Raya Ini Tahun

Tahun ni secara officialnya, tahun pertama aku beraya dgn suami (and baby)… pelik jugak rasa.

mungkin raya tahun ni la raya paling tak best untuk aku. hakikat yang sehari sebelum raya and pagi raya tidak beraya di rumah sendiri (di rumah mertua), sedikit sebanyak mengganggu emosi.

mungkin kalau di bandingkan dgn keluarga aku, raya di kampung nasir lebey meriah. adik beradik dia ramai, anak2 buah yg comey2 pun ramai “membantu”, hehe. siap bakar lemang sendiri gitu.

tapi aku salut la, mmg lemang yg super sedap. takde la terlebey hangus one side ke ape ke. bawak kan balik ke melaka, tak abes2 angah aku puji2 sedap.

mungkin terasa sikit, sbb menu yang berbeza. menu special keluarga nasir ialah sup tulang, rendang mak dia (tak guna rempah pun), rendang ayam, lemang and ketupat. menu keluarga aku plak mesti de ketupat, sambal kacang, sambal semarang (sejenis masakkan jawa), kuah lodeh, ayam masak kari dgn rendang daging.

tp itu bukan la alasan kenapa raya tahun ni agak x bes buat aku. beraya di mana pun sama aje. lgpun rumah kitorang tak la jauh sgt. sejam setengah je. balik ari pun boleh.

mgkin sedikit sedey, sbb sebelum balik beraya, macam2 perancangan di buat. tapi bila smpai semenanjung, tak semua rancangan berjalan dengan lancarnya =c

mgkin jugak penat sgt. selama ni, perlu beraya di rumah sanak saudara sendiri. tapi tahun ni, sanak saudara da bertambah. aku dgn nasir mcm robot bergerak. beraya ke sana sini.

mak ayah nasir and mak ayah aku plak, tak abes2 memujuk suh tinggalkan baby dgn dorang. adeh..pening.. kalau la dorang tu tinggal kat sini jugak, tak ape la. ni seberang laut maa..

nikmati la sedikit gmbar baby dgn baju melayu beliau. gambar ni aku cilok dr fb adek aku..haha. sian dia, baju gedoboh!

for more pic of baby danny@irsyad, bleh la ke link berikut.

http://www.facebook.com/home.php#/album.php?page=1&aid=58663&id=618963142

0 Responses to “Raya Ini Tahun”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 4 other followers


%d bloggers like this: