Mommy Vs Daddy

aku bahasakan diri dekat icad ialah “mama” and encik suami bahsekan diri dekat icad ialah “ayah”..

aku ulang…AYAHA.Y.A.H.

tidak lama dulu..

icad mula membebel: aaa….buuu….aaa….buuu…..bububububu…abubu…

suami: ape? abuya? tengok2..memang anak i.

aku: ……..

selang beberapa lama kendian…

icad: aaa….baaaaa…babababa….ababa…aaabbaaaaa

suami: hah?! abah! pandainyer!

aku: …………..

paling terkini:

icad: aaaa….paaaa…papapapapa….papapapapaaa…aaa…pa

suami: papa?! kecik2 da sebut papa dulu

aku: (da x leh bersabar). biler pulak dia panggil you papa la abah la! you kan bahsekan diri AYAH!

suami: eh, hak i la nak tuka2 gelaran diri.

aku: .…………

Black Magic..

black magic…dark magic…evil magic…ilmu sihir..ilmu hitam…ade name2 len lagi?

baru2 ni, aku dikejutkan dengan news yang seorang family member terkena benda2 yang tak baik ni. dia sakit (aku tak mahu terang specific sakit macam mana), pergi hospital, check2 tak ada ape2. bagi2 ubat sumer tak jalan. sampai di suggest untuk operate, kot2 da operate bleh tau source penyakit.

akhirnya macam bese la, naluri ibu dia kuat menyuruh dia balik, berubat dengan seorang kenalan ustaz. berkemungkinan mungkin buatan orang.

kenapa aku cakap kemungkinan. sebab mungkin jugak ustaz tu silap, kita semua ni manusia biasa aje. tapi kalau betul la…haih..memang hitam betul orang yang tergamak buat macam ni. sehitam ilmu yang dia pakai.

keluarga aku, tak kira la keluarga asas mahu pun kembangan, memang tak sunyik dari terkena benda2 begini. salah satu nasihat yang paling baik pernah kami terima, ialah suruh muhasabah diri, kadang2 mungkin padah mulut sendiri, terlepas cakap menyakitkan hati orang.

salah satu method yang paling aku suka pun, ade sorang ustaz tu, pesan, sedekah kan aje fatihah dan surah2 lain banyak2 kepada pembuat jahat tuh, berdoa kepada Allah, mintak dilembutkan hati dia, dan berhenti dari meneruskan sihir tuh.

di saat ini, nasihat sama aku gunakan..mane la tau dapat menolong family aku.

aku tak tau nape aku tulis pasal ni. aku terganggu mungkin. hati aku trusik. sedikit sebanyak aku tak puas ati, tringin sangat aku nak tau sape la si jahat tuh.

dalam keadaan emo mcm ni, kalau aku tau sape, aku nak jmpa dia, ketuk2 muka dia dengan safety boot red wing, pijak2 atas perut dia, pastu ikat dia kat pokok penuh kerengga.

baik. tu da tersasar jauh sgt,hoho.(tapi kalau boleh buat, nice jugak).

nape..nape org2 yang merogol, contoh kanak2 kecik tak bersalah, pastu tak dpt2 di tangkap pihak polis, orang2 macam ni tak nak plak tolong hukum perogol2 tuh? pegi la santaukan ke ape ke.

kalau aku nak tanya, kenapa and kenapa… mgkin tak abis2 and nanti otak aku pun jadi gila. jadi mari la bertenang kembali… dan berdoa supaya orang tu insaf dan lembut ati dan berenti dari perbuatan dia tuh.

p/s: still..kalau bleh ikat orang jahat tu kat pokok byk kerengga…mmm….

Twenty Five?

terasa sgt tua bangka…

yet..umur bertambah…tp amalan aku adekah da bertambah or masih di takuk lama…

and banyak ke lagi baki umur aku? huhu.

aku nak tgk irsyad membesar, nak tgk dia berkawen, dpt cucu.

aku nak spend usia emas and sisa2 hidup nanti dengan nasir.

aku nak tengok teknologi ape lagi mampu manusia capai bila anak aku da besar panjang esok.

aku nak sempat bertaubat.

somehow aku rasa, mcm aku semakin tak cukup masa. mcm masa aku da tinggal sket.

scary rasanya bila tak tau bila lampu kita nak padam.

bagaimana pun, terima kaseh sgt2 kepada sumer kawan2 yang wish, tak kire la kat fb ke, YM ke, sms ke, depan2 ke…tq sumer. cuma kt fb tu aku x larat nk reply sumer. bukak fb pun da malam masa tuh.

tq jugak kepada suami tersyg sebab bawak jalan2 miri tuk celebrate besday. beliau tak ade bg ape2 adiah, tp aku pun tak ade idea nk request ape2. gi shopping td pun, beli barang baby lagi, tengok mainan dia la ape la..

and walaupun dia luper nk wish masa ari besday tu sendiri, tp yang comeynya, dia igt nk wish sehari sebelum and jugak sehari selepas. adeh~ =)

oh berckp pasal baby, sekarang otak masih memikirkan barricade tuk baby tuh. akhirnya tak beli kot, antar kedai buat sendiri ala2 kadar. rasa macam outcome mesti tak comey, tapi kalau dapat berfungsi ngan baik tuk halang baby merayap jauh2 and yet masih ade ruang cukup nak main2, da cukup baik da.

(doakan jgn la jadik mcm projek KH rupa parasnya nanti..hahaha).

Mana nak carik?

sape tau mane or kat kedai mana nak beli barricade or pagar penghalang untuk baby macam dalam kartun rugrats tuh? (tak sama pun takpe, asalkan fungsinya sama,hoho)

memang ade jual ke? irsyad da berguling2 sgt jauh, da nk merangkak jua, sebab da boleh angkat perut, tapi tak lama. kalau kejap2 nak tinggalkan pegi bilik air ke ape ke, rasa selamat sket klu de penghalang. (oh, halang pakai bantal tak braper berkesan da)

kalau pakai menatang ni at least kemas sket, takde la menimbun2 sepah2 bantal. kalau tau bgtau yer!

Selamat Datang 2010~!

aku prasan ade beberapa rakan, da stat buat new year resolution entry, recap of 2009 and all that.

tapi byk2 entry yang memberi kesan, entry yang ini yg terkesan sekali untuk aku:

weve-gotto-live-like-were-dying

oh sedihnya. jadik puan jamie…mari la bersama2 carik ruang untuk improvement? sementara ade hayat lagi nih.

adakalanya, aku senang sangat sensitif bila orang komen tentang my weight. bukan, aku bukan insan tak sedar diri yang tak boleh terima hakikat aku gemuk. tapi kadang2 penyampaian komen2 itu, ade sedikit menyakitkan hati.

bila orang yang mengomen berada dalam kategori sejenis aku, aku mula terpikir perkara2 seperti “tuan hamba, tidak kah tuan hamba sedar tuan hamba jugak sama2 overweight?”

satu jari menuding orang lain, empat lagi pergi ke siapa? (tapi ibu jari macam menuding ke tepi tul tak? oklah..3 jari lagi pergi ke siapa?)

dan lagi satu, kalau anda orang yang semulajadik kurus, simpan lah komen2 itu kay. maksud semulajadi ialah:

anda makan la banyak mana pun, tidak akan naik

atau, anda tidak pernah bersenam, atau bersenam tidak tetap, tapi tetap jua kurus.

mengapa orang2 macam ini patut simpan komen mereka? sebab mereka tak pernah rasa ape itu gemok pun. dan tidak perlu jugak berusaha keras untuk kekal kurus! by gemok aku maksudkan, lebey dari ideal BMI. tak la semesti kene macam peserta biggest loser.

tapi seperti mana aku mahu kurus, aku juga paham perasaan rakan2 yang cuba nak gemok tapi tidak berjaya. nota untuk anda, takyah amik weight gain, laki aku da amek, tak berkesan pun T_T bagi rakan2 aku yang kategori ni, mesti sakit hati bila orang cakap ayat camni: “ko ni diet ke?”, “ko tak makan ker?” etc2. i feel you!

mungkin skrg boleh trima sket, sebab da 5 bulan melahirkan baby da pun. tapi masa dalam pantang, and bila orang datang tengok and cakap “eh berisiknya!”, rasa macam sungguh sedih.

it took me nine months untuk mengembang, dengan penuh ketidakselesaan dan perubahan hormon, dan saat2 aku perlu fokus pada baby, belajar kemahiran baru menjaga baby, menguruskan emosi meroyan, aku perlu jugak nak susah hati sebab aku gemok? haih..

ade tu, the same person yang cakap “eh mommy, makan banyak sikit, awak tu makan tuk berdua” masa aku pregnant, is the same person yang mulut paling cepat mengomen masa dlm pantang.

some mothers are so lucky, perut je membulat masa pregnant.
and aku tabik spring, kat member2 yang sungguh2 diet selepas bersalin, baby dia 3 bulan da kurus balik. (now i know the secret, dia cuma makan (err..ke minum?) sup saja, tak amik nasik langsung. thanks for sharing, tapi aku belum cukup tabah untuk tak amik nasik langsung, hehe)

aku appreciate kalau komen2 itu, dari orang yang macam kawan aku yang  makan sup je tadi, or dari along aku. at least these ppl, mereka pernah berada di tempat aku, and ade usaha2 yang mereka buat untuk kurus dan kendian berasil!

along aku, gemok tahap peserta biggest loser untuk beberapa tahun kay. and his weight turun naik sepanjang skolah menengah dan uni. tapi skrg, dia la paling slim dalam family, he eats healthily (occasionally melantak bila balik melaka) and bersenam dengan kerap.

oh tapi takper. skrg nak kutuk aku gemok da boleh da. hahaha. tadi cuma la luahan tuk dua bulan pertama hayat daniyal irsyad.

cuma nak cakap, manusia (termasuk la aku ni kdg2) bleh jd tak sensitif sgt2. tu belom komen2 masa aku pregnant lg! tp the best person to sum this feeling would be puan fatin:  im-not-fat-im-pregnant

so walaupun, benda yang aku nak sangat2 saat ini ialah menjadik slim melim, tapi tidak mahu jadik kan new year resolution. kalau dapat kurus dalam 2010, biar lah menjadik bonus. yang penting, aku nk ubah sedikit2 perkara2 dalam idup aku. mcm kurangkan minum air manis, banyak kan air kosong/or jus buah, sayur, mkn buah. setat senam (oh Tuhan, tolong la aku dalam part senam ini!) jadik orang yang lebey penyabar, dan lebey penyayang dan considerate pada family member. fuh, pelan2 kayuh! (pehal suker sgt phrase ni skrg pun aku tak tau)

on the subject of berat badan nih, aku tersenyum sorang2 baca entry ini:  women-and-obsessions-for-getting-skinny

hehe, macam2 pendapat! tapi lelaki memang camner2 pun takleh nak paham kot. nasir pun kalau aku tanya, jawab tanpa pikir pun, sigh.

“by, besar tak peha i?”

“em besar”.. sambil continue tengok tibi T_T oh suami!

akhir sekali, apa2 pun azam kawan2 aku untuk 2010, semoga berjaya, ameen. yang penting, amalkan 3M:

1) mulakan dengan diri sendiri
2) mulakan dengan benda yang kecil
3) mulakan dari sekarang

apa ada dengan was was?

cuba bayangkan satu situasi imaginasi yang terlampau, di mana anda ragu ragu dengan status halal mcD, dan kemudian bertanya kepada kawan anda..

“beb, nape ko yakin dengan kehalalan mcD. aku was was sket la”

kecewa tak anda kalau kawan anda reply, “eh kalau ko was was, jgn makan. aku yakin je”.

anda pun kecewa..anda ingatkan kawan anda nak bagitahu nape dia yakin dengan mcD, supaya mana tau anda akan hilang was was anda.

ape aku nak tulis nih, takde kaitan pun dengan mcD,hoho.

serupa macam anda mengadu anda ade masalah was was dalam solat, asek ragu2 da brape rakaat. and kawan anda reply “ala, ko lebeykan je extra satu rakaat”.

sigh…jawapan camtu, dr darjah lima agaknya ustazah anda pun da bagitahu, kan bagus kalau ade sahabat sejati yang nasehat.. “oo, try ko solat tempat sunyik2, baca a’uzubillah… byk2 sket…tenangkan fikiran sblum solat etc2~~”

aku kecewa bila kadang2 jawapan yg berkaitan hal2 penting nih (contoh: halal haram sesuatu makanan tuh) aku dapat acuh tak acuh je.

di satu hari yang permai, aku makan di cafe, org depan aku (seorang non muslim) sedang makan X (nama samaran makanan). dia pun tiber2 promot, “kat bintulu nih, kedai paling sedap nak makan X ni..kat Restoran Y. try la mkn kt sana”.

puas aku igt kt mana Restoran Y nih, then tak silap aku, mcm kedai cina.

org depan aku menyambung “banyak melayu makan situ. rasanya boleh makan. tapi memang sgt sedap”.

aku pun pulang ke opis, dengan rasa truja. ingin kepastian dari rakan2 seagama dengan aku, jadi pastu leh makan X dgn hubby dekat situ, nyum2.

tapi bila aku tanya status kehalalan Restoran Y (dengan otak suci murni niat nak makan situ jugak), itu la jawapan aku dpt.

kak jue (obviously bkn nama sbenar): “ko was2 jangan makan. akak memang makan situ”

dalam hati aku – ye la kakjue oi…ape base keyakinan anda? share2 la dengan saya!

haih. encik romy pula berkata “isk..da banyak kali aku makan situ. sedap je”

haih…. sorang lagi…

then aku balik citer ngan nasir, then dia pun cakap “oo..em..camtu halal la ek? kalau betul sedap..nanti kite gi try”

nasib baik la tak try. sebab a few days later, ketika lepak dengan seorang kawan bukan seagama (kate la nama dia mei lin), dia tgh makan X, aku pun saja carik topik borak2:

“mei, budak2 ni cakap, nak makan X, sedap kt restoran Y”

“em.. tapi tu restoran cina….”

“aah, tau. tapi dengar kata banyak melayu makan situ”

“jamie, aku tak brani la nak rekemen kat ko makan situ. aku rasa macam tidak halal”

 …….

 so bye bye to restoran Y. bila mei lin sendiri da cakap mcm tu, langsung terbantut aku. mungkin jugak benar halal, tapi kali ni, dari was was 1% trus meningkat 99%.

so jamie..ko citer tak ape mei lin cakap kt ko dekat kak jue and encik romy?

oh tentula tidak. sebab da tau jawapan “jamie..ko was was toksah makan!” ataupun lebey truk… “jamie, ko jangan was2 kan kitorang, kitorang yakin”

mungkin kalau kak jue dan romy ialah seorang ustaz dan ustazah yg terhormat, aku tak pikir dua kali da. trus trima kot. tapi mereka cuma la macam aku, biasa2 saja.

teringat dolu2 masa dengar tazkirah, pemberi tazkirah cakap “kalau ragu2 luper rakaat mana, amik yg paling kurang, dan lebeykan. kalau yakin, tak perlu. tapi jgn plak sengaja yakin sebab malas nk extrakan 1 rakaat!”

Kuala Lumpur Once Again

Last week aku ade program kat KL. dekat sheraton otel. seberat2 hati aku nak pegi KL, aku agak looking forward jugak. mgkin da lama x balik KL. selama ni klu balik pun..takat ke airport, lepak umah along aku kt sputeh, then balik melaka/gemas. tu je.

mari revisit the journey~

Sheraton hotel

bilik, overall environment, food, service sumer not bad. but petang2 and malam2 pas da abes event, rasa lonely semacam. macam2 muvi aku dok layan kat star movie, sebab cam bosan (and takut sket,haha) nak tido sorang2.

yang bagusnya, sheraton ade la dlm sekangkang kera je dr monorail medan tuanku. jadi petang2, kalau kebuluran and malas nk jalan jejauh, aku nek monorail g timesquare.

tiga hari bersushi

ahad yang aku check-in dekat otel, petang tu jugak g beli sushi. ala, kat cold storage je pun. siap tapau tuk tengah malam punyer, hoho.isnin petang pun aku beli lagi. masalahnya, tengahari isnin tu, lunch kat otel ade sushi, makan jugak! selasa nyer lunch pun amek lagi sushi! selasa petang je aku kepenatan da nak keluar. so order room service saje. memang kebulur sushi betul tak pasal2 (tidak….aku tidak mengandung dan ini cumalah mengidam biasa).

edible petronas

ini sungguh jakun. during one of the break time, they served us doughnuts with petronas logo. mungkin dalam gambar nampak tak real, tapi tengok depan2 memang nampak real. aku pun tak sangka leh makan mula2. then one of the girls branikan diri makan, then baru la yang len2 percaya and gelak..haha.

so sebab jakun, aku tangkap gambar lg (uhuk2, org len pun de yg tgkp gmbr, jd x la jakun seorang) gmbr rakan di bawah terpaksa di zorro kan kerana aku upload tanpa permission. mane la tau kalau2 kene mara nnt,hehe.

the fast-paced lifestyle

setahun rupanya memang jangka masa yg cukup lama. masa aku sengsorang diri jenjalan kt timesquare tu, da lama2 aku prasan, asal aku jalan laju semacam? haha…yerr..memang la aku lembab lemah gemalai bagai slow motion summore, tapi laju la bg aku berbanding bese. mgkin sebab dr turun monorail..ngn org sesak2, sumer pun jalan laju2, nyebabkan aku pun trikut2.

trigt dulu2 gi keje, especially kt kl sentral..pun mesti jalan cpt2, mostly sebab da lambat nak g keje, haha.

kesesakkan

nek monorail tak la teruk sgt, lgpun aku nek petang2 kan. then on the last day (ari rabu), aku gi klcc, nek dr lrt dang wangi. aku nek dlm kul 9 camtu kot..tu pun still sesak smpai aku da bertemu punggung ngn punggung da. haih, aku definitely wont miss the lrt/komuter journey to work

Rakan2

ari rabu tu pegi klcc sebab aku kene mintak sign dengan immediate superior aku yang ade keje kt situ. then aku amek kesempatan nek opis jmpa opismet2 lama. gembira jmpa dorang, walaupun sedikit kecewa sebab org2 yg betul2 sama section dengan aku sumer takde that day..sigh.

then lunch dengan rakan2 sebatch. sayang btul tak tgkp gmbr! thankyou rumet, syafa, iena and sean sebab sudi lunch ngan aku. untuk enol, next time insyaAllah leh makan same2 k.

sopping

okay. rasa macam kt sorga membeli belah kembali. aku malas nak mention brape byk aku abes. (and yes, mostly abes untuk food, haha). timesquare cam boring je..mgkin sebab aku seko2 kot. kalau ade cik bibrani menemankan mgkin lebey sronok, tapi beliau pun bekerja, plus aku pun late notice janji nak jmpa dia. sorry bib =c byk sgt urusan pagi and tghari ahad tuh, tu sebab aku tak brani nak set date awal2.

tghari ahad before check in tuh, aku sopping di mid valley. mid valley sentiasa menjadik tempat feveret aku, mgkin sebab dolu2, mid ni walking distance ngn umah abg aku. sopping dengan adik and abg aku, actually kitorang mencarik adiah untuk besday ayah aku and jugak aku las menet sopping brg2 keperluan baby sebelum pas kat parents untuk jaga spjg aku kt KL tuh.tapi bese la, ade la TERbeli sedikit untuk aku jua.

last day, ari rabu tuh, sementara tunggu lunch hour dengan rakan2, aku pun sopping lg dekat klcc. tapi haha, sumer pun barang untuk baby. gi mothercare sebab tgh sale and beli baju baby!

teka-teki

during the program, kami ade visit to vendor company dekat klang. sejam jugak nak gi ke kelang tu nek bus. tapi time dlm bus, staff2 tuh, bosan2, men teka teki. haih, macam budak2 semua! (aku mengutuk diri aku sekali,haha). tapi seronok la..walaupun ade yang da 40 something, sumer pun comey2 je bagi teka teki bodo2.

all in all….agak seronot berada di KL..ade la beberapa kejadian kureng bes atau selesa, tapi tidak mahu lah mention. takde cabaran atau dugaan dlm idup ni, tak seronok jugak idup! tapi seronot2 pun, seronot kalau kejap2 la… untuk bekerja kembali di KL, aku rasa aku da tak sesuai da =)

Lazy Mom Guide to Everyday Life

1) Olay Total Effect

All-in-one solution for the skin. simple.

2) Maggi Cukup Rasa

Goodbye nak mengupas2, menumis2 bawang la bagai. mudah.

3) SynHz Auto Baby Rocker

Tangan tidak perlu mengenjut buaian dengan jitu. Terima kasih.

4) Ginvera Olive Oil

Mekap remover merangkap pelembap rambut dan pelembap seluruh badan. senang.

5) Pacifier


Berkesan untuk melelapkan kembali bayi yang terjaga2 ayam. fuhh.

6) Tudung Ekin


Ala2 ekin sebenarnya. tidak perlu mengiron tudung lagi. sarungkan saja. siap.

7) Makanan segera bayi


tiada masa lagi untuk memasak bubur nasi sendiri. bagi yang ini lebih mudah. tapi irsyad macam dah mula jemu. alahai.

not-so-good parents

ade baby memang seronok…tapi ade masa, seronok gak mengelat dari jaga baby~~~

mengelak part 1

kitorang nak keluar, so aku naik atas dulu untuk mandi dan brsiap, and nasir jaga baby. lpas mandi, sayup2 dr atas aku dengar sore baby nanges. aku jenguk dr atas -

aku: by, anak mengamok ek?
suami: aah.
aku: err…camtu i lagi 2 jam la yer nak siaapp =p
suami: isk…kejinya!
aku: emm..carik tali pinggang ni, tak jmpa.
suami: alaa, pakai je tali rafia. same je.
aku: o ye ker? kalau tali rafia, sebab nak pasang semua, ade sejam lagi kot i turunn.
suami: ….. takper la, camtu skrg jugak i pegi beli kan belt baru.

kadang2 nasir juga akan menggunakan taktik keji nak suh aku pegang baby.

suami: bie… u tak jeles ke i pegang baby lamer2 nih…
aku: tak pun.
suami: btul x jeles nih? i nak bagi u quality time dgn anak nih..
aku: takper2…i sanggup beralah. siler la u quality time dengan dia~~

hoho. bakal2 parents, jgn la menjadi keji seperti kami, wahaha.

updet baby~

umur dia baru 4 bulan stngah, tapi baju da boleh pakai untuk 6-12 bulan. baju2 sumer byk yang ok lagi, tapi sluar ketat2 da. berat dia skrg 7.7 kg. pampers da pakai saiz L untuk 8 kg – 13 kg. sedikit sbyk, aku mrasakan..memang aku terlebey feed dia kott…

aku da stat bagi makan. belikan nestum baby bese tuh, dlm RM 5+. dia takmo. belikan brown rice yg RM8+ baru makan selera.. aduhaiii….bangkrap la mcm nih.

naseyhat lagi

aku selalu kalau skrg jmpa kawan2 tgh pregnant, mesti salah satu nasehat aku, suh beli breast pump awal2 (before melahirkan). sebab2nya:

1 – 1st week bese memang mengalami bengkak susu, mgkin kerana over production. so nak mengelakkan kesakitan yang amat dan dari demam, siler la pam

2 – untuk ibu2 bekerja, siler la pam dan prektis AWAL2 bagi susu badan dlm botol. kalau tak prektis, naya la anda sebab nanti baby da tak mo minum dlm botol da. camner nak pegi keje?

true story: ade 2 kawan aku da baby dia tak mo botol langsung. sorang tu ok la, sebab dia housewife. sorang lagi nih? time pagi, before anta anak, susu baby dulu. tghari balik plak, susu kan. petang amik baru sekali lagi. kesian tengok. dia pam2 letak dlm botol pun tak mo da. in between pukul 8 hingga 12 tghari tuh, kalau lapa, nanges aje la baby =c

3 – mengelak kan baju basah dngan kadar kterlaluan. baby minum, tidak bermakna time tu baru susu keluar. yer, lbey pada macam pili yang x tutup rapat, sntiasa kluar.

4 – kalau demam, elok la pam and suh orang len bagikan. peluk2 baby takut jangkit plak.

Ucapan Sorry In Advance

petang td, aku blog-hopping tuk mengisik masa terluang. haih, baby tgh tido, patutnya aku pun amek la kesempatan tido. tp nasir kene masuk plant (both ari sabtu n ahad,kay~) so aku pun cam x de mood nk bersukaria.

(jap..ape kene mengene sumer ni ngn menstalk blog org len? hoho)

selalunya, selain visit blog kawan2 and a few other blog yg bkn kawan tp aku suker baca…aku jugak kdg2 men klik je link2 blog2 org yg x dikenali. kdg2 tu smpai da x de kaitan. da pegi blog org tu..tgk blog list kawan2 dia plak..and klik lagi..dan lagi..dan lagi. nampak entry menarek, stop baca.

then aku terbaca satu blog nih. walaupun penulis tiada kaitan dengan diri ini, apa yg di tulis itu..sgt la berkaaaiiitt.

penulis menulis tentang perasaan meluat beliau terhadap ibu2 yang x de keje len, nak updet story mory pasal anak mereka, nak post gambar2 anak dorang. secara ringkas, luahan hati beliau ialah seperti ini: pigidaaaa..igt ko sorang je ke ade anak dlm dunia nih.

then aku terpikir…mungkin bukan dia je yg rasa camtuh. mgkin ade di kalangan rakan2 aku or pembaca len blog ni yg rasa camtu jugak terhadap aku?

kalau la benar..alahaii..sedehnya aku. people2…..awal2 lagi..aku nk mintak maaf awal2. trus terang aku cakap, walaupun selepas baca blog org tu tadi, berkemungkinan besar, untuk the next few months or even years, pape updet pasal baby, memang aku akan tetap tulis kt sini.

why?

1st, sebab ni blog aku..hoho. kedua..sebab bkn niat di hati nk berbangga diri. ape sgt la baby pandai meniarap. anak org len, umur 5 bulan da pandai abc kot (siler bgtau aku anak sape tu,haha). tapi susah aku nk explain, prasaan bangga and terharu, stiap kali baby pandai buat sesuatu yang baru..

and tujuan aku updet, dan aku percaya, begitu jugak dgn parents2 len..cuma la nk berkongsi rasa kegembiraan ni dengan rakan dan taulan. maafkan kami la kalau rasa mual membacanya, tp anda tetap ade pilihan kan..jgn baca,hehe.

dan akan2 datang, aku suker nk imbas kembali memori2 ni sumer. klu aku x write down or upload gambar, susa la nk feeling2 nanti.

lagipun, even sblum aku jadi mak and even sblum aku kawen, aku enjoy baca news pasal baby org len, tgk gambar2 dorang. tapi yela..bkn sumer org itu samer.

so again…aku mintak maaf in advance..untuk sumer updet2 pasal baby aku yang akan dtg…mane la tau, kot2 mual membacanya.

Susah jugak menjadik aku.

aku, walaupun tekejut beruk, tapi aku anggap aku bertuah, sebab da jadik mak dlm masa yg awal. at least, aku nk melawan2 mak aku pas2 ni, ade la pikir 800 kali. memang bukan senang.. tapi agaknya, benda yang bukan senang ni la kite paling hargai.

tapi rezeki yang tuhan beri ini, ade kalenyer membawa prasaan mcm serba salah plak. contoh mcm td, skrg aku da syak wasangka sket untuk berkongsi updet pasal baby, sbb skrg aku tau bkn sumer org suker.

lagi satu contoh, berikut ialah dialog di antara aku dengan kawan aku yg belum setahun pun kawen.

“jamie! lame x nampak…baby cmner, sehat x?”
“hehe…sehat2. bukan men berat skrg, x larat nk dukung”
“alaa, bestnya, nur (bkn nama sebenar) tringin nak tgk! sronok x dpt baby awal?”
“sronok2 la..haha..tapi x de masa la nk dating2 berdua lg”
“ye ke? eee,bestnya. nur ni bila la lagi. tiap2 bulan nur cek tau da pregnant ke tak..(muka tiba2 sayu)”
“eyyypp..awak tu tak smpai setahun pun lg yang oiiii… hanimun2 la dulu smntara ade can nih~~ “(kata aku dengan nada ceria)

aku saje2 la menceriakan diri dia. aku pun x expect dia nk baby awal2. siap igt ade fmly planning lagi.. itu org yg baru kawen tu.cmner ngn org2 yang da lame kawen and belom de baby? lagi la aku rasa gundah gulana biler terjadi dialog2 cam kt atas.

yer, aku tahu… dorang takde la dengki or ape..tapi aku yg rasa cam sedeh tak pasal2..and rasa cam awkward =/ ya Allah, kurniakan la anak kepada sumer pasangan yang da berkawen, aminn..

hmm..susah jugak menjadik aku.. -_-

Next Page »


Famili Ku

Archives

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.