcm mana dia sorang2 je staff under that section. kene buat sumer benda, kene stay back selalu. lagi kene marah and push sumer. masa smyg kt surau, bila doa je dia nangis, doa je nangis. tapi tgk la.. puan yg comey ni, akhirnya da berturut2 beb performance rating dia bagus *hehe*. sumer benda ade hikmah kan? kalau sabar and doa byk2, mgkin kita sumer leh jadik mcm dia, aminn.

hari2 (err..or bila2 trigt), aku akan niat “sahaja aku bekerja hari ini kerana Allah swt”. bila aku niat mcm tuh, hati aku jadik mcm tabah sedikit. skurang2nya, aku tak fikir aku kerja untuk boss or manusia2 len. jadi bila diri tak dihargai, tak rasa la sesedih mana.

ada jugak tips dr seorang pakar motivasi “dalam bekerja, cari sebab untuk seronok. cari sebab untuk seronok”. yang mana, rumet ku yg comey pernah apply masa berada di dept lama beliau yg kurang menyeronokkan. dia hias workstation dia cantik2, dengan benda2 cute. hari2 dia akan pakai baju yg cantik2 untuk pegi bekerja. letak gambar balak (skrg tunang) dekat workstation. aku rasa ni semua satu usaha yg sungguh bagus.

ape2 pun, aku masih belom lupa member aku yg bersedeh td. hati ni masih rasa berat lagi…haih…berat mata memandang, berat lg bahu memikul..

5 Responses to “Aku sedikit emosi”


  1. 1 mrs fatin October 2, 2009 at 11:41 pm

    jamie, teringat time kite sama-sama dulu… But you know what, you are right… all those experienced we had before definitely made us stronger and better with our work. Tak caya tanyak paceek. Skarang ni, kiteorang sangat lah bersabar dengan kerenah boss baru ni. Sabar tahap gaban punye! Huhu… Anyway, I’m just counting days before my unpaid leave, rase sangat kesian nak tinggalkan paceek sorang2😦

  2. 2 choclairissa October 3, 2009 at 7:13 am

    waa rumet mu igt lg ape i wat dulu utk bsemangat waja gi keje..aritu kakak hr i ade ckp..awak jgn pk sgt psl keje ni..mmgla sdeh n sll rase demotivated..but pls think about ur family..there are still people out there who loves us n hoping for our love..

    skrg i baru btol2 phm..nape kecik2 dulu mak i sll ckp..whatever it is..family is very important..keje ni duniawi je sumenye..

  3. 3 beluncas October 3, 2009 at 9:56 am

    fatin: i x leh imagine camne korang leh sabar, hahaha =D i baru dengar cerita pun da menyirap da. mm…takper, meh doa byk2 agar HR cpt2 laaa carik planner baru… leh tolong2 pacik nnt.

    rumet: btul2..keje ni duniawi je. klu buat btul2..mgkin leh la tolong2 kite sket kt sana. i salute betul2 org yg leh seimbangkan dunia akhirat dia “beribadah seolah2 esok kite akan mati, bekerja seolah2 akan hidup seribu thn lg”. i penin smpai skrg camner org leh buat begitu sekali, kagum btul.

  4. 4 cze October 3, 2009 at 12:55 pm

    jamie!! hahaha… terjumpa aku blog ko ni kat fesbuk ko…
    lalala~ menarik~🙂

  5. 5 beluncas October 3, 2009 at 3:59 pm

    aaaaaaaa…sengal……. sizer! hahaha, aku baru nk tulis pasal kisah “masuk gaung” ko kat sini. tapi guna nama anonimes la =D jgn ngantuk2 lg yerrrr time drive.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other followers


%d bloggers like this: